Makanan itu halal atau haram?
Kawan hana yang bukan Islam, bawa makanan untuk dikongsikan bersama dan 3 lagi kawan yang lain. Kiranya kami 5 orang termasuk yang bukan Islam. Dua orang kawan hana tu bab-bab agama boleh la tahan jika dibanding dengan hana. Huhu Hana tak kisah pun nak berkongsi makanan sebab dia pun tahu Agama Islam tak boleh makan itu ini. Lagipun dia kata makanan itu halal. Tapi 3 orang kawan hana ni was was juga..
Diorang kan pantang sikit kalau apa-apa yang berkaitan dengan bukan Islam ni. Kadang-kadang tingkah laku diorang macam nampak sangat tak suka dekat orang bukan Islam. Ada je yang tak kena tak tak puas hati. Hana pun rasa bersalah dengan kawan bukan Islam ni disebabkan tingkah laku 3 orang kawan hana tu.
Kalau nak tegur, apa ja yang ada kat Hana ni berbanding kawan hana yang pandai bab-bab agama. Hana diam ja. Sampai hana lebih selesa nak keluar dengan kawan-kawan bukan Islam. Apa yang hana perasan, diorang mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi, jaga hati kawan, memahami dan menyimpan rahsia. Itu pendapat hana melalui pengalaman hana sendiri.
Hana nak highlightkan disini adalah makanan daripada kawan bukan Islam. Lumrah kehidupan asrama atau kelas yang terdiri daripada pelbagai agama. Tak salah sebenarnya berkongsi minuman dan makanan dengan orang bukan Islam. Hukumnya adalah harus. Tapi hana tak berani nak sampaikan perkara tersebut kat 3 orang kawan hana tu. Nanti diorang kata apa pula kat hana ni..
Ragu-ragu terhadap makanan tersebut? Hana ada baca dalam satu majalah ni. Keraguan bukan hujah untuk menghukum sesuatu makanan sebagai haram. Memandangkan yang membawa makanan tersebut adalah kawan, maka persaksikannya bahawa makanan tersebut adalah halal sudah cukup sebagai hujah bahawa ia sesemangnya halal
33 orang dah komen :
betul tu... sepatutnya jaga la hati kita sesama manusia right???
benar. leeza setuju dgn hana. kecik hati kawan kita tu. dari sek rendah smpai ke sek menengah .. kawan leeza semua cina.... malahan mrk adakala lbh fhm kita. pernah kawan leeza dia makan makanan tak halal. tetiba leeza berjalan depan dia. dia yg minta maaf byk2 kali.
leeza ni terdiri drpd keluarga cina + melayu. Tahun baru cina.. datuk n nenek belah ayah.. akan sediakan makanan yg lain utk kami. malahan pernah juga juadah tahun baru cina ialah rendang dan ketupat serta kuah kacang....
salam
Simple je.
Was2 jgn makan.
Yakin makan je.
Menolak dgn cara yg baik.hormati pemberian..dari shbt yg bukan muslim...
Bukan nak kecilkan hati mereka tapi...menjaga jiwa kita..mungkin pd permulaan dia agak terkejut.lama kelamaan mereka paham.
Gunakanlah cara yg paling baik ...tirana aduka.
Hari tu dengar ustazah ni ceramah, di kata kalau ragu2 akan sesuatu makanan baik jangan dimakan. Mungkin boleh cari alasan lain kata dah kenyang ke. Di samping jaga hati kawan, kita pun jaga halal haram makan minum kita. Perkara syubhah seeloknya dijauhkan. Wallahualam
yeke hana. oo. baru tahu tau... hehe..
tapi before ni pun kite tak ragu2 dengan kawan non muslim, sebab depa tau apa kite tak makan. =)
niat hati kita......kalu kwn tu dah kata halal...insyaAllah..... rasanya dia pun tahu sensitivity rakan2nya.... tak pun kita beritahu awal2...... kan lebih elok....
btul tu. asalkan kte yakin makanan tu halal, so just eat it. tp once kte dh ade doubt bout it, rsenye better x yh mkn..
harap kita bersederhana dalam pengambilan makanan, jika berebihan ia akan membawa pelbagai penyakit..
jaa pon ada sorang kakak angkat (sgt akrab) yg bukan islam, jaa kdg2 pon dia ajak dtg rumah, dan jamu makan, stakat ni ok aje...
saling menghormati sbg rakyat Malaysia...
mm.. rakan bukan beragama islam sy pun kerap jemput ke rumahnya..
hehehe..saya suka baca komen2 mereka ni.. :)
kena pandai jaga hati non-muslim, Jgn kerana kita golongan majoriti, kita tak pedulikan Pulak hati dan perasaan mereka.
muni pon penah duduk dkt tempat hana . tmbh skrg muni kat ofis bekerja dengan org bukan islam . kdg2 dorg bawak makanan rasa macam tak sampai hati pulak bila dorang hulurkan dekat kita . yang penting kita yakin n tak was2 :) kalao was2 boleh tolak secara baik . rasanya dorang paham . hee ~
muni pon penah duduk dkt tempat hana . tmbh skrg muni kat ofis bekerja dengan org bukan islam . kdg2 dorg bawak makanan rasa macam tak sampai hati pulak bila dorang hulurkan dekat kita . yang penting kita yakin n tak was2 :) kalao was2 boleh tolak secara baik . rasanya dorang paham . hee ~
jga ati org
pastu lg satu kite patut elak rse was2 tu
dalam bab makanan, ahak susah untuk orang kita menerimanya.. padahal air munuman yang sememangnya air masak pun diorang tak berani.. Saya pernah minum air botol mineral yang non-muslim.. Semua pandang saya time tu.. Entah apa yang diorang fikir
salam...
tak comel lah kalau betoi kawan Hana lagi 3 org tu buat perangai mcmtu...
agama kita tak ajar buat mcmtu walaupun dari segi akidah,memang mereka yg bukan Islam tu dikira kafir...
kita kana hidup dlm suasana pelbagai bangsa kat Malaysia...toleransi yg b'batas mesti ada kan...tak jadi masalah kalau nak share makanan yg pasti halal...
hmm..wallahualam...kita seharusnya buat org t'tarik m'dekati Islam,bkn m'jauhkan...
pakjoe dh mula suka baca blog nie best dan mcam2 blh tau hahaha
zizie xpandai sgt bergaul dgn cina/india sbb dr dulu bersekolah semua melayu.. tapi, skang dak kelas zizie ada chinese.. kurang sng skit dgn dorang sebab dorang suka sangat buat bising time semua orang tgh study.. tapi, tu bukan tiket untuk xberkawan dgn siapa2 :)
bolat skolah prempuan dan banyak cina . so selalu share minuman dgn diorg . heheh .
ikutlah ada yg boleh terima ada yang tak . bolat ade lah tanya ustazah . dan ustazah kata okayy . hohohh .
@Leeza dayasari [santai leeza] keluarga besar.. mesti best..
@Nurul Farahizzati a'a kalau diorang jumpa geng ata study antara diorang mmg bising sikit.hehe
kalau niesa minumam niesa xkisah kongsi kalau dia beli kat kantin..mcm tu jgak makanan..kalau niesa tau mana dia dpt or beli..tp kalau dia bawak dr rumah mmg xmkn kot..
kalau kita rasa ragu apa yg kita nak makan tu boleh or tak boleh, halal atau haram, baik tak makan..bg sy la..hihihi
sng je..ragu2 jgn makan.. pndpt org berbeza tp hukum tetap sama kan..
saling menghormati. kalau was2 jgn makan. tolak cara elok2.
adatla tu kan hidup berasrama.mmg ada yg tnggal dgn berlainan kaum.masing2 kena jgk la pndai jga hati kan :)
tak pernah lalui pengalaman itu..
ada gak bce topik nih....
saya dr jakim...nak komen halal haram nie...mueehhehe
selalu nya kami yang islam kongsi makanan sesama.. itu cnfirm boleh mkn sama2.. yelah mungkin was2 kan.. tp kalau dia beli makanan dpn mata mmg confrim makan jugak..
boleh nak tolak mknan tu tapi dengan cara yg btol la kan.
kena jugak jaga hati org lain walaupun bukan seagama dgn kita. kita la kena tunjuk contoh yg baik sebenarmya
boss sis dulu cina. kalau kami tak suka pun kami still ambik makanan tu. so masa lunch bwak la kuar.mkn tak makan tu lain citer.