Perkara yang kau 'wajib buat' ketika bujang


Perkara yang kau 'wajib buat' ketika bujang. Nampak tak mood ke'santai'an di situ. Entri penuh Spontaneous Tuesday ^_^

Sumpah kalau korang tak buat perkara ni korang akan menyesal selama-lamaya huahahaha

Tinggalkan rumah. Bukan bermaksud lari dari rumah ye akak-akak dan abang-abang sekalian. Tinggalkan rumah bermaksud merantau. Tak kisah lah sama ada merantau cari kerja atau menuntut ilmu. Bila kita jauh dari ibu bapa kita akan belajar berdikari. Sifat kematangan tu wujud bila kita dah berdikari. Kita dan pandai berfikir, kita pandai cari kawan, kita pandai buat keputusan sendiri, Kalau keputusan yang kita buat tu tak betul pun kita cuba belajar dari kesilapan kita. Segala suka duka sedih gembira ada kat sini. huhu Hana dah mengalaminya. Dalam suka ada duka. sob.. sob.. sob.. Yang penting jangan lupa asal usul kita, ibu bapa kita ok


1 pagi masih aktif

Travel. Perkara best di abad ini. Pergilah kalau tidak kau akan menyesal. tiba-tiba ja.. Jauh perjalanan luas pemandangan. Melalui travel ni korang dapat lihat bertapa luas dan indahnya ciptaan tuhan. Pelbagai ragam manusia kita dapat tengok. Pernah Hana pergi Cameron 4 kali dalam setahun. Itu pun tak puas melawat kawasan lagi. Dan yang tak dapat Hana lupa bila malam selepas Hana dan kawan-kawan keluar makan sebelum puasa keesokkan harinya, salah seorang kawan bagi cadangan "Jom Cameron" 1 Ramadhan kan cuti. Apa lagi kami terus ke Cameron dan sampai di Cameron pukul 5 pagi.  Malam tu pula balik Kelantan. Ngee kerja apakah itu? First time ke Cameron Highland  KLIK  SINI

Kumpul duit syiling. Yang ni tak ramai yang buat tapi percayalah bila korang kumpul suka-suka sampai penuh tabung mesti korang tak sangka. "Waaaah.. dah penuh".Kalau Hana asal jumpa duit syiling kat lantai ka, belakang peti ais ka confirm Hana ambik letak dalam tabung.. Duit syiling apalah sangat setakat 5 sen 10 sen 20 sen tu dipandang Hana je. Kalau Hana bagi kat mak pun confirm mak suruh Hana ambik :) Tapi paling best jumpa duit syiling dalam mesin basuh. Entah duit siapa kita tak tau kan ambik je 20 sen 50 sen tu. Ngee.. negee..

Amalkan gaya hidup sihat. Mulakan gaya hidup yang sihat di zaman bujang sebab suatu hari nanti amalam tersebut akan di bawa ke dalam keluarga korang nanti. Ada juga kajian mengatakan bila kita bersenam ia dapat mengurangkan stress dan menjadikan seseorang itu gembira dan berkeyakinan tinggi. Waaaah serius juga bila taip ni. hehe

Buat perkara yang korang suka. Jangan susahkan orang sudah la kan :) Contohnya korang suka tidur. Haaa tidur jelah. Boleh kan kalau contoh macam tu hehehe Erm... Contoh lain korang sebagai blogger? Ada sesetengah blogger suka explore coding-coding yang ada. Yang ni Hana respect kat korang. Hana pun coding-coding ni dah ke laut sudah bila dah bekerjaya.. hehe The best part dalam dunia blog Hana ni bila dapat dating dengan blogger-blogger INI.

Cari ilmu sebanyak mungkin. Ilmu menjahit ka ilmu memasak ka. Erm.. sebut pasal memasak ni, Hana mengaku Hana zaman bujang dulu tak pandai masak. setakat masak nasi dan air tu boleh lah. Paling hebat pun goreng ikan itu pun tak pandai bersiang ikan.tak percaya? KLIK SINI  Kalau Hana AJK Makanan or masakan secara automatik Hana lantik diri Hana jadi photographer nampak tak permainan Hana kat situ. Tapi Bila dah kahwin ni dah boleh bersiang ikan sudah. Yeaaaah.... Eh eh sudah kahwin baru pandai bersiang ikan. Mampus Hana. Jangan tiru yee kawan-kawan

Itu ja yang terlintas dalam fikiran Hana. Apa pun korang....
Jangan 'stress' bila di 'wall' Facebook korang penuh dengan gambar-gambar or status yang berunsurkan 'kebahagiaan'. Bila kita fikir balik. Ok itu hak masing-masing tapi itu lah mampukah kita ................T_T. Ermm...... Sabar ye..Spam je tu ^_^
P/s : Kata-kata semangat untuk Syidah kawan se'jogging' dan se'aerobik' Hana


7 orang dah komen :

Nurrul Hazieqah said...

Yup..that is true.. life is beautiful, dont waste it...

create the happiness, because happiness cannot wait to coma first.. ^^

weschairs said...

Best citer ni... Tajuk pun gempaq

zuhdi sanusi said...

aku buat apa yg patut jer., hehe

EkaTikah said...

sementara single, buat apa yg boleh. nnt dah kahwin, jgn menyesal tak buat itu ini masa single dulu :P

Khai_Sol said...

Solehah paling suka part travel lah . Solehah ibu pernah bagi lepas kan pergi Pekan Baru, Indon untk travel without family . Besttt ! Hahah. Tengah kumpul duit nak tarvel and study lagi now ^^

aswadz said...

bila baca balik entri ni, teringat pulak zaman bujang, zaman kat universiti dlu. memang best.

Aimacomel said...

hargai masa bujang tu. sebab bila dah kawin dan beranak lagi2 anak tu masih kecik, memang kita takkan ada masa utk diri sendiri dah. Sungguh! Jadi, gunakan masa bujang tu sebaiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...