Penangan entri Cik Amal - Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu


Gara-gara entri menarik Cik Amal yang bertajuk "Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu", Hana pun tergerak hati nak join adventure untuk tengok cerita Hantu tersebut. Klik SINI untuk baca entri Cik Amal. Sampai deman Cik Amal tengok cerita hantu. Hana suka cerita hantu tu yang excited nak tengok. Lepas baca entri Cik Amal, malam tu juga Hana tengok cerita tu. Tajuk cerita tu WHITE-The Melody Of The Curse .Dalam youtube ada  5 part cerita tu. 


Mula-mula buka part pertama.. Alaa Korea ke? Hana tak minat korea-korea ni. Tapi tak apa lah. demi Cik Amal, Hana tetap nak tengok cerita tu dan nak mengenalpasti penyebab yang menyebabkan Cik Amal demam.. hehe

Part pertama, ke-2 dan ke-3 masih ok walaupun ada yang menakutkan juga. Masuk part ke 4, ciri-ciri nak ke'terbeliak'kan mata tu dah ada. Mungkin part ni kot yang menakutkan.. Takut masa diorang tengah siasat dan di sebut "behide you", Hana sampai pause 3 kali masa diorang tengah siasat sebab Hana nak tau betul-betul jawapan penyebab perkara tu berlaku .. "Owh,  macam tu kisah dia" 

Part 5 ni takut juga la, tapi dah semakin slow sikit sebab dah nak habis kan.. hehe.Korang tengok lah sendiri. Lepas tu share entri dengan Hana ok. 


16 orang dah komen :

Nurzakiah Hanum said...

takutnya

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

pernah tengok , tapi dah lama...ingat-ingat lupa

Ann Ishak said...

okay malam ni saya nak cuba tengok cerita korea tu, kalau takut sangat saya tekan X je :)

Mohd Fauzli said...

Tak minat sengat horror movie ni...

cik amal said...

amal takut part last.. terbayang cara dia menari then part behind you tu.. tapi kan... kalau awak berani lah nak tengok, amal akan bagi 1 tajuk ni, lagi lagi lagi seram dari yang ini... Adik amal tengok pun tak sampai sekerat.. sebab teramat amat takut.. tak jadi nak teruskan tengok cerita tu..
nnt amal bagitahu tajuknya :)

hana hadi said...

@cik amal
huhuhu suspen ni..kena buat persedian mental dan fizikal dulu.. hehe

aswadz said...

lama gak x tgk citer hantu nih. bagus la hang bagi link nih.

Cik Kay Jue said...

huhu.. ckj tak suka cerita hantu.. nanti tak leh tidur n takut tggl sorg2 kat umh... hehe..

Amanina Mads said...

penah tgk movie nie..seramm jugak la

cik amal said...

sayang.. tajuknya campus ghost... better persiapkan diri okay :)

Aku Penghibur said...

hahahahha acik dah tengok cerita ni ..boleh tahan la

hana hadi said...

@cik amal
xda dalam youtube plak..huhu

Sarah Mohd Saleh said...

Heh, salu cite korea jepun ni ending die tak paham, stok muzik nak abes seram jer,grr,stress.rugi tgk cte angker koreang jepung ni

red jambu said...

citer hantu korea best taw.. cam kisah benar je diorang buat.. hehe

Remy hazza said...

tgk cover pun dah seram.....

baby comel said...

xmau tengok cerita hantu. sebab nanti malam susah nak tidur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...