KECERDASAN EMOSI
- Emosi
Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang
kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners’ Dictionary
(1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih
sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada
perasaan). The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi
sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau
naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi adalah satu ciri
jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada
psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung
pada situasi.
- Kecerdasan
Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca,
menulis, menghitung, berketrampilan daripada segi kata dan angka yang menjadi
fokus pendidikan formal sekolah. Ia mengarahkan individu mencapai kejayaan
dalam bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah tentang wujudnya
kecerdasan lain di luar IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan
sosial, kematangan emosional dan aspek-aspek lain yang harus juga dikembangkan.
- Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi merangkupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta
kemampuan memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi kekecewaan,
kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan
kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak
melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain (simpati)
dan berdoa bagi memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan
menyelesaikan konflik serta memimpin.
Konsep EQ atau ‘Emotional
Intelligence’ yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi adalah konsep
kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran emosi dan perasaan
dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ.
Goleman (1995) menyatakan, 80% kejayaan individu adalah bergantung kepada EQ
atau kecerdasan emosinya berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang
disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mental. Pendapat ini adalah sejajar dengan
pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih kecerdasan otak (IQ)
supaya lebih berjaya dalam hidup. Individu itu mestilah berusaha membentuk dan
meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi secara sihat dengan orang
lain.
Jelas dilihat peranan hati
menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ). Ia mempunyai pertalian yang
begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya.
Pendapat Goleman tentang peranan EQ bagi menjana kejayaan dalam hidup adalah
tidak dapat dinafikan.
Goleman (1995) menonjolkan
pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan EQ mengandungi beberapa
faktor iaitu memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi,
memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain, dan mengendalikan hubungan silaturahim
dengan orang lain.
14 orang dah komen :
perkongsian ilmiah yang menark. mengenai kecerdasan emosi. tq for sharing, tq juga singgah blog.
suka entryni..nice sharing!
p/s : bru sempat terjah sini, sory, bz laaa dear...
iNTELIGENT qoutient
social qouutient
emotional qoutient
hahahhaha sama cam fariz belajar kat sini.....
tq share! meaningful. Kira tahap kecerdasan emosi s'org yg mampu bertahan bila d'kecewakan agk tinggi jugak la kn. respect dgn gol yg pandai motivated diri sendiri. ^^
kecederaan emosi tak ada ye? hehehe...
leeza pernah belajar ni.. hmmmm.. tapi tak diaplikasikan sgt.
menarik utk dibaca....
thanks for sharing.....
thanks for sharing...:)
hooo gituuu..bagus gak akak tempek kat sini..leh gak menambah ilmu..
terang mata singgah cni..hijau jer....
perkongsian ilmu yang menarik tq
oh saya rindu subjek psikologi . hewhew
emosi x stabil sejak akhir2 ni
perkongsian yg bole membuat kan kita smua taw dgn lebih lanjut NICE SHARING~!
met pagi semua nya .... makasih atas info nya