Program "Telesuri Kelate Da Great"


Bombastik betul nama program ni..

Program ni bertujuan untuk mengimbas kembali detik-detik suka duka sepanjang 5 tahun 6 bulan berada di bumi Kelantan ini.. Daripada tak tahu cakap Kelantan sehingga dah fasih berbahasa Kelantan. Itu bukan hana. Hana tetap kurang fasih dan kurang faham bahasa kelantan.hehe

Dalam satu hari tersebut pelbagai aktiviti yang diadakan. Bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 2.00 pagi. Lama betul kan..

LANG BUANA

   

Hana pun tak pasti kenapa nama pasar ni Lang Buana. Hasil temu ramah hana dengan peniaga tu menyatakan senior-senior yang gelarkan Lang Buana.Erm.. kenapa? kena tanya senior ni.. Masa duduk di asrama, setiap hari Jumaat or Sabtu selalu juga beli nasi bawa balik makan kat asrama. Sebabnya cafe tak buka masa cuti. Nak keluar? mana ada kenderaan lagi masa ni. Dan julung-julung kalinya hana makan kat gerai ni sempena "Program Telesuri Kelate Da Great".

KB MALL

    

Yang gambar sebelah kanan tu ada gaya pemain bowling profesional tak? hahaha sebelum ni memang tak pernah main bowling dengan classmate. Ada diorang ni riuh betul macam tempat bowling ni korang yang punya. Yang tak tahannya.. nak bergambar pun boleh riuh. Itu hana suka..hahaha


Menikmati chocotop. Weh.. Hana memang tak pernah makan chocotop ni..Sedap la..Lepas ni mesti teringat korang kalau makan chocotop. Ingat tak pesan Mama? Makan kena duduk? Jom lah duduk..Hanya 3 4 orang ja yang berani menyahut cabaran hana untuk duduk kat tengah-tengah laluan tu..Cayalah korang walaupun sekejap. Tapi hana bangun paling awal kan.haha. Nak test ketidakmaluan korang ja sebenarnya :)

AIR TERJUN JERAM LINANG

    

Hana tolong kipas je. Itu pun saja nak inteframe skali. Hahaha Tak sabar nak mandi-manda. Bab-bab BBQ ni serah pada yang pakar. Nak ke Jeram Linang BBQ ni tak dirancang pun. Pukul 2 lebih macam tu baru la bahagi-bahagi tugas cari bahan-bahan untuk BBQ. Pukul 4 Petang baru sampai Jeram Linang. Tak sempat nak duduk ramai-ramai makan sekali.


Sejuk. Musim hujan sekarang ni tapi kenapa hari tersebut tak hujan. Cuaca redup ja..

RIDEL HOTEL

Bukan tidur kat hotel ye.. tapi makan-makan + sembang-sembang sampai tertidur.hahaha Kat sini tempat fofular untuk bersyisha. Syisha? apa tu.. Korang perlukan khidmat google. Kami makan masakan panas. Sedap tapi tak habis. Mungkin dah lewat, selera makan pun kurang. hehehe pukul 12 tengah malam dah masa ni.

    

Masih ceria walaupun dah lewat malam

PANTAI CAHAYA BULAN

Aktiviti terakhir untuk menutup program "Telesuri Kelate Da Great". Bahan dan alat yang diperlukan adalah tisu sekotak. Aktiviti melibatkan soal hati dan perasaan. Ketidakpuashatian pun boleh. Tak nak ulas panjang. Biarlah rahsia :)



26 orang dah komen :

donnyien said...

seronoknya program korang, tahniah hana kerna berjaya meneka di contest saya

Hanif Idrus said...

Main boling..makan2...bestnya

Jna marcello said...

Bnykkk nye aktiviti!!!JELES!!!
Nakkk join :c

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bestnye program macam ni.. mesti happay aje kan..

Remy hazza said...

best nye...... unik pulak program tu.... tang mandi sungai tu....huh!!! jeles,.....dah lama tak berendam....

caliph shuriken said...

yup, ada nmpak sorang pemain bowling pro kt situ, hikk...

Ayie Abas said...

meriah hana...gambar tgh berkelah mandi manda tu yg ayie paling suka...dah lama x mandi sungai mcm tu... :D

fifie said...

Hana bukan orang kelantan ke? fie ingatkan hana nie orang kelantan. heeee. hana apa yang berubah tu di blog fie.

Btw sorry tak revisit blog hana nie, sebab fie tak dapat access. Selalu jadi access denial.

amy syahiera said...

wahh ! macam best je ,
macam boleh agak ape aktiviti terakhir tu . hehe :D

Mrs Velentine said...

seronoknya

yana halim said...

wah. bestnya. mesti ini jd antara2 moment yg indah utk dikenang. :)

Myra Jay said...

Bila tengok mandi air terjun tu...
Woww!! rasa macam nak turut join mandi sekali ;D

boni kacak said...

kenapa macam tak larat je pegang bola boling tu? bola tu lagi berat daripada hana ke?hehehehehe

hnahdy said...

@boni kacak aip2 awak nak cipta rekod makan bola boling x? meh hana tolong suapkan :P

Wak Gelas™ said...

sungguh meriahnye uoolss.. ehheE

cweet pinky said...

hehehe , bes!!! bukan maen ek , siap maen bowling lagi , fun btol , hehehe !!

Rozuan Ismail said...

wah, bestnya.huhu.macam2 aktiviti ada

hnahdy said...

@Jna marcello nnt kita beraktiviti plak ek.

hnahdy said...

@Remy hazza musim hujan jgn berendam ye.. bahaya

hnahdy said...

@caliph shuriken itu semestinya.hehe :)

4feet8 said...

program apa ni? bestnya. anjuran siapa..

tirahzairi said...

jgn lpa mai lagi kelantan yer...hihi

hnahdy said...

@4feet8 program 1 kelas ni..hehe wajib sebab aktiviti terakhir yg melibatkan ahli kelas

Nick Nashram said...

saya ok je ngan slang kedah..tapi kalo yg pure tu mmg susah nak catch up..kdg2 bila diorang ckp angguk je..huhu.

kb mall tu tmpat lepak time weekend..cuma cinema je yg xde kat situ..jeram linang ni pun tempat lepak jugak sekali ngan ku hanifas time cuti sekolah..dia eh yg suggest dtg sini??..haha

Lulu Yaya said...

Cam best je program ni.. ok, tak paham jugak bahasa kelantan ni.. kalau diorang cakap slow2 baru bleh paham.. hehee~

Sanji Ngatmi said...

bagus tol layout baru akak ni ... laju giler loading ... walaupun line internet lembab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...