KECERDASAN EMOSI

  •  Emosi
         Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan). The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.
  • Kecerdasan
         Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis, menghitung, berketrampilan daripada segi kata dan angka yang menjadi fokus pendidikan formal sekolah. Ia mengarahkan individu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah tentang wujudnya kecerdasan lain di luar IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional dan aspek-aspek lain yang harus juga dikembangkan.
  • Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi merangkupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi kekecewaan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain (simpati) dan berdoa bagi memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan menyelesaikan konflik serta memimpin.

Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman (1995) menyatakan, 80% kejayaan individu adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mental. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih kecerdasan otak (IQ) supaya lebih berjaya dalam hidup. Individu itu mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi secara sihat dengan orang lain.

Jelas dilihat peranan hati menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ). Ia mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ bagi menjana kejayaan dalam hidup adalah tidak dapat dinafikan.

 Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan EQ mengandungi beberapa faktor iaitu memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi, memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain, dan mengendalikan hubungan silaturahim dengan orang lain. 


15 orang dah komen :

محمد رازيق said...

perkongsian ilmiah yang menark. mengenai kecerdasan emosi. tq for sharing, tq juga singgah blog.

jaakechik said...

suka entryni..nice sharing!

p/s : bru sempat terjah sini, sory, bz laaa dear...

Fariz Reza [FR] said...

iNTELIGENT qoutient

social qouutient

emotional qoutient

hahahhaha sama cam fariz belajar kat sini.....

aiNa yaZiD said...

tq share! meaningful. Kira tahap kecerdasan emosi s'org yg mampu bertahan bila d'kecewakan agk tinggi jugak la kn. respect dgn gol yg pandai motivated diri sendiri. ^^

sal ya said...

kecederaan emosi tak ada ye? hehehe...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza pernah belajar ni.. hmmmm.. tapi tak diaplikasikan sgt.

Remy hazza said...

menarik utk dibaca....
thanks for sharing.....

Mrs Velentine said...

menarik...

CikNana said...

thanks for sharing...:)

mia izzati said...

hooo gituuu..bagus gak akak tempek kat sini..leh gak menambah ilmu..

izan mama mia said...

terang mata singgah cni..hijau jer....
perkongsian ilmu yang menarik tq

CekbOlat-bOlat said...

oh saya rindu subjek psikologi . hewhew

Qu azniza ;) said...

emosi x stabil sejak akhir2 ni

Jna marcello said...

perkongsian yg bole membuat kan kita smua taw dgn lebih lanjut NICE SHARING~!

CARA PEMESANAN JELLY GAMAT GOLD G said...

met pagi semua nya .... makasih atas info nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...