Terapi muzik tenangkan pesakit


http://madahannan.files.wordpress.com/2011/11/komik-muzik.jpg

Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru. 

Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan. Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.

Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.
Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky. 

Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky. Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.

Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik. Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit.

info : Berita Harian 25/11/2012

55 orang dah komen :

Mrs Velentine said...

setuju

CikNana said...

kalau org preggy bolh nie bg dgr dia

Nor Idayu Abd Rahman said...

Nanti nak cubalah.. selalu sakit kepala... :(

Ayie Abas said...

pernah jugak ayie dengar kajian nih...agak lama jugak laa...

cikeyrah said...

betul2 . .tapi kalau lagu rock x oke sgt kot hehehhe

AQu Mad said...

setahu mad al quran je yang menenangkan jiwa

boni kacak said...

kalau lagu gigit2 cuping telinga kecilmu boleh hilangkan stress tak??hehehe

Mira Adzlia said...

suke mnyanyi sorg2 dlm kete lg2 klu time jem...serius xde la stress sgt ble time jem...

m a r i s s a said...

betol.. muzik klasik membantu tp palingh mujarab mestilah ayat2 suci al-quran..

jom FOLLOW blog: www.diyanamarissa.com tq!

Kakzakie said...

Kakak tak tahulah kalau kakak tak sihat denagr apa pun tak boleh - tapi kalau ayat-ayat al-quran rasa lebih tenang gitu..

Ena's Palace said...

negara mereka mmg la camni kot...kalu kat tmpat kite rasanye biarla dgrkan ngaji atau zikir..lg baik...

محمد رازيق said...

alolo. comeynya baby2 tu. hehe. muzik itu satu terapi.

izan mama mia said...

jom dengar muzik rap...hihiih

izan mama mia said...

jom dengar muzik rap...hihiih

Kesuma Angsana said...

wah bagus juga ni..tap lebih baik kalau dilagukan dengan bacaan2 alquran kan

♥ sitifarhana ♥ said...

sy suke muzik..penenang jiwa :)

aku HaniAsyira said...

terapikan diri anda

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok gak kan kalau berkesan...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

memang ada terapi muzik. leeza pernah belajar. entah sem berapa tah... salah satu terapi muzik. utk hadapi murid bermaslaah.

zOeY zAu YaH said...

terapi murah kn hehe..

Mel said...

Ibu2 mengandung biasanya perdengarkan ayat Al Quran untuk baby dalam perut sebab boleh meransang otak baby. Itu yang terbaik tu ^^

Jna marcello said...

wahhh Na belum try lagi hihihi mungkin 1day na en try ;)

tq for this info ;)

♥ Miss Hearty ♥ said...

musik mmg dpt tenangkan hati :)

Qu azniza ;) said...

kalo stress pon dgq muzik ok gak hehe

Iffah Afeefah said...

erm nmpknye cm trapi mizk tuk knk2 bkpluan khs jugak knnn

aira shahira azmi said...

eh!eh!tekojut den masok blog ni.manyak nye cj7.haha!so,tak salah la aira nak dengar music selalu..kehkeh

Hanif Idrus said...

Macam2 cara sekarang yek..
Untuk muslim senang ajer..berzikir dan sembahyang tak per kos..hehehehe

SEO Contest..Minta Tolong Klik Google +

kyo_9 said...

hmm..
tapi nape orang kata muzik tu haram dalam Islam ek?

hnahdy said...

@Hanif Idrus untuk muslim mmg zikir dan sembahyang adalah terbaik.

hnahdy said...

@cikeyrah lagu rock lain.hehe

hnahdy said...

@AQu Mad a'a betul. terapi ni sebagai sampingan untuk baik pulih semula.. :)

hnahdy said...

@boni kacak Erk.. bertambah stres ada la. :P

hnahdy said...

@m a r i s s a yup :)

hnahdy said...

@Ena's Palace sebenarnya negara kita pun ada terapi muzik terutanya dalam bidang pendidikan :) kalau bidang perubatan xpernah dengar lagi

hnahdy said...

@Kesuma Angsana yup mmg bagus. :)

hnahdy said...

@Iffah Afeefah a'a pandai pun. kalau kat malaysia bidang pendidikan yang banyak pakai terapi muzik

Ammelia Yusoff said...

boleh di cuba tapi kalau dengar Al-Quran mesti lagi tenang :)

hnahdy said...

@kyo_9 Muzik adalah harus tapi kalau muzik tersebut melalaikan manusia itu adalah haram. Mendegar Ayat-ayat suci AlQuran juga adalah salah satu terapi muzik :)

Remy hazza said...

tak dinafikan.... musik itu mendamaikan, melekakan. dan kekadang......mengembirakan....

ANNA MARIANA said...

musik boleh dijadikan sebahagian dalam diri juga.. kalo 10sion boleh layan lagu...

Maria Menado~ said...

oo.. yeke. Patutlah pasang music. sebb ingt takot doktor ngantuk, pembedahan kan ade yang sampai 14 jam.. hehehe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh pg ya..

Miss Zahirah said...

setuju2.. ;)

anamizu kaito said...

muzik mmg mendamaikan.. cik ana kalo kat ofis x on radio mmg x sah la.. hehe

Mimie said...

setuju...sy kalo tension slalu terapikan telinga dnga lagu hindustan...hehehe

✿A I N A A✿ said...

ena suka dengar music yiruma bila tengah jiwa serabut or tengah pening kepala.. dengar smpai tertidor.. hukhuk

QA's ~ mamapapa said...

mungkin ini kajian di sanakan..klau utk kita Muslim ni...lebih menenangkan rasanya jika dengar bacaan Al-Quran :)

QA's ~ mamapapa said...

jmput follow kmbali :)

Aishah Jahirah said...

betul2....muzik blh bagi terapi even org dlm koma pun.muzik terbaik sudah semesti alunan al-Quran...:)

mia izzati said...

muzik bukan sebarangan hehe..kalau muzik rok buat sakit pala lagi hehe..cari muzik ala2 spa..

Shiyda Aqma said...

betul ! muzik mmg terapi yg hebat ! :)

TiranaAduka said...

dulu masa muda
Underground,death metal,rock, lagu tirana aduka..

Sekarang nasid..
Ok je..tapikan terapi yg paling mujarab adalah solat dan puasa..tu bg tirana aduka..org lain x tau.

jaakechik said...

jaa kalo tension dalam kereta (jammed) mmg suka sgt la pasang radio..hehee...

MaMa Rey said...

suami selalu dengar muzik-muzik yang menenagkan fikiran..kalau tension mesti pasang muzik rntak slow2

AkuMalas said...

Muzik..ada kesan kepada fizikal dan mental. Hati2 dalam memilih muzik. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...