4 hari 3 malam di Pulau Langkawi


4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Erm... boleh kan pospone dulu entri kawin :P kita terus ke entri 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi :)

Perancangan awal nak ke Krabi, Thailand tapi cuaca tak mengizinkan. Terus tukar rancangan ke Pulau Langkawi tanah tumpah darah ku. Haaa kat sini Hana di lahirkan.

2 hari sebelum sebelum bertolak, Kami husben wife survey resort. Teringin nak resort atas air :) Pilihan pertama Berjaya Resort tapi dah full house. huhuhu Survey punya survey , akhirnya kami pilih Langkawi Lagoon Resort yang terletak berhampiran dengan pantai. Kami memilih Sea village by Langkawi Lagoon Resort sebagai penginapan kami dan semestinya penginapan kami atas air :)

 Permandangan dari lobi. Dalam hati "Nak mandi kolam sebelum check out"
Selesai check in kami dihidangkan dengan minuman 'selamat datang'. Alololo sweet je dengar kan

   

Kami bergerak ke kediaman penginapan dengan menaiki kereta khas pihak Langkawi Lagoon Resort. Kalau nak gunakan khidmat kereta khas sepanjang berada di Sea Village ni call ja dari bilik nanti akan di jemput.hehe  Bilik kami di tingkat dua. Waaaah dapat tingkat 2 mesti best pemandangan time malam nanti :)

Letak beg, terus ke beranda. Tengok permandangan dari tingkat 2, ke'excited'an nak jalan-jalan sekitar Langkawi Lagoon Resort terpancar di wajah waktu tu. Rehat letak tepi dulu, yang penting jalan-jalan :)  Luas rupanya tempat ni. Ada gym, gelanggang bola tampar pantai, trek jogging/basikal, swimming pool, spa, dan  jenis-jenis penginapan selain daripada Sea village

                                                   

Dalam pukul 8 malam, kami ke Pekan Kuah 30 minit dari Langkawi Lagoon Resort. Hana sudah terdengar coklat-coklat di kedai coklat Haji Ismail Group memanggil-manggil Hana. Demi tak menghampakan coklat-coklat tersebut terpaksa juga Hana pergi ke sana :) Nampak tak hari pertama dah Hana cari coklat. hahaha


Lepas habis borong coklat kami gunakan khidmat Mr Google untuk cari restoran ikan bakar. Kedai makan pun di'search' Hana tau. hehe Hasil carian Hana restoran Nelayan Kampung Malut yang terletak kira-kira 15 minit dari penginapan kami manjadi destinasi jalan-jalan cari makan kami :) Kampung Malut tersebut terletak di tengah-tengah antara Pekan Kuah dan Langkawi Lagoon Resort

                                                  

2 jam kami tunggu untuk makan malam ni. Kesabaran di perlukan di situ.

Hari ke-2 next entri ok :)


8 orang dah komen :

Aqilah Azmi said...

alaaaa best gilaaaaaaaaa

mun said...

hehe terus melompat entry bercuti ye hana....

tahniah... selamat pgntin baru :)

aswadz said...

best2. berapa rate hotel?

hana hadi said...

@aswadz
rm4ratus lebih semalam tapi da diskaun utk boking mobile by agoda. dapat la kurang dalam seratus lebih untuk 4hari 3 malam :) sekali sekala :)

Cetusan Minda said...

borong coklat tu yg bikin jeles ...

are_lin@yu said...

hihi samalah kita tdk nk g krabi tp bnjir kt htyai last2 round malaysia ja haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana. heee langkawi best gak. boleh makan coklat. hihii krabi kena pergi masa pertengahan tahun je. sebab hujung tahun - awal tahun sana memang musim banjir

lynndamya said...

Salam, wahhh cntiknya tempat dia...mmg best dan santai klw nak bercuti..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...