Selamat Tinggal Rakan Blogger


Seperti yang tersedia maklum dalam entri INI. Hana di tugaskan ke Sarawak. Kemungkinan entri ni merupakan entri terakhir dan esok Hana dah nak bertolak ke Sarawak. Sedih pula Hana nak buat entri ni. Kalau Hana online pun mungkin selepas dua bulan atau selepas satlekan segala urusan yang berkaitan.

Sedikit gambar buat tatapan korang :)

      
* halakan curson ke gambar untuk tumbesaran sedikit

Akhir kata..

Sedih nak tinggalkan korang, Maklumlah 7 8 bulan mengadap blog 24 jam. Terjah/komen/menggangu/men'shout' blog korang. Sedih.... Hebat kan penangan blog.

Terima kasih rakan-rakan blogger yang suport blog Hijau Itu Duniaku. Tanpa korang siapalah Hana. Aiseh.... rajin-rajin lah jenguk blog yang hilang kasih sayang tuannya buat seketika :) Seketika ja tau.. Tunggu kepulangan Hana dalam blog ni.. Weeeehuuuu

Sempat je nak buat video 36saat. hehe. Kalau tak boleh tengok video di bawah ni klik link ni ye




Preparation to go to Sarawak


Eh betul ke, ayat tajuk entri Hana ni. Kalau tak betul pun korang faham kan maksudnya.. hehe Tahap ke'teruja'an Hana untuk ke Sarawak semakin menebal jadi tak kisah dah typo ke ape ke.. Hana kini bergelar cikgu secara rasmi. Betul ke Hana ni cikgu? susahnya nak percaya, dari budak nakal-nakal comel sudah menjadi cikgu. 



Ini lah perjalanan Hana dari tadika hinggalah Hana bekerja sebagai cikgu

Kedah > Penang > Kelantan > Sarawak

Berbalik pada topik

Baru Hana tahu nak ke Sabah, Sarawak dan Labuan kena guna pasport Dokumen Perjalanan Terhad. Ingat nak ke luar negara je pakai pasport.. hehe Pasport tu bertujuan untuk pejalanan keluar/masuk ke Sabah Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.. Owh baru Hana tahu. Kalau Hana tak pergi Sarawak ni sampai bila-bila pun Hana tak tahu pasal ni

Tiket kapal terbang MAS dari KL ke Sarawak dan penginapan sebelum berlepas ke Sarawak pihak kementerian yang uruskan. Hana rasa Hotel Pearl International Empress Sepang tu mesti penuh dengan guru seluruh Malaysia yang akan diposting ke Sabah dan Sarawak. Guru batch ke 3 keluaran IPG kebanyakan posting di Sarawak dan Sabah.. Ok pertama kali Hana naik flight.. Macam mana rasanya bila naik flight? takut? gemuruh? seronok?

Barangan keperluan? Ermm macam melebihi muatan 30kg. Kalau lebih kena bayar lagi-lagi bila bawa beg 'Akademi Fantasia' sah-sah lebih 30kg. huhu nak buat macam mana kan. Kalau lebih 1-5kg kena bayar RM30. Barang ape je? baju kurung, kasut dan beg kerja je banyak. Tudung lagi. Nasib Hana tak pakai aksesori dan tak makeup. Kalau tak kena asingkan pula benda-benda tu dalam beg lain..

Akaun bank haruslah lebih dari 1. 1 akaun bank untuk tranfer duit or bayar bil-bil. Dunia di hujung jari. Tak payah susah-susah ke pejabat pos. Erk, Tapi kalau di pedalaman? bil elektrik dan air tak sampai RM20 kot. hehe alaun pedalaman kan ada (tiada kaitan dengan tajuk)

KWSP dah ada sebab Hana dulu kerja sebagai casher Giant. Terkejut tahap gaban bila Hana semak akaun KWSP tu. "Banyak juga duit aku ni".Bersenang-lenanglah engkau di sana..

Ferrari Hijau Hana? Erm.. insyaallah kalau Hana berada di bandar, Hana akan pos Kereta Ferrari tu ke Sarawak. Hana siap servey harga lagi.. hehe Kalau pedalaman Hana beli ATV. Amboi kau Hana. hahaha melawak je lah.. Kalau di pedalaman tiadalah kenderaan. Jalan kaki saja berbumbungkan payung

Preparation semua dah satle dalam masa 3 hari.. Ada balance 4 hari lagi untuk Hana blogwalking. Hana harap Hana di beri kesempatan untuk create post/entri buat kali terakhir sebelum melangkah ke Bumi Kenyalang.

P/s: Terima kasih Blog Hijau Itu Duniaku sebab bagi Hana coretkan kenangan kat sini


Semakan Penempatan Guru 2013


Semakan Penempatan Guru 2013 boleh di semak di SINI atau link http://apps.moe.gov.my/gsst/semakPPPS072013/


Alhamdulillah, penantian selama 6 bulan ini telah berakhir. Hana ditempatkan di salah sebuah sekolah di Negeri Sarawak. Nama sekolah apa? tak tahu lagi. Daerah pun tak tahu lagi.. Bersyukur sangat-sangat bila dapat tahu penempatan ini. Akhirnya dapat juga Hana menimba pengalaman hidup di Bumi Kenyalang.. Insyallah Hana akan update mengenai sekolah Hana :)

Semoga Hana menjadi guru yang comel disayangi dan disenangi oleh anak murid istimewa :)


Cemburu dengan orang yang suka berbisnes


Kadang-kadang cemburu dengan orang yang suka berbisnes. Maaf bukan cemburu yang negatif ye. Hana cemburu yang positif :)

Pandai diorang cari masa dan kesempatan untuk berbisnes. Pantang ada peluang mesti terkeluar ayat bisnes. Ada orang tak suka tapi kita kena faham diorang bisnes. Kadang-kadang Hana pun rimas juga. Bukan Hana seorang la, ada je yang tak suka. Contoh di shopping complex, orang bagi flyers pun tak ambik. Tapi kalau bagi minuman percuma siap minta dua cawan lagi. hehe

Hana suka kalau orang bagi flyers, buat promosi, review product. Melalui pembacaan flyers, promosi dan review pun, Hana dapat menambahkan ilmu. Suka tengok diorang berkeyakinan dan bersemangat untuk 'bercakap' depan orang ramai. Macam rakan Hana di bawah ni

Aidil Omar (bukan blogger) - Pembinaan laman web profesional
Boni Kacak - produk kesihatan dan kecantikan
Nurul Yui - barangan kraf, pakaian, aksesori
Hanie - barangan kraf
InstaShop - handbag dan dress
dan ramai lagi.

Ehem... teringin juga nak berbisnes. Nak merasai sendiri pengalaman berbisnes.

Mari.. mari.. mari.. dua singgit dua singgit

Masalah Hana sekarang ni, Hana tak pandai nak promote kat orang. Kang tak pasal-pasal Hana bagi free.

Tunggu Hana prepair mental dan fizikal, belajar selok belok bisnes baru Hana akan buka syarikat bisnes "Hana's Shop". Berangan kejap..


3 Bahan kosmetik yang dikatakan beracun


3 bahan kosmetik yang dikatakan beracun. Setiap kali entri pasal kecantikan mesti Hana selitkan unsur-unsur ni (Eh sejak bila hana buat entri kecantikan. hehe)



Jom semak kandungan krim korang adakah mengandungi bahan ini. Kalau pengeluar tu tak 'tulis' kandungan. Kita akan dapat tahu bahan tersebut mengandungi racun dengan cara .........................
Baca di bawah ni

HIDROKUINON
Racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi (kalau nak beli produk kulit pergi terus ke klinik pakar kulit, bukan di stokis yang menjual produk pemutih). Penggunaan yang berterusan mengakibatkan kulit menjadi semakin nipis dan sangat sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan mengelupas dan lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan terus terhakis. Ini menyebabkan kulit tidak lagi mempunyai daya pelindung dan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Penguna pula akan terus terperangkap dan terpaksa menguna produk yang beracun kerana jika pengunaan dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus

RAKSA/MERKURI
Logam berat yang sangat beracun yang merupakan agen pemutih, memutihkan kulit wajah sehingga hilang warna asal kulit. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa/merkuri boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin

TRETINOIN/RATIN-A
Bahan ini digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit mengelupas, kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin

Sumber : 
Dr. Guru Ratnavelu dan Jesie Hong
Mingguan Malaysia
16 Jun 2013

Mengajar Budak Gemuk berak dalam tandas


Yeaaah.. akhirnya dapat juga mengajar Si Comel Budak Gemuk a.k.a Dak Mok berak dalam tandas. Sebelum ni berak kat pasir khas dan rumput. Dah 5 bulan berak dalam tandas, ingat saja suka dia berak dalam tandas rupa-rupanya dah menjadi rutin untuk berak dalam tandas.

Bukan yang ni haa tapi yang di bawah ni

        
Budak Gemuk = Dak Mok

Sesiapa pemilik kucing yang kucingnya berak dalam tandas? Tepuk tangan untuk Si Comel anda..

Kat sini Hana nak ajar pemilik kucing untuk megajar Si Comel anda berak di dalam tandas

1. Korang angkat kucing korang pergi ke tandas. Bagitau dia "ini tandas" . buat beberapa kali yang boleh. Selepas beberapa hari korang tunjuk "ini tandas" kemungkinan kucing korang akan bermain-main di pintu tandas

2. Bawa masuk kucing korang dalam tandas. Bagi kaki kucing kena air. Korang jirus air kat kaki kucing pun boleh. Ada sesetengah kucing akan lari. Tapi bila dah selalu jirus air, kucing tak takut air sudah.

3. Lepas tu korang akan bagitau kucing tu "Nanti berak kat sini, sini tu mana? Bilik air ni. Faham" sambil korang tunjuk tandas. Bagitau kucing tu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

4. Kalau kucing tu tak berak dalan tandas. Korang kena bagitau kucing korang secara tegas, dan kuatkan suara "Hang ni kan, len kali beqhak kat sini. FAHAM!!!" sambil tunjuk tandas. loghat bahasa ikut negeri masing-masing. Disebabkan kucing Hana berasal dari Kedah. Hana kena cakap Kedah lah. hehe

Yang di atas ni nak ikut step pun boleh ATAU 1 step dulu lepas lulus baru ke step 2 pun boleh ATAU nak buat campur-campur pun boleh :)

Bukan setakat berak je, siap tidur dalam tandas lagi. Yang tidur dalam tandas ni Hana tak dapat nak ajar sebab keturunan kucing Hana memang tidur dalam tandas 3 hari 2 malam. Sebab  apa ek kucing suka tidur dalam tandas. sejuk agaknya..


P/s: kalau lah boleh ajar kucing basuh berak sendiri kan senang.. hehe
P/s: "Berak" tu bahasa kasar ke tak? macam tak..


Tempat-Tempat Menarik di Kedah


Tempat-Tempat Menarik di Kedah? Haruslah tahu sebab Hana di lahirkan di Langkawi dan di besarkan di Sungai Petani Kedah

LANGKAWI


Kawasan bebas cukai. Patut beli coklat banyak-banyak especially coklat Daim  :). Di Langkawi terdapat beberapa tempat menarik seperti Dataran Helang, Pulau Dayang Bunting, Under Water World, Kampung Kristal dan banyak lagi. Tempat terbaik patut korang pergi adalah Gunung Mat Chinchang. Kemudahan kereta kabel untuk naik ke puncak gunung. Di puncak gunung, korang dapat lihat pemandangan dan pulau-pulau kecik di sekitar Langkawi. Tidak lupa juga korang dapat melihat negara Thailand dan Indonesia. Di puncak Gunung Mat Chincang terdapat jambatan gantung dari gunung ke gunung.

THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI


The Carnival lebih kurang macam Bukit Merah Lake Town Resort cuma agak kecik sikit. Korang akan mengambil masa 15 minit untuk berjalan dan pusing di sekitar The Carnival. Pihak The Carnival akan bagi free makanan dan minuman. Kalau orang jauh datang ke sini bolehlah bermalam di Cinta Sayang Resort bersebelahan dengan The Carnival. Harga masuk sini sangat murah sesuai la dengan keluasan tempat ni. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat harga murah.

MUZIUM PADI, ALOR STAR


Mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Perkara yang korang akan terpegun bila berada di sini adalah lukisan yang sangat besar dan seolah-olah 'hidup'. Untuk ke lukisan tersebut, korang perlu naik ke 'Puncak Gunung Keriang'. Tempat kita berdiri semasa melihat lukisan tersebut akan berputar secara perlahan-lahan seperti kita melihat dari atas Puncak Gunung Keriang

PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA


Cinta Kita di Pantai Merdeka. Pantai merdeka bukan hanya boleh mandi-manda dan berkelah malah boleh dijadikan tempat perkhemahan dan bersukan kerana terdapat tempat khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Korang boleh menaiki bot seorang RM2/sehala untuk ke Tanjung Dawai. Tanjung Dawai pula merupakan tempat pengumpulan hasil tangkapan nelayan. Korang boleh menikmati makanan laut dan membawa pulang. Ikan masin dan belacan antara yang di cari di Tanjung Dawai

GUNUNG JERAI, GURUN


Van di sediakan untuk korang naik ke puncak Gunung Jerai seorang RM10. Perjalanan ke puncak mengambil masa 20-25 minit. Dalam perjalanan, korang boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. Jungle trekking juga boleh dilakukan. Salah satu air terjun di sini adalah Air Terjun Puteri Mandi. Korang boleh mandi di sini.  Resort yang paling tinggi di puncak Gunung Jerai adalah Gunung Jerai Resort

LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK


Ladang Anggur Tasik Beris ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Kawasan persekitaran ladang yang cukup cantik dan terletak bersebelahan dengan Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan persekitaran ini dan bayaran RM5 seorang hanya yang masuk ke dalam kawasan penanaman anggur.

HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM


Aktiviti menarik jika korang datang ke sini adalah aktiviti air, mendaki gunung, merentasi hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga terdapat Tree Top Walk iaitu  titi gantung sepanjang 1.5 km. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak seperti berkayak.

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING 


Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam dengan kemudahan penginapan yang terbaik. Harga masuk adalah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak.kanak. Terdapat beberapa kolam mengikut tahap kepanasan masing-masing. Korang boleh berenang di kolam atau sekadar merendam kaki. Paling seronok bila berendam pada waktu malam.  Aktiviti lain bila berada di sini adalah meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit.

P/s : Ada lagi tempat-tempat menarik di Kedah. Di atas ni yang pernah Hana pergi.

Kasihan perempuan ini disebabkan facial treatment


"Dia pakai produk ni cantik je muka dia, nak beli lah"

Asal tengok orang berkulit cantik, semua nak tiru semua nak cuba. Ingat semua orang jenis kulit sama ke?. Lagi satu jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk kecantikan. Putih dalam masa 7 hari? Wow amazing...

Itu produk merkuri ok. Putih tetap putih (muka tangan tak sama warna) tapi struktur kulit akan jadi sensitif dan akan menyebabkan produk tu tak sesuai untuk korang. Bila korang tukar produk. Korang akan dapat kesan sampingan daripada produk tersebut. Kekurangan berkulit cerah KLIK SINI

Nampak tak Hana emo di situ. Hana emo sebab Hana kesian kat korang. bukan nak kata Hana cakap pandai ke apa ke.. (Sekarang produk memutihkan kulit hangat diperkataan, jadi hana sebut pasal putih je lah) .Hana tak boleh la tengok benda-benda macam dalam gambar ni 

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_BEFORE-facial 
wajah asal

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-1-after-facial_COVER-2

Disebabkan oleh bahan yang digunakan dalam facial treatment

Dia post pasal ni pada 13 May 2013. Baru lagi kan..Kalau nak tahu lebih lanjut atau melihat dengan lebih jelas gambar selepas facial treatment sila KLIK SINI. Boleh tengok perkembangan dia dari  mula terjadi perkara ni hingga seterusnya.. Hana akan sentiasa mengikuti perkembangan dia..

Hana terlintas nak buat entri ni sebab terjumpa entri ni dari blog Miss Hearty Jadi hana pun ke blog utama sumber ni iaitu  bunbunmakeuptips untuk mendapatkan kebenaran untuk share apa yang di alami oleh si pemilik blog ini. Hana sangat-sangat simpati dengannya..

P/S : Macam kasar pula bahasa Hana kali ni.. tapi tak kan.. hehe

Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik


Assalamualaikum semua!!
jom join Giveaway anjuran JAAkechik Corner!
anda berpeluang untuk menang Photo Magnet yg ohsemm.
Hadiah Utama pula adalah Dua Helai Baju T-Shirt.

giveaway 2013,

syarat-syaratnya :

1. jadik follower blog jaakechik : www.jaakechik.com
2. klik LIKE facebook penaja segmen (comey2Ku Printing) : 
3. buat entry simple bertajuk : Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik
4. letak banner giveaway (seperti diatas) ke dalam entry anda.
5. tinggalkan link entry penyertaan anda dibawah komen entry ini.

giveaway 2013

HADIAH : 2 helai Baju T-Shirt & 8 Fridge Magnet Bergambar
NOTA : pemenang diumumkan pada 27 Jun 2013 (random. org)
 Tarikh segmen : 01 - 21 Jun 2013 (only 3 weeks)


'' KLIK HERE TO JOIN ''


Segment Follow Mollow Dan Menang


Klik Banner untuk JOIN

Hadiah Dari Alya Jane
Camera Lomo Aquapic x1
Topup Rm10 x1
Topup Rm5 x2
Blog Review x10
Bloglist sampai 31.12.13. x10

Hadiah dari AmerCorner
Camera lomo aquapic x1.
Topup RM5 x4
Review Blog x5
Bloglist sehingga 31.12.13 x10

JUMLAH FOLLOWER 


Tarikh Tamat : 21 Jun 2013


Reaksi budak bila dapat kejutan Birthday


Korang wajib tengok video ni sampai habis. Tak pasal-pasal Hana menitiskan air mata..



Penangan entri Cik Amal - Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu


Gara-gara entri menarik Cik Amal yang bertajuk "Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu", Hana pun tergerak hati nak join adventure untuk tengok cerita Hantu tersebut. Klik SINI untuk baca entri Cik Amal. Sampai deman Cik Amal tengok cerita hantu. Hana suka cerita hantu tu yang excited nak tengok. Lepas baca entri Cik Amal, malam tu juga Hana tengok cerita tu. Tajuk cerita tu WHITE-The Melody Of The Curse .Dalam youtube ada  5 part cerita tu. 


Mula-mula buka part pertama.. Alaa Korea ke? Hana tak minat korea-korea ni. Tapi tak apa lah. demi Cik Amal, Hana tetap nak tengok cerita tu dan nak mengenalpasti penyebab yang menyebabkan Cik Amal demam.. hehe

Part pertama, ke-2 dan ke-3 masih ok walaupun ada yang menakutkan juga. Masuk part ke 4, ciri-ciri nak ke'terbeliak'kan mata tu dah ada. Mungkin part ni kot yang menakutkan.. Takut masa diorang tengah siasat dan di sebut "behide you", Hana sampai pause 3 kali masa diorang tengah siasat sebab Hana nak tau betul-betul jawapan penyebab perkara tu berlaku .. "Owh,  macam tu kisah dia" 

Part 5 ni takut juga la, tapi dah semakin slow sikit sebab dah nak habis kan.. hehe.Korang tengok lah sendiri. Lepas tu share entri dengan Hana ok. 


Keterujaan berkonvo - Topi jatuh


Raptai

Pertama kali berkonvo Konvokesyen IPG kali ke 3/2013 pada 27 Mei 2013 jadi tahap ke'teruja'an Hana masa tu berada di tahap merbahaya..hahaha Terasa satu penghormatan pula bila berjalan di atas red carpet dengan iringan muzik .hehe

Masa konvo ni lah Hana baru kenal. mortar board dan hood. Segala persiapan pemakaian jubah, hood (merah) dan mortal board (topi)  ke atas Hana dilakukan oleh mak. Rupanya hood dengan jubah tu asing. Hood tu kena lipat+pinkan dan setting bagi bagi cantik.


Yang tak menahannya mortar board Hana jatuh masa Hana tengah duduk padahal dah pin 4 jarum. Ganas betul Hana ni. Nasib baik jatuh masa tu, kalau jatuh masa tengah tunduk beri hormat kat atas pentas. Apa la nasib Hana agaknya, hehe

Tunggu Master pulak lah baru nak berkonvo semula.Insyaallah kalau ada rezeki :)

Holiday GiveAway By Adam Faiz



HAI GUYS! JOM JOIN GA OHSEM NI!!
Sebanyak 28 HADIAH ditawarkan!

KLIK banner kat atas atau KLIK SINI untuk JOIN!!
SYARATNYA Yang simple! tak Perlu buat ENTRI hanya COPYPASTE coding yang disediakan!!

JOM JOIN!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...