Preparation to go to Sarawak


Eh betul ke, ayat tajuk entri Hana ni. Kalau tak betul pun korang faham kan maksudnya.. hehe Tahap ke'teruja'an Hana untuk ke Sarawak semakin menebal jadi tak kisah dah typo ke ape ke.. Hana kini bergelar cikgu secara rasmi. Betul ke Hana ni cikgu? susahnya nak percaya, dari budak nakal-nakal comel sudah menjadi cikgu. 



Ini lah perjalanan Hana dari tadika hinggalah Hana bekerja sebagai cikgu

Kedah > Penang > Kelantan > Sarawak

Berbalik pada topik

Baru Hana tahu nak ke Sabah, Sarawak dan Labuan kena guna pasport Dokumen Perjalanan Terhad. Ingat nak ke luar negara je pakai pasport.. hehe Pasport tu bertujuan untuk pejalanan keluar/masuk ke Sabah Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.. Owh baru Hana tahu. Kalau Hana tak pergi Sarawak ni sampai bila-bila pun Hana tak tahu pasal ni

Tiket kapal terbang MAS dari KL ke Sarawak dan penginapan sebelum berlepas ke Sarawak pihak kementerian yang uruskan. Hana rasa Hotel Pearl International Empress Sepang tu mesti penuh dengan guru seluruh Malaysia yang akan diposting ke Sabah dan Sarawak. Guru batch ke 3 keluaran IPG kebanyakan posting di Sarawak dan Sabah.. Ok pertama kali Hana naik flight.. Macam mana rasanya bila naik flight? takut? gemuruh? seronok?

Barangan keperluan? Ermm macam melebihi muatan 30kg. Kalau lebih kena bayar lagi-lagi bila bawa beg 'Akademi Fantasia' sah-sah lebih 30kg. huhu nak buat macam mana kan. Kalau lebih 1-5kg kena bayar RM30. Barang ape je? baju kurung, kasut dan beg kerja je banyak. Tudung lagi. Nasib Hana tak pakai aksesori dan tak makeup. Kalau tak kena asingkan pula benda-benda tu dalam beg lain..

Akaun bank haruslah lebih dari 1. 1 akaun bank untuk tranfer duit or bayar bil-bil. Dunia di hujung jari. Tak payah susah-susah ke pejabat pos. Erk, Tapi kalau di pedalaman? bil elektrik dan air tak sampai RM20 kot. hehe alaun pedalaman kan ada (tiada kaitan dengan tajuk)

KWSP dah ada sebab Hana dulu kerja sebagai casher Giant. Terkejut tahap gaban bila Hana semak akaun KWSP tu. "Banyak juga duit aku ni".Bersenang-lenanglah engkau di sana..

Ferrari Hijau Hana? Erm.. insyaallah kalau Hana berada di bandar, Hana akan pos Kereta Ferrari tu ke Sarawak. Hana siap servey harga lagi.. hehe Kalau pedalaman Hana beli ATV. Amboi kau Hana. hahaha melawak je lah.. Kalau di pedalaman tiadalah kenderaan. Jalan kaki saja berbumbungkan payung

Preparation semua dah satle dalam masa 3 hari.. Ada balance 4 hari lagi untuk Hana blogwalking. Hana harap Hana di beri kesempatan untuk create post/entri buat kali terakhir sebelum melangkah ke Bumi Kenyalang.

P/s: Terima kasih Blog Hijau Itu Duniaku sebab bagi Hana coretkan kenangan kat sini


46 orang dah komen :

NinaAz said...

tahniah yeaaaa... suami akak pun masih mengajar kat sana. tadi baru kuar result pertukaran. tak dapat pun tukar semenanjung. belum rezeki kami lagi. Apapun. tahniah dik. ngajor baik2 nanti. jaga diri dinegeri orang :)

Syeeda said...

tahniah Hana. Saya dulu memang nak jadi cikgu tapi bukan rezeki saya di situ.huhu

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

alhamdulillah dah jadi cikgu , jadi cikgu yang tegas baru anak murid takut sikit ...hehe
nanti kalau baik sangat , cikgu pun kena buli dgn anak murid.. :D

Anonymous said...

Bahasa melayu sarawak:
Maok ke siney kitak?
Nak ke mana awak?

Apa polah kitak?
Awak buat apa?

Gago jak..
Susah susah je..

Bahasa melanau Sarawak:
Kabut kaau bilem..
Kema nasik
tuteng anum
Dao nyam umai yen?

Bahasa Iban:
Nak nemu aku
Tak tahulah saya..

Nemu deik?
Awak tahu?

aisya said...

mesti excited kan? tak tau lagi eh sarawak tu kat mana? Kot2 kalau dapat kat miri boleh jadi tour guide. eh.

hehe

S.K.A said...

bestlah dpt pergi tmpat org :) all the bestlah..sy xpnh naik k.trbang..xbrani, fobia kot hu3..

nenot said...

eh..hana dapat kat sarawak???tahniah yunk..selamat menjadi guru :)

Kesuma Angsana said...

moga dipermudahkan & all the best yer

ANNA MARIANA said...

wah, mesti hana x sabar dah ni nk g.. anna pon terasa nak ikut hana g gak ni..

Aku Penghibur said...

wahhh seronoknye nak jaln2

krole said...

baik2 jalan tu hana...pastikan sehari sebelum bertolak...double cek brg2 tu yew~

Mimi Azirah said...

Bestnye ngajar kat srwk...best ble duk tpt org nih kan

faiq said...

bwk ngam2 30kg da la..tp klo lebih2 sikit, diorg x kish pun...sbb korg akn d bawa scara group..so diorg ttp mata klo lebih..

btw tahniah...bwk duit lebih sikit..gaji lmbt msk

Tinta Lana said...

Salam.

Phewww..keta ferrari,hehehe

Selamat bertugas hana.. Be a good teacher for ur students :)

Ayie Abas said...

hana kena hantar mengajar ke sarawak ker?

tentu nanti susah nak berblog lagikn?

apapun...ayie ucapkn selamat bertugas wlu jauh nun sarawak... :)

Damia Umairah said...

Salam Hana, Amboi jauh nya cikgu nak merantau kan. Apa apa pun. Besar nilai jasa seorang Guru ni.

hana hadi said...

@Ayie Abas
a'a kena mengajar sarawak..
sedih nak tinggalkan blog. kawan2 blogger.tapi kalau ada masa hana tetap akan berblog :)

hana hadi said...

@Tinta Lana
terima kasih..
meh naik ferrari hana.. hehe

hana hadi said...

@faiq
terima kasih info ni. sangat membantu :)

hana hadi said...

@krole
ye tq :)

reenapple said...

Posting Sarawak? Tahniah. :D

deno said...

wah best! belum pernah sampai sarawak.. huhu

Mel said...

Tahniah sebab dah jadi cikgu..
Kena sediakan mental & fizikal yang kuatlah bila duk Sarawak ni dik..Tapi takpe, leh jalan2, elaun pn banyak bila duk sarawak ni.Jauh jalan, tambah banyak pengalaman, bila lagi nak datang Sarawak kan?

Kot2 mai Bintulu, leh kenal2.Kalau MAS, berat lebih 1-2kg takpe, tak kena bayar pun.

Tahniah sekali lagi ^^

Dhia Dirham said...

Cikgu hana, sonok naik flight! Selamat mengajar.

Maria Firdz said...

selamat terbang ya dik.. moga jadi cikgu yg cemerlang dunia akhirat.. kutiplah ilmu dan pengalaman berguna spnjnag disana..

dear xila said...

weee sonoknye rasa...gi merantau jauh2 huhu...hati2 ya...selamat mendidik anak bangsa :)

Kakzakie said...

Tahniah hana. Selamat menjawat jawatan baru dalam meneruskan kehidupan di tempat baru.

Fiza Rahman said...

Hana...sedih lah plak baca entry nih. Semoga semua urusan di permudahkan olehNYA. Take care bila kat tempat org tu. Good luck & all the best.

Mawardi Yunus said...

tahniah ye :)

skang ni abang ben ashaari tgh ambil tmpahan tsirt baru untuk kelab dia :)
http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/06/terhad-tempahan-baju-kelab-b

fyna said...

bestnya. tahniah ye.

hana hadi said...

@Mel
a'a fextime jadi macam xcited sikit.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana. taniah yangg dah rasmi jadi cikgu. lepas ni busy ye cikgu. hihihi nanti ada masa sheila nak ke Sarawak. boleh kita jumpa sana. heee

el said...

senanglah nti lau k.el plan nak ke sarawak..boleh suh hana jd tour guard hehehe

all the best hana
take care more kt sn ea

haz said...

good luck g sane hana! tc yup =)

Ema Johari said...

nanti kalau gie sarawak bolehlah jumpa di sana...hehehe..selamat menjalankan tugas

Tinta Lana said...

Kalau ferrari hana jadi hantar ke srwk, nanti kalau lana pi sana, bleh le bawak lana jenjalan kan,hehehe

Bila2 hana free, citerla kat kami benda menarik kat sana ya ^_^

Cik Ain said...

selamat bertugas sis hana huhu semoga segala urusan dipermudahkan hehehehe..

Sigaret Perisa Kafein said...

dulu pergi sarawak, kejap je. cuma pakai visa. kalau lebih 3 bulan kena pakai pasport rupanya.

sana memang lain sikit. macam keluar negara. :P

-AsaSiaga-

ANISRAHIM said...

jauhnya tercampak hana :D

Ayie Abas said...

@hana hadi

kawan2 lagi laa sedih nanti...terasa kehilangan hana...

tapi hana hilang sbb kerja yg mulia...:)

ayie yakin hana akan tetap on blog jugak...hehe

Azie Namico said...

Salam Hana,

semoga berjaya dan jaga diri di sana hana....

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said...

Assalammualaikum Hana, Preparation Tour & Traveling to Sarawak atau Sarawak Expedition Preparation mungkin agak sesuai, tapi janji orang faham je Hana, niat nak pegi Sarawak.

Wau best lah pegi Sarawak yer? jangan lupa bawak balik gula2 black pepper untuk is yer?

p/s: is isi tabung hishop untuk hana satu.

baby comel said...

mostly posting terbaru ni ke sabah sarawak, xpelah hana muda lg xde pape komitmen kan.. mesti hana happy nanti. take care my dear

Remy hazza said...

selamat kembara hana..... memulakan perjalanan di tempat baru....
gud luck disana nanti...

QasehnyaRania said...

satu je ciksu nk pesan.
jauh diperantauan, pandai2 bawa diri ye :)

touching pulak ciksu ni. hihi

nik ros said...

jaga diri baik2 di sana yea. mcm excited jea hana pi ngajar sana.
untung murid dapat cikgu lawa ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...