Lesung pipit sejenis kecacatan


“LESUNG PIPIT adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ di bahagian tersebut. Namun ternyata ia satu ‘kecacatan yang indah’
Korang tahu ke tak lesung pipit ni apa?
Jangan samakan lesung pipit dengan lesung batu pula

  lesung batu dan lesung pipit  

Hana tiada lesung pipit, baik senyum control ayu mahupun senyum ala-ala Ronald McDonald. Eh, kalau senyum macam Ronald McDonald Hana ada tapi secoet (eleh, Hana ni semua orang macam tu, jangan nak secoet sangat lah). Tapi kalau burung pipit tu banyak la kat rumah. Semenjak peristiwa Che Ah tangkap burung pipit, Seekor burung pipit pun tak pernah singgah rumah Hana

Suka tengok orang yang ada lesung pipit, manis je bila dia senyum kan . Orang yang marah tu pun tak jadi nak marah bila tengok dia senyum. Di tambah pula dengan lesung pipit. Fuh,....

Macam-macam jenis lesung pipit. Ada lesung pipit kat bawah+tepi bibir, ada yang dekat pipi dan ada juga yang ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Jarang Hana nampak lesung pipit di kedua-dua belah pipi.

Siapa ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi angkat tangan?


Silence day of Wednesday #5



Mana kapal terbang ?


Balik kampung hari tu, tok Hana nak buat kuih kapal terbang. Hana excited la nak tolong buat kuih tu. Ehem, maklumlah tak pernah tau pun kewujudan kuih kapal terbang ni. Tak sabar-sabar nak tengok kapal terbang yang dah siap.

Campuran tepung ni Hana tak tau. Tiba-tiba dah siap. Hana cuma uli-uli bagi nampak kemas.hehe boleh tak macam tu

Nampak tak tangan kanan Hana di situ. Tangan kiri tengah ambil gambar. hahaha

Yang di bawah ni, pada mulanya Hana buat tapi entah macam mana terlebih tenaga sampai terkoyak dan berlubang doh tu Hana kerjakan. Alaa rosaklah kapal terbang nanti. jadi Hana tak buat la benda ni. Adik dan tok yang buat.

Lepas siap jadi mcm roti canai tu. terus lipat-lipat  macam di bawah ni. Masa nak lipat tu sapukan minyak yang dicampur tepung ubi.


Hana dah mula rasa pelik.

"Mana kapal terbangnya? leper je ni, tak besar pun"
"tak potong lagi la"

Hana menjadi pemerhati terhormat kat situ

"dah siap dah, goreng je lah"
"Mana kapal terbang"
"goreng la dulu"

Lambatnya..Hana pun tolong goreng, Hana kalau goreng tutup mata je..hehe

    
Masa tengah goreng tu baru perasan. Macam pernah tengok je kuih ni. Nie bukan kuih yang rapuh dan manis-manis tu ka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDWS-vJero3J_YS77HDtNbWwtQFOjzF7hCZO7tr_DiRfo9S3q2vibNc4XW63e1accIVDcqMBXPNjkni5v-shEoqaJYJXErtQv7qeZ-IeBfnSY2I12inSzBrhDc-cJHE8aqT2x-VJzYQ68/s400/100_5442.jpg
by : Mr Google

"Ni la namanya kuih kapal terbang"
"Laa.. ni ka kapal terbang"

Aiseh... Hana tau kuih ni, cuma tak tau nama ja. 
Kenapa kapal terbang ye..


Interview SPP - DONE -



Fuh, boleh tidur lena dan blogwalking dengan senang hati.Hahaha

Soalan yang ditanya?
haa.. tak baca nota pun boleh jawab (Ikut penemuduga juga)

Soalan untuk group Hana lebih berfokus kepada bidang Pendidikan Khas

1. Ciri-ciri murid Pendidikan Khas (ikut kategori)
2. Cara mengajar murid Pendidikan Khas (ikut kategori)
3. Simulasi memperkenalkan guru baru kepada murid khas
4. Pembaharuan untuk kelas Pendidikan Khas ( banyakkan bbm, penggunaan ict)
5. Harapan kepada murid Pendidikan Khas

Senangkan. dalam fikiran Hana macam-macam jawapan Hana nak bagi tapi nak menyuarakan jawapan tu terputus-putus, tak pandai nak susun ayat bagi dramatis sikit. huhu

Tips untuk bakal-bakal guru yang akan di interview nanti
1. Jadilah orang pertama untuk menjawab soalan
2. Jangan membangkang apa yang penemuduga tu kata
3. Suara jelas dan terang

P/s : Time to blogwalking. 2 3 hari juga hana nak blogwalking ni...

2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41


KUALA LUMPUR: Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini, hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal.

"Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu.

Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan.

Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut

19/2/2013
Berita Harian

P/s : Esok hana kena inteview. doakan Hana supaya tak gugup ek.hehe

My Blog Giveaway


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpkL6am9BMOx4EMm1c2JEPW2g2uSFdFnIaNR3k5pNrVrXNMuEsxxBB2lHNsH-Uew_H10p4j4pvgl9CfA0VMPHu8vELUb8wjFqQ_Y7Dbltpe2l7E822S_DXPOeAjFmLhDfksbMOS0S_aAt3/s1600/tumblr_mhdqghhSGC1rx49tqo1_500_large.png

Haip... bukan Hana penganjur giveaway ye. Ini giveaway Ahmad Albab Qistina yang punya.hahaha
Syarat-syaratnya mudah je. Klik banner untuk tengok syarat-syarat giveaway ok

Tag cikgu lah



Temuduga SPP IV


Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba.
Dengan penuh bersemangat Hana terus ke Portal SPP
Tiada apa-apa pemberitahuan pun..

Petang tadi dapat SMS  "dah boleh semak panggilan temuduga". Alahai... nantilah. Lepas 10 minit macam tu ada satu perasaan yang meminta Hana membuka laptop. Apa lagi. terus buka laptop, check SPP.

Kali pertama cuba

MAAF! MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM URUSAN KAMI

Tiada harapan sudah. Kali kedua cuba lagi. Akhirnya...



Ya Allah, tiba-tiba rasa berdebar. Tadi punya la pasrah sekarang rasa gementar + gembira.

Temuduga berlangsung secara serentak di seluruh negeri bermula 19 Febuari 2013 hingga 27 Mac 2013. Maknanya 20hb Febuari merupakan hari kedua temuduga. Agak awal juga. huhu bertambah gementar

Kepada bakal guru PISMP Ambilan Januari 2009 yang tidak ditemuduga dalam masa terdekat ini jangan risau, anda bertuah kerana anda terpilih untuk menjalani PENILAIAN KHAS. Penilaian khas? Hana pun tak tahu penilaian khas ni macam mana.. mungkin pelajar yang dapat 1st Class. Rajin-rajinlah ke Portal SPP untuk ketahui lebih lanjut pasal penilaian khas ni

P/s : 5 hari lagi untuk Hana buat persediaan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah


Di hari Pertunangan...


Sungai Petani ke Jeniang ( 45 minit )
Jeniang ke Bukit Mertajam (2 jam)

Perjalanan jauh yang sangat bermakna
Pertemuan dengan sahabat baik yang sangat sangat tiada tandingannya
Pertemuan di majis pertunangan Awien yang dihadiri oleh 10 orang kawan bekas Sekolah Kebangsaan Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang (2005-2006)


4 orang daripada 10 orang tadi adalah ex-dorm F4.

Semua dah dimiliki kecuali yang bertudung purple dan berbaju hitam :)

Sebenarnya ada lagi 2 orang tapi diorang datang lambat. Maklumlah rumah Hana yang paling jauh antara kawan-kawan yang lain. Jadi kena balik awal sikit.

Kawan baik Hana Yanie  ( berbaju hitam ) dan Awien ( berbaju putih / bertunang )

Last kami berjumpa masa majlis Perkahwinan Amy 4 tahun yang lepas

Sekarang masing-masing dah berumur 24 tahun.

"Hana, hang dari dulu macam ni jugak, tak berubah pun.."
"Hahaha Hana kan maintain 17 tahun"

hehehe nak juga letak dialog yang terasa diri muda. Bukan sorang yang tanya tau. tapi 2 3 orang. tu yang rasa macam nak belanja korang makan McD.


Yang baju biru namanya Ieka. Dah kahwin ye. Dah jadi mak budak pun. Nak tengok majlis perkahwinan Ieka yang sweet giler KLIK SINI.

Masa pertunangan ni juga di adakan majlis akad nikah adik Ieka . Kahwin dengan kawan bekas sekolah teknik Hana juga, merangkap kawan kepada Ieka dan suaminya. Baguslah kakak, abang ipar dan suami dia bekas sekolah teknik yang sama. hehe

    

Lepas tu kami pergi tengok anak classmate Yanie, Zierah namanya. Anak dia setahun lebih sudah. Betapa cepatnya masa berlalu kan.


Ramai jugak la yang dah ada baby TENGOK SINI

Pukul 6 petang Hana bertolak balik hantar Yanie ke Jeniang dulu. Rehat-rehat kejap kat rumah dia. Kemudian balik Sungai Petani


Contest Teka Barang Apa


Korang harus join contest ni

Klik banner contest untuk maklumat lanjut ok

Tarikh Tutup 
9 MAC 2013

Bowling @ Sejati Bowling


http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/558414_430779690298262_1586818888_n.jpg
By : Mr Google

Tahun bila punya gambar pun tak tau.Sekarang bangunan ni warna lain. Memang cantik, menarik, kau memang da bomb la.

Hana nak cerita pasal main bowling kat Park Bowling Centre atau nama terbarunya Sejati Bowling. Sejati Bowling ni adalah sebahagian dari Hotel Park Avenue. Nampak tak ada laluan berhubung antara tempat bowling dengan hotel

Hana dah Syifa (adik) rancang nak main bowling kat sini. Nak celebrate sempena dapat lesen kereta katanya.hehehe. Rancangnya petang tapi tak sempat. Kami pun main bowling ni waktu malam dalam pukul 8. Baget tempat bowling ni tutup pukul 11 malam. padahal tutup tutup pukul 1 pagi.

Firstime Hana main bowling waktu malam kat Sejati Bowling ni. Terus ke kaunter untuk bayar apa yang patut.

1 game RM5. Eh, murah pulak kat sini. Hana main kat tempat lain 1 game RM7 macam tu. Mungkin sebab hana kenyit-kenyit mata kat abang kaunter tu kot.haha. Ok lawak. Memang harga RM5 untuk 1 game. Abang tu kata kalau malam dia bagi promosi 3 game RM10. Wow.. murah sangat.

"Mampu ke nak main 3 game?"
"Ok ja, murah kan"

Selepas berbincang dengan adik. Kami sepakat nak main 3 game. Lagipun bukan duit Hana tapi duit dia.hehe

     


SCANDAL !!!



   Penyanyi : Cikgu Fatin
   Lirik          : Cikgu Fatin dan Khairul Nizam

Cikgu Fatin merupakan guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu (2007-2012). Hana panggil Tina.hehe Kenapa Tina? sebab nama penuh dia FATIN AMIRAH. Jadi nak pendekkan TIN + A. TIN tu nama belakang Fatin A tu huruf awal Amirah. Unik kan.

Lagu Scandal ni merupakan lagu ke 2 ciptaan Cikgu Fatin. Lagu ciptaan pertama Cikgu Fatin adalah Anugerah Kehidupan di mana lagu tersebut menjadi juara dalam Malam Komposer Muda .

Jom layan lagu ni. Kalau nak dengar lagu Anugerah Kehidupan silalah ke Youtube Cikgu Fatin


Silence day of Wednesday #4


Silence Day Of The Wednesday by Potia Casadelarossa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxTTK8X8LgNup_58OcGfVIdEFWS4Vs-ldybHpnOe6Oq7rWVlcno3CKj_GaqmriiFW1dOfRhDxK8IpqYRGTG7f8l3cQgCM208oSOgVm0uHxtRkAHiLe4HyfQVlkxfflBcvfePZkXtyZfXuY/?imgmax=800

Disebalik Kisah CJ7


Hana tengok  dialog antara bear comel (CJ7) dengan seorang perempuan yang dihasilkan oleh abang Hana (masa tu lost contact dengan abang, cuma jadi silent reader di blog beliau). Comelnya bear tu, warna hijau lagi, tak pernah tengok pun sebelum ni. Lepas tu setiap hari hana akan tengok bear comel itu di blog beliau.

Seminggu lepas tu Hana ternampak keychain bear comel tu di jual di kedai. Owh, nama bear ni CJ7. Nak beli la satu.

 Gantung kat pendrive :)

Hana keluar ukur bangunan KB Mall. Terpandang satu kedai ni

Waaaaaaah, banyaknya CJ7. Dalam hati tertanya-tanya "CJ7 ni apa sebenarnya? tiba-tiba boleh famous macam ni". Dari sekecil-kecil CJ7 sehinggalah sebesar-besar CJ7 ada.

2 hari lepas tu teringin nak pi tengok CJ7.  Cuci-cuci mata kot ada barang baru kan.. Sedang hana berjalan-jalan. SURPRISE !!! ada orang hadiahkan hana bantal dan purse handset CJ7. Rezeki jangan ditolak.hehehe

     

Hana ingat nak beli satu lagi bantal kecil ni untuk letak dalam kereta tapi dah tak jumpa. Yang dalam bulatan tu purse handset. Di sebabkan ada 2 poket, 1 poket letak handset satu lagi letak duit. Nak interframe jap. Gambar tahun 2008 jadi masa ni umur Hana 19 tahun kot. Kanak-kanak rebena lagi. Iye kan aje :)

Boring duduk asrama (masa tu menetap di asrama), hana pinjam hardisk kawan nak tengok movie. Hana terpandang tajuk movie ni

"Eh, ada movie CJ7? Bila masa pula CJ7 ada movie ni"
"Laa hana,tak tau ke pasal movie CJ7 ? sebab movie ni la ada barang-barang CJ7"
"Yeke? tapi kenapa hana tau barang CJ7 dulu baru tahu pasal movie? hehe"

Betapa ketinggalan zamannya hana ni sampai movie CJ7 pun tak tahu

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/8/80/CJ7.jpg/215px-CJ7.jpg
*Sebenarnya budak lelaki dalam movie ni adalah seorang perempuan

Hana dah target nak beli bear CJ7 yang besar gedabak yang ada kat kedai tu. Tapi masalahnya CJ7 yang kecil lebih comel dari yang besar.hehehe tapi tak kisahlah. Alang-alang nak beli baik beli yang besar sekali. Sebelum sempat Hana beli, dah ada orang hadiahkan CJ7 yang besar gedabak tu. Macam tahu-tahu je hana nak beli bear CJ7 tu

Memang masa tu, bear CJ7 ni yang paling besar. Dapat juga hana miliki CJ7 ni.

Seminggu lepas tu, hana pi kedai tu balik. Weh ada lagi CJ7 yang lagi besar dari Hana. Ini tak boleh jadi. Tengok harga. Aiseh... tak mampu la pula. cukup lah apa yang ada.huhu pasrah

Eh hana lupa nak bagitau, hana dapat hadiah bantal peluk CJ7. Ehek beranak pinak CJ7 hana.hehehe


Bantal peluk CJ7 ni merupakan barang terakhir CJ7 Hana sebab Hana pi kedai nak menambahkan lagi barang CJ7 tapi CJ7 dah tak ada dan digantikan dengan  Domokun (Domokun ni asal usul dari mana sebenarnya?)

Kiri kat asrama sebelah kanan kat rumah

Bear pertama Hana adalah bear yang warna putih tu. Entah macam mana boleh ada bear yang lain pun tak tau. pun tak tau. Sekarang dah tak minat bear. Bear-bear ni disimpan rapi di dalam almari.hehe Haa... ada satu lagi kawan CJ7. KLIK SINI

Back to the point
Semakin lama semakin up to date CJ7 ni. daripada original CJ7 kepada CJ7 yang lebih lembut dan dalam bear tu ada biji-biji. Yang paling lawak, CJ7 tu berwarna pink dan berwajah macam-macam.

http://www.ismoyo.com/blogimages/cute/murry.jpg
by : Mr Google

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


Terdapat pelbagai kemahiran asas dalam kaunseling tetapi hanya 5 kemahiran yang di fokuskan di sini

Kemahiran Melayan dan Mendengar

Salah satu ciri-ciri guru yang efektif adalah melayani murid seperti anak sendiri, Guru perlu melihat murid dan tidak boleh membelakangi murid tersebut. Apabila melihat murid, tujukan ekspresi muka yang memperlihatkan kesungguhan supaya murid berasa lebih yakin untuk meluahkan sesuatu perkara Nada suara perlu sesuai dengan situasi yang sedang berlangsung. Setiap persoalan harus di layan dengan sebaik mungkin kerana ia dapat menarik minat murid untuk bertanya dan meluahkan perasaan jika terdapat kekeliruan dan tidakpuashati. Dorongan minima seperti anggukkan kepala menunjukkan guru tersebut faham akan maksud yang disampaikan oleh murid. Selain daripada itu dorongan minima dapat memuaskan hati murid dan memberangsangkan muris tersebut untuk memberitahu sesuatu perkara

Kemahiran Mengintepretasi Tingkah Laku Bukan Lisan

Terdapat pelbagai tingkah laku bukan lisan yang ditujukkan oleh pelajar antaranya eksperesi wajah atau mimik muka. Eksperesi wajah atau mimik muka ialah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan pelajar. Guru harus peka terhadap mesej yang dilahirkan melalui wajah pelajar. Pandangan atau kotak mata juga membolehkan guru mengintepretasi tingkah laku bukan lisan. Antara tafsiran yang dapat dilakukan oleh guru melalui kotak mata ialah memberi perhatian, tunjuk minat, tanda hormat, menggalakkan luahan perasaan yang jujur, rasa kesungguhan dan laia-lain lagi

Cara duduk pelajar juga membolehkan guru mentafsir sama ada pelajar tersebut berminat atau tidak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Jika pelajar tersebut duduk dengan condong sedikit ke hadapan maka pelajar tersebut ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu yang Mengangguk juga adalah tingkah laku bukan lisan. Apabila guru menerangkan sesuatu kemudian pelajar mengangguk. Ini menunjukkan pelajar tersebut memahami isi yang disampaikan oleh guru.

Kemahiran Memberi Tindak Balas

Kemahiran tindak balas memerlukan guru memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan lisan murid. Dengan membalas kata-kata akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tindak balas yang diperlukan adalah tindak balas yang positif bukanya tindak balas yang negatif

Kemahiran Mengenal Pasti Masalah 

Salah satu untuk mengenal pasti masalah ialah dengan membuat tinjauan. Tinjauan ini membolehkan guru mengumpul maklumat penting mengenai isu yang mungkin timbul dalam kalangan murid terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini dapat memudahkan guru dalam mengesan masalah yang hadapi oleh murid.

Kemahiran Melaksana Intervensi

Setiap kanak-kanak Pendidikan Khas perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat.Hal ini kerana Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Dalam mengaplikasikan kemahiran ini terdapat beberapa cara yang digunakan mengikut masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Antaranya ialah kaedah komunikasi untuk mengatasi masalah pertuturan. Penggunaan alat-alat seperti komputer juga dapat membantu dalam meningkatkan lagi kaedah komunikasi


2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

 
SYARAT-SYARAT SEGMEN
     Terbuka kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog Remy Hazza
     Follow blog remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com (wajib)
     Kalau sudi like FB fanpages blog remy atau google+ remy ( tak paksa )
     Buat satu entry bertajuk "2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"
     Copy banner kat atas dan tampalkan dalam entry
     Ajak lah sahabat kenkawan semua untuk join segmen nie
     Tinggalkan link entry kat bahagian komen entry NIE
     Tarikh akhir segmen  akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 28 February 2013

Nak menerai a.k.a try tag guna google plus lah.hehe

Kepada
Jom join segmen ni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...