Monday Blues ~ listening and speaking ~


        

Stand up class
GOOD MORNING TEACHER!!!

Ok sit down. What day is today?
Today is Monday

Tomorrow will be ...
Tomorrow will be Tuesday

Siapa yang ingat kita belajar apa minggu lepas?
About myself

Now, cikgu nak tanya seorang demi seorang. What is your Name?
My name is ..........

Are you a boy or a girl?
I am a boy

How old are you?
I am  11 years old

Where do you live?
I live in .................

What is your hobby?
My hobby is playing football

bla.... bla.... bla.... bla....

Students are able to introduce their self when teacher ask them
-WELL DONE- 



Perkampungan Budaya Sarawak


Perkampungan Budaya Sarawak terletak di Pantai Damai Santubong. 32km dari bandaraya Kuching. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini. Selain daripada itu, pengunjung juga di hiburkan dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari iaitu pada pukul 11.30 hingga 12.30 tengahari dan 4.30 hingga 5.30 petang

Bayaran masuk:
RM60.00 Dewasa
RM30.00 kanak-kanak

P. 0. Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: 082-846411 Fax: 082-846988
URL: www.scv.com.my
E-mail: info@scv.com.my

by : Mr Google


Setiap pengunjung akan dibekalkan dengan peta besar gedabak ni. Gerenti tak akan sesat punya. Hana masuk ke perkampungan budaya ni pukul 1.00 dan keluar pukul 5.30 petang selepas habis . 5 jam lebih juga lah Hana berada di dalam kawasan perkampungan budaya tu.

Tertarik dengan Rumah Melanau ni
Dalam banyak-banyak rumah yang ada kat perkampungan ni. Rumah Tradisonal Melayu satu-satunya rumah yang meminta para pengunjung membuka kasut untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

   
Thanks photographer because snap my picture :)
I always remember this moment

                        

Pesembahan kebudayaan yang berlangsung selama sejam

....................selingan......................

Hari pertama persekolahan selapas 4 hari cuti

   

Dalam hati "tak sabarnya nak bercuti lagi"

Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2014


Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Peingkat Negeri Sarawak 2014 telah di adakan pada16hb hingga 17hb April 2014 di Stadium Tertutup Kota Samarahan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang.


Ok Hana tak pandai nak skema-skema dalam blog ni, So Hana cerita ikut sesedap Hana je ek. hehe

Hana dari SK Sampadi bergabung tenaga dengan SK Stungkor dan SK Sematan di bawah satu nama PPD Lundu, menubuhkan satu team futsal untuk penyertai pertandingan ni. 8 ahli dalam 1 team futsal iaitu 4 murid dari Sampadi, 3 dari Sematan dan 1 dari Stungkor.

Buat pertama kalinya kami menghantar team untuk pertandingan futsal ni. Satu pengalaman yang amat bermakna baik dari perjalanan ke tempat latihan dan pertandingan, kawalan murid dan macam-macam lagi lah.

Latihan futsal di padang daerah Lundu

Latihan sebanyak 2 kali, latihan pertama di padang dan latihan kedua di gelanggang futsal.
Berbeza gelanggang futsal semasa latihan dan pertandingan. huhu

Ni lah team futsal kami

Muka blur tetap ada di situ.. hehe Maklumlah pertama kali juga diorang ni keluar dari kepompong sekolah. Tak pernah jalan jauh. Siap ada extra homesick tahap 4 lagi..Opss.... :P


Aktiviti rengangan di luar stadium sebelum bertanding

My team in red berlawan dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan kot (0-2)

Sempat juga bawa murid pergi shoping di E-Mart Matang.

"Cikgu, jom p shopping"
"Nak beli apa?"
"Beli apa-apa lah"
"Ikut kamu lah, yang penting jaga kelakuan"

Alang-alang Hana pun nak keluarkan duit, singgah lah E-Mart Matang dulu :)


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Murid selamat sampai rumah, Hana pun selamat tiba di rumah sebelum malam. Maklumlah lone ranger, Cikgu sorang lagi dah selamat naik flight balik kampung.


4 tahun bergelar Blogger


Sedar tidak sedar dah masuk 4 tahun Hana menceburi dunia blog dan segala suka duka kami lalui bersama. Aiseh... Adakalanya blog Hana sakit, Hana susah hati, Adakalanya Hana sakit, Blog Hana pula susah hati " Kenapa tuan aku tak update aku hari ni :( ".

Pernah sekali blog Hana sakit disebabkan "ulat datang menyerang" Nak tahu apa puncanya KLIK SINI. Boleh dikatakan sakit yang paling teruk pernah di lalui oleh blog Hana. Kalau demam biasa tu banyak kali juga lah. di sebabkan tuannya gatal tangan edit mengedit blog :P

Dalam blog ni jugalah,  tersimpannya kenangan Si Cemong yang hilang entah ke mana. Lepas Si Cemong hilang di ganti pula dengan Si Puteh. Sekarang dah ada cucu cicit sudah.

   Si Cemong dan Si Puteh   

Tiba-tiba teringt Si Keceq time Hana study di Kelantan. Si Keceq ni lah peneman Hana bila Hana study lewat malam.. 2 tahun dah berlalu maknanya Si Keceq dah boleh panggil Si Besaq :)


Sahabat? kawan?  sudah serasi dalam entri blog Hana. suka duka Hana bersama kawan-kawan tidak dapat lupakan. Lebih-lebih lagi bila perasaan sedih+sakit hati menguasai diri. Sesekali teringat gelak ketawa dengan kawan-kawan TAPI bila ada satu perkara yang tiba-tiba datang tanpa di undang INI, INIINI dan banyak lagi menerjah masuk ke fikiran secara automatik perkara gembira tersebut hanya tinggal kenangan.

Kejutan demi kejutan tetap tercatat dalam blog ni, yang Hana tidak dapat lupakan bila Satu Kejutan di Luar Jangkaan tersebut kini menjadi milik Hana. Nak tahu apa kejutan tersebut? KLIK SINI. Hana akan menjaganya sampai bila-bila. Insyallah...

Julai 2013 bermula lah kehidupan Hana bergelar GURU. Yess i'm officialy a teacher. Bukan nurse dan setiausaha yang Hana ceritakan dalam entri Sebelum Bergelar Guru. And now I'm happy with my job :) "Preparation to go to Sarawak" di sini lah bermulanya kehidupan Hana. Nak tahu serba sedikit pasal Cikgu Hana? KLIK SINI

                   


The last but not least, paling Hana suka bila Hana kenal ramai kawan yang support Hana, sama-sama berkongsi cerita, bertukar-tukar pendapat, yang memahami perasaan Hana walaupun melalui penulisan. Walaupun kadang-kadang komen korang membuatkan Hana tersenyum :) itu entri sedih ok :) Perkenalan melalui blog boleh bawa sampai ke dating tau. Dating dengan siapa? KLIK SINI


Be Yourself...




Hang loqlaq noo..


Kebiasaanya Hana akan berjoging dan melakukan aktiviti senamrobik di persekitaran Pustaka Negeri Sarawak. Rutin Hana seminggu 3 kali.

By: Mr Google

Lepas habis joging Hana join aktiviti senamrobik. Nak dijadikan cerita tengah senamrobik berlangsung...ada akak ni tanya,

Adik sekarang pukul berapa?
6 suku akak

Adik bukan orang sini?
Sik, kamik bukan orang sitok (baget nak praktis klaka sarawak)

Siney?
Kedah

Alor Star ka?
Sik, Sungai Petani

Mak kami orang Aloq Staq
Laa, yaka?

Hang loqlaq noo..Kalau mak tau ni mesti dia suka punya orang kampung dia. 
(Dalam hati, lama tak dengar perkataan "hang loqlaq") Rumah kat mana??

Kat Samariang. Belajar ke kerja?
Owh, dekat jelah dengan rumah. Kerja dah

Kerja apa?
Cikgu kat SK Sampadi, Lundu

Comey sangat cikgu pun. Jauh tu Lundu
(Senyum xperlu kata apa-apa) Jauh jugak laa.. sekolah rendah

Dalam pukul 6.45 petang kami semua bersurai. Nak bertukar no telefon tapi kami tak bawa pen masa tu. Harap dapat jumpa dia lagi :)


Mural Hidupan Laut


Jari Hana terus menari tanpa henti di atas papan kekunci ni :)

P/s : Tak dapat nak fikir tajuk untuk entri ni 

Setelah 2 bulan, akhirnya dapat juga Hana siapkan mural ni. Erm.. 2 bulan ke? Ke sebulan lebih. tak pasti lah yang penting Hana berpuas hati dengan mural yang di hasilkan..

 Tema : Hidupan Laut

Tiba-tiba rasa terharu. Tak sangka dapat siapkan mural hidupan laut ni. Not perfect but its very nice.

Proses melakar. Sehari dapat siapkan lukisan mural hidupan laut ni

    

Tapi bila nak masuk proses mewarna, memang sangat mencabar kewibawaan Hana.. hehe

Proses mewarna perlu diberi keutamaan pada warna hijau, baru lah semangat nak warna bahagian-bahagian lain.Hijau tu yang menaikkan seri mural hidupan laut tu tau. Ngeeee

Ehem..gangguan photographer di situ. hehe

Haaa nampak tak seri warna hijau tu.. Hana ambik masa 2 lebih jam untuk warnakan 3 rumpai laut tersebut.Sesimple-simple nak melukis rumpai laut tu pun bila nak warnakan makan masa juga kan..

Masa ni dah siap warna semua. Cuma Hana nak buat line hitam kat setiap hidupan laut tu. Mencabar juga nak buat line hitam tu pun. koordinasi mata dan tangan diperlukan di situ.hehe

Finally


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...