4 hari 3 malam di Pulau Langkawi #3


4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 3. Kami ke Oriental Village. Kat sini pelbagai aktiviti ada. Tempat wajib Hana nak pergi adalah Langkawi Cable Car buat kali ke 2 dan jambatan gantung buat kali pertama :)

Puas Hana pujuk husben suruh naik cable car. Dia gayat sebenar tapi naik titi gantung kat Ranau hari tu tak gayat pula. Dia ada cerita family dia semua pernah naik cable car kecuali dia dan kakak ipar dia sorang. Gayat punya pasal sanggup tunggu kat bawah. Kali ni Hana tekad nak pujuk dia naik cable car buat kali pertamanya. Ngee... Pujuk punya pujuk akhirnya berjaya juga membeli 2 ticket cable car RM30 kot untuk 2 orang. hahaha akhirnya...Tapi sayang tak dapat nak naik jambatan gantung sebab maintenance  T_T

Sementara tunggu turn nombor cable car kami di panggil, kami lepak dulu kat kawasan tu. Dari jauh nampak cable car. Husben Hana nak cancel ja tiket sebab tengok cable car bergoyang-goyang. hehe


Lepak di depan tangga 6D Motion. Hana memang teringin nak masuk 6D Motion ni tapi husben tak berani.hehe Tak kisah pun masuk ke tak sebab kat Sungai Petani Hana dah tengok. Best...

Sebelum beratur naik ke cable car kami diminta masuk ke Dome. Kami ditayangkan 3D roller coaster. Husben Hana duduk semakin ke bawah sudah. Hahaha macam mana nak ajak dia pi Genting Highland ni.

Kami bernasib baik tak perlu beratur panjang. Kami di beri laluan express redcarpet sebabnya ada kekosongan 2 orang dalam cable car tu. Yeaah... tak perlu bayar mahal-mahal nak naik cable car cepat-cepat :)

 Yehaaa... sudah naik cable car.

Sampai stesyen pertama angin kuat. Husben Hana nak turun tak nak naik ke puncak sudah. huhu. Alahai rugi tu. Lama juga Hana berhenti kat stesyen ni sebab nak pujuk husben suruh naik cable car sampai kat puncak :)

Akhirnya....
      
Kat puncak Gunung Mat Chinchang. Angin kuat bila tiba di puncak gunung ni. Habis terpeleot tudung.

Lepas naik cable car, Kami jalan-jalan sekitar Oriental Village

       
Nampak bola atas tasik tu. Excited nak main tu. hehe tapi bentuk silinder RM8. Tak pandai nak gerakkan silinder tu ke tengah-tengah tasik. penat kot. huhu keluar dari silinder terus pening kepala. Sumpah tak nak main benda alah tu dah. kalau nak cuba buat pertama kali boleh lah. hahaha


Kami masuk ke fish spa. Berapa ringgit tah tak ingat. Tak berani sebenar. Kali ni husben yang paksa dan pujuk Hana suruh join fish spa ni. Hana tak mau. geli kot sebab dah pernah try fish spa tapi ikan besar-besar. Ikan besar tu pun geli inikan pula ikan kecil. huhu  .. Ok husben dapat naik cable car, apa kata Hana join juga fish spa ni T_T

Jalan punya jalan nampak banner 'elephant adventure'. Kami ikut anak panah yang menuju ke 'elephant advanture'. Mahal juga kalau ikut pakage paling murah RM100 untuk pusingan taman.Kalau yang mahal kita akan menyelusuri sungai bukit-bukit sikit dengan menaiki gajah tu. Nak tak nak nak tak nak.Macam tak berbaloi pula.Husben Hana on je.. Dah on tu Hana pun on la juga. hehehe


      

Kami masuk keluar kedai itu ini sampailah pukul 4 petang. Perut dah lapar.. Search kedai makan lagi. hehe

"LAKSA POWER" di Pantai Chenang berdekatan dengan airport. Memang power. Penjual pakai van jual laksa kat kawasan terbuka di Pantai Chenang


Kami menjamu selera bertemankan hujan rintik-rintik. Laksa power punya pasal makan dalam hujan pun boleh. Bukan kami 2 orang je. Ramai lagi makan laksa bertemankan hujan. hehe 

Demam lagi Hana malam ni kot. huhu

6 orang dah komen :

Cetusan Minda said...

ayat power ni berjaya pujuk husband ... cian hana demam saja ya ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah best ni.. tringin gak nak p tmpt2 mcm ni.. dlu p lgkawi p basic je..huhu

hana hadi said...

Harus power.hahaha demam malam ja siang ok

nae nematoda said...

tahniah :D, tunggu update majlis khawin :D :P

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, wahh tak sabar sheila nak naik cable car. mesti gayat. ekekkee tapi teringin dah lama sangat nak naik haha sejak Genting tutup park. dah tak naik cable car sana

lynndamya said...

Salam, wahhh bestnye jalan2...ni kira sambil honeymoon lah ye! hehe nice..pakse punye pakse dapat pun pujuk dia naik cable car ye~ hahah.. owh yg bola2 atas tasik tu nmpk mcm best, nanti nak cuba tp kat jb ni xtau mane ade..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...