Katakan TIDAK kepada makanan/minuman ini
Orang lain sibuk publish segala jenis makanan, hana pun nak jugak buat entry pasal makanan.
Setiap orang berbeza jadi ada sesetengah orang tu bermasalah sikit dalam makan/minum itu sebab bla..bla..bla..
Contoh paling simple : Udang
Malas betul nak buang kulit udang, lagi-lagi kalau makan char koew teow. Dah la makan dengan sudu. Ada jugak yang tinggalkan udang di tepi dulu. Ok itu hana.
Sampai satu hari tu, hana bagi semua udang kat kawan hana. Kawan hana pun kupas udang tu untuk hana "Aik, macam faham-faham je kan, hehe tq" Nasib ada kawan yang memahami. Kalau hana tak makan udang, letak udang tu kat tepi sampai sudah. Diorang tolong kupaskan udang. Bukan selalu pun :)
Sampai satu hari tu, hana bagi semua udang kat kawan hana. Kawan hana pun kupas udang tu untuk hana "Aik, macam faham-faham je kan, hehe tq" Nasib ada kawan yang memahami. Kalau hana tak makan udang, letak udang tu kat tepi sampai sudah. Diorang tolong kupaskan udang. Bukan selalu pun :)
Agak-agak apa yang hana nak ceritakan ni ada persamaan tak dengan korang??? Harap ada, boleh jadi gengnam stail. Yang di bawah ni memang betul-betul hana tak boleh makan/minum. Puncanya tidak diketahui :)
Susu
Dari kecik, mak hana cerita yang hana tak pernah minum susu. Susu badan tu tak tahu la pula :). Sampai lah sekarang. Bau pun tak boleh apatah lagi minum. Meloyakan. Milo dan teh je yang hana minum masa kecik. Apa-apa minuman yang di campur dengan susu boleh minum asalkan tak bau dan rasa susu. Kalau boleh hana elakkan minuman bersusu. Sebab apa ye.. nak kata elergik tak juga. Sebab pernah sekali dalam darjah 2, abah paksa hana minum susu sambil diperhatikan oleh abah. Mula-mula minum depan sinki lepas tu terus ke bilik mandi. Nanti hana muntah senang nak cuci. Akhir sekali. susu tu elok je dalam cawan tak kurang pun. pelik di situ.haha
Air kopi/ nescafe dan seangkatan dengannya
Kat kampung-kampung selalu hidangkan air kopi. Alaa camna ni. tak minum terasa hati pula. Minum sikit la. Ok memang pahit. Lama juga nak hilang rasa pahit di lidah tu kan.huhu Tapi sekarang kebanyakan kampung jarang hidangkan air kopi. Erm.. gula-gula kopiko hana makan.hehe
Bawang
Segala jenis bawang yang dimasak atau tak dimasak hana tak makan (Ada ke yang makan bawang yang tak dimasak?). Malas-malas hana pun sanggup asingkan bawang dalam nasi goreng. Jimat kan? Tak payah beli bawang nak masak apa-apa (hana masak ke?). Order bihun sup siap dengan pesanan lagi "Akak tak nak bawang goreng ye" . Mertabak yang di makan dengan bawang merah pun tak boleh. Ada kawan hana letakkan bawang tu kat mertabak. hana tak perasan. Dengan slambernya hana makan. Terasa ada gas dalam mulut. Wow bawang ada gas tu.
Hati dan seangkatan dengannya
Kenapa hana pelik-pelik sangat ni. Family hana semuanya makan.huhu Suatu hari tu, mak hidangkan hati masak kicap semata-mata. Hana ingat daging masak kicap. Menyelerakan betul. Makan je lah, pelik bebenar daging ni... bau pun pelik. Lepas tu terus belajar nak bezakan daging dengan hati. hehe
P/s :Tak pelik sangat kan. Ada sesetangah orang tak makan timun/ikan. Apakah peliknya orang itu.hehehe. Ada juga orang yang tak makan makanan /minuman tertentu sebab peristiwa-peristiwa yang bla..bla..bla.. Yang bestnya ada orang tak makan ikan sebab rasa kasihan kat ikan tu.
63 orang dah komen :
eee....sume diatas sme mcm sayalah...tp tang bawang tuh nak mkan kne blender halus2...bru leh tumis n makan...kalo potong gedabak2 mcm tuh memg tak lau nk mkn...
de jugak spesis mcm sy....huhu
ehh kite sama..x suke mimum susu..tp susu elok kan...entah, mmg xleh telan.. huhu
eheehee alhamdulillah KB sume makan...tolak batu ngan kayu je..hihihihihi
my hubby x makan buah buah2an kecuali durian n pisang... geli dia kata siap meremang2 bulu roma dia kalu kita letak buah dekat ngan dia... huhu
susu ngan kopi tu persamaan ngan remy...... tak suka...kalau takde pun takpe...he3
aduhh susu
tuu kena ada bila buat milo
kata org milo dah manis soo kena beringat lah lepas nie ;)
hehe...macam2 ^^
lactose intolerance ke hana?
sy xmkn peha ayam! mmg xleyh masuk..
hehe... tyra suka gila kopi..
mak ckp, mase mengandung.. dia makan camtu je... mentah2 je...
haha, kite pown suke bebenor asingkan bawang or sayur time makan..suhh, jauhkan dia :D
skang akak dah minum susu...heheh bangga.
nescafe mmg xleh minum,ting tong kepala kalau minum-ubat tido.
bawang mentah makan dgn laksa le hana...petua nak masakan sedap kena letak banyak bawang.tp penah baca pemakanan Islam xelok makan bnyak bwg.
hati dan organ dalamn yg lain, akak xleh terima gak.hehee
hee xpelik kot...sbb masing2 ada makanan yg suka n xsuka.blh terima n xblh terima.
haha bawang ad gas?? nasib baik tak keluar api .. hahahha
aina x mkn hati.. nescafe x blh minum nnti skt kepala.. hehehe, susu blh terima lg.. =)
pergh..banyak betul pantang dia ni..hahaha. itu tak makan ini tak minum..patutlah comel je..hahahaha
uikkk hana semua tu sedap2 hehe..tang udang tu..dulu2 ngan kulit2 akak makan..
susu paling senang dinikmati pada saat minum milo menjelang mau tidur malam.
Salam Wisata
cerewet
haha bawang ! ya Allah dulu bukan main anti lg sy dgn bawang, mmg sumpah takkan makan bawang tu, even termakan pon akan kluarkan balik, haha sekarang sy xtau kenapa, sy sgt suke makan bawang (-_-'), sgt suke pulak tu, ish3..
samalah qira pun tak minum susu, loya kot nmak minum susu,tengok susu budak dlm botol susu pun dah loya hee
kita sama..kumbang plak malas makan udang sbb malas kopek kulit dia haha
eh susu tu elok minum,, nanti kalau kurang susu kena osteoporosis..
pergh.. leeza suka susu.. bawang n sayur mmg tak suka.
haaaa
hati n seumpamanya pun dont like.
huaaa semua tu ena suka, tapi yg last tu je yang ena anti.. eeee xsuka makan organ dalaman.. huhuhuhu.. hati dah la pahit! yek!
sedap oo susu, kalau minum nak lagi.. hehehe
@maszmadi haa itu pelik..durian n pisang je makan..
@tirahzairi erm.. rasanya x
@Diya Edhayaa paha ayam xmakan.. pelik2. sama je dengan bahagian2 ayam yang lain
@Cik Tyra Lee makan serbuk kopi. mengidam pelik2
@Aishah Jahirah a'a kan dalam laksa ada bawang. hana asingkan
@lynndAmya macam mana boleh tiba2 jadi suka?
hamboii, banyaknya xboleh makan, tapi bahagian kueh tiaw tuh, saya pro dalam kupas guna sudu garfu. hihi
hamboii, banyaknya xboleh makan, tapi bahagian kueh tiaw tuh, saya pro dalam kupas guna sudu garfu. hihi
hehehe sy suka susu and bawang . cappucino pn suka :) wah kenapa xsuka minum susu???susu sedap! ^_^
Hye done follow u. follow me back okeh
hana serupa macam akk eca.. byk yang pantang nya..hihi.. tapi akk eca telur pun dia tak makan.hee
heheheh, kalo anna semuanya anna bedal je asalkan halal dan bersih...hihihiihih
lain org lain citarasanya kan..
p/s: eh, awak hantar detail kat emel mana ea? yui tak terima apa2.. hanya yg mng RM30 je dah sttle ni.
ape yg awk tak mkn tu semua sy mkn *bangga :P
akak makan jer semua janji halal dan bersih untuk dimakan..
hai hana, selamat pagi
terima kasih diatas peringatan ini.. saya suka makan bawang makan dengansatay.. tapi tidak selalu.
miss x makan udang..! xble telan nnt muntah blik.. tp susu tu fav la.. susu coklat of coz.. hihihi
hehe hati tu sama..ayu tak makan gk..ihhi
tak pelik hana.. biasalah. orang minat lain lain. saye pun tak minum sangat kopi dan seangkatannya.. bawang goreng saye pantang kalo ade dlam nasi goreng sebab rasa semak. :P
Yang lain so far bedal semuanya. hehe..~
hahaha xtau lah ye, semenjak tolong mak potong bawang utk buat bwg goreng, rse suke gila potong bwg, even nangis2 sbb pedih mata, haha..bwang goreng belacan pon sodap giler, haha
Tp semua ni sedap~ O.O
:) tang udang sama..len tak sama..ihihi..malas nk kopek udang..stiap org msti ada je sbb tak nak mkn tu tak nak ni..standard lah :)
Assalamualaikum hana, sheila datang nak bagitau sheila ada review blog Hana. sila jenguk ye.
*salam perkenalan Hana, sheila pun tak suka susu, kopi dan timun. hahahahha
aku ndak minum susu bah pula..
MJ bawang mentah cuma makan bila dengan laksa je, yg lain kena goreng baru makan..:)
Tp part udang sama ngan hubby tak suka, tp udang besaq makan pulak :)
Wah banyak sekali ya yang hana tidak suka. Wah gawat nech kalau hana main kerumah saya. Saya mau kasih hana hidangan apa he he he
aish suka bawang! klu masak ayam masak merah, mesti letak hirisan bawang besar..nyum2..haha
xsuka minum susu kecuali HL
xsuka minum susu kecuali HL
xsuka minum susu kecuali HL
semua dia atas sy mkn.. nak dikatakan semua lah sy mkn.. cuma ikan kurang sikit.. tp still mkn..
CF pon malas nak kupas kulit udang kalau makan guna sudu garfu. huhu. selalunya suami yang tolong kupaskan. hehe.
kwn niesa xmkn ikan..xtau kenapa..pelik..kebykkan sama gak cm niesa tp hati niesa mkn wpn org kata x elok sll mkn organ dalaman..mmg btl x bgs..hehe..
kalau kopi o tu balek kampong atau g rumah orang baru bunda dapat minum, sebab kat rumah takder stok..sebab yg lain tak minum..
Apa persamaan kita ek? Ops akak c mkn bawang yg nmpk dgn mata kasar.dlm sayur ke .. Hehe.tp blend lumat telan je.dlm laksa mkn gak la.. X tau nape dlm laksa blh mkn. Huhu
sis lak tak suka susu tapi bau tu boleh la.bawang mmg feveret..
hati mmg tak suka makan.tak sedap.dah try makan...huhu
Kopi hitam cap kapal terbang , yang wa paling benci sekali . Aihh ! Tapi itulah, orang dah hidang..takan nak tolak nanti terasa pula..:B
Semua saya makan kecuali hati..
Tidak kira hati ke, perut ke. Yang paling penting organ dalam binatang semua xsentuh..
Hahaha.. Sedap ke benda tu? *loya anak tekak*
kalau hati dya mkn..haha..
yang kopi tu kita sama. hehe. Tak minum,nanti terasa tuan rumah. masa nabila kecik dulu,nabila kata,"sapa minum kopi,nanti jadi hitam." Then,yang pasal bawang tu. Nabila pun sanggup asingkan bawang dari makanan. Kalau termakan sikit pun,rasa macam tak lalu nak makan. Pelik. Tapi,susu nabila minum. :D