Tempat-Tempat Menarik di Kedah? Haruslah tahu sebab Hana di lahirkan di Langkawi dan di besarkan di Sungai Petani Kedah
LANGKAWI
Kawasan bebas cukai. Patut beli coklat banyak-banyak especially coklat Daim :). Di Langkawi terdapat beberapa tempat menarik seperti
Dataran Helang,
Pulau Dayang Bunting,
Under Water World, Kampung Kristal dan banyak lagi. Tempat terbaik patut korang pergi adalah
Gunung Mat Chinchang. Kemudahan
kereta kabel untuk naik ke puncak gunung. Di puncak gunung, korang dapat lihat
pemandangan dan pulau-pulau kecik di sekitar Langkawi. Tidak lupa juga korang dapat melihat negara
Thailand dan Indonesia. Di puncak Gunung Mat Chincang terdapat
jambatan gantung dari gunung ke gunung.
THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI
The Carnival lebih kurang macam
Bukit Merah Lake Town Resort cuma agak kecik sikit. Korang akan mengambil masa 15 minit untuk berjalan dan pusing di sekitar The Carnival. Pihak The Carnival akan bagi
free makanan dan minuman. Kalau orang jauh datang ke sini bolehlah bermalam di
Cinta Sayang Resort bersebelahan dengan The Carnival. Harga masuk sini sangat murah sesuai la dengan keluasan tempat ni. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat harga murah.
MUZIUM PADI, ALOR STAR
Mempamerkan
bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Perkara yang korang akan terpegun bila berada di sini adalah l
ukisan yang sangat besar dan seolah-olah 'hidup'. Untuk ke lukisan tersebut, korang perlu naik ke 'Puncak Gunung Keriang'. Tempat kita berdiri semasa melihat lukisan tersebut akan berputar secara perlahan-lahan seperti kita melihat dari atas Puncak Gunung Keriang
PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA
Cinta Kita di Pantai Merdeka. Pantai merdeka bukan hanya boleh mandi-manda dan berkelah malah boleh dijadikan tempat perkhemahan dan bersukan kerana terdapat tempat khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Korang boleh
menaiki bot seorang RM2/sehala untuk ke Tanjung Dawai. Tanjung Dawai pula merupakan tempat
pengumpulan hasil tangkapan nelayan. Korang boleh
menikmati makanan laut dan membawa pulang.
Ikan masin dan belacan antara yang di cari di Tanjung Dawai
GUNUNG JERAI, GURUN
Van di sediakan untuk korang naik ke puncak Gunung Jerai
seorang RM10. Perjalanan ke puncak mengambil masa 20-25 minit. Dalam perjalanan, korang boleh singgah di
Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. Jungle trekking juga boleh dilakukan. Salah satu air terjun di sini adalah
Air Terjun Puteri Mandi. Korang boleh mandi di sini. Resort yang paling tinggi di puncak Gunung Jerai adalah
Gunung Jerai Resort
LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK
Ladang Anggur Tasik Beris ini diusahakan di atas kawasan s
eluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya
ladang anggur yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Kawasan persekitaran ladang yang cukup cantik dan terletak bersebelahan dengan
Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan persekitaran ini dan bayaran
RM5 seorang hanya yang masuk ke dalam kawasan penanaman anggur.
HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM
Aktiviti menarik jika korang datang ke sini adalah aktiviti air, mendaki gunung, merentasi hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga terdapat
Tree Top Walk iaitu titi gantung sepanjang 1.5 km.
Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak seperti
berkayak.
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING
Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam dengan kemudahan penginapan yang terbaik. Harga masuk adalah
RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak.kanak. Terdapat beberapa kolam mengikut tahap kepanasan masing-masing. Korang boleh berenang di kolam atau sekadar merendam kaki. Paling seronok bila berendam pada waktu malam. Aktiviti lain bila berada di sini adalah meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan
jeram air Lata Gading dan
Lata Parit.
P/s : Ada lagi tempat-tempat menarik di Kedah. Di atas ni yang pernah Hana pergi.