Yeaaah... cuti sekolah pertengahan tahun 2015
Yeaaah... cuti pertengahan tahun 2015. Sudah 2 entri Hana skip Entri pertama Sambutan Hari Guru dan entri ke-2 Program CAKNA Pendidikan Khas. Nak buat entri Hari Guru macam dah seminggu berlalu, idea nak buat entri tu pun dah ingat-ingat lupa . Cuci mata jelah kan
Tema : Back to School + Pakaian entik
Teka Hana pakai baju apa? ^_^
Entri Program CAKNA akan menyusul selepas cuti. hehe
Ok jumpa lagi 2 minggu akan datang. hehe tapi kalau terada entri adalah kan :)
Selamat Hari Guru - Rindu zaman praktikum
Selamat Hari Guru - GURU : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Sudah 1 tahun 11 bulan Hana bergelar Guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Sampadi, Lundu Sarawak..Macam dah lama je rasa..
Ok off topic, Hana nak imbas balik kenangan Hana semasa melalui zaman praktikum 6 bulan + 3 bulan Internship :)
Dah nak masuk 3 tahun Hana meninggalkan zaman praktikum sebagai guru Pendidikan Khas Bemasalah Pembelajaran (PKBP). Macam nak praktikum selama-lamanya pula. Ops... sebenarnya jauh beza guru praktikum dengan guru sebenar. Baget guru tak banyak kerja le maklumlah guru praktikum, Pendidikan Khas pula tu. mengajar jelah tapi bila dah jadi official special education teacher macam di bawah satu pentadbiran sendiri, kaulah mengajar, kaulah urus murid, kaulah urus aset, kaulah urus file, kaulah guru kelas, guru agama, guru seni dan bla bla bla
Hari ni, rindu sangat-sangat dengan anak murid Hana time praktikum dulu. "Saya Sayang Cikgu" kata-kata terakhir anak murid Hana sebelum Hana meninggalkan sekolah praktikum T_T
Nur Aina Natasha a.k.a Na
Anak kesayangan Hana.
Merajuk bila Hana rapat dengan murid lain. Rindunya... Sekarang mesti dia dah tahun 6. Ingat ke tak kat Hana ek T_T
Faris
Secret admire Hana rupanya Si Faris ni.hehe Cikgu simpan lagi surat cinta "Surat cinta untuk cikgu" kamu tu. Sekarang dia 10 tahun :)
Nabil (Berdiri depan Hana)
Sekarang mesti dia ke sekolah menengah. Manja dan jujur orangnya. Masuk kelas ni rasa seronok sebab diorang macam adik-beradik. "Pipi cikgu lembut" senyum Hana sorang-sorang bila teringat kisah tu
Tiba-tiba terlintas di fikiran Hana perbandingan antara murid time Hana praktikum dengan murid Hana mengajar sekarang. Ermm.....
Perkara yang kau 'wajib buat' ketika bujang
Perkara yang kau 'wajib buat' ketika bujang. Nampak tak mood ke'santai'an di situ. Entri penuh Spontaneous Tuesday ^_^
Sumpah kalau korang tak buat perkara ni korang akan menyesal selama-lamaya huahahaha
Tinggalkan rumah. Bukan bermaksud lari dari rumah ye akak-akak dan abang-abang sekalian. Tinggalkan rumah bermaksud merantau. Tak kisah lah sama ada merantau cari kerja atau menuntut ilmu. Bila kita jauh dari ibu bapa kita akan belajar berdikari. Sifat kematangan tu wujud bila kita dah berdikari. Kita dan pandai berfikir, kita pandai cari kawan, kita pandai buat keputusan sendiri, Kalau keputusan yang kita buat tu tak betul pun kita cuba belajar dari kesilapan kita. Segala suka duka sedih gembira ada kat sini. huhu Hana dah mengalaminya. Dalam suka ada duka. sob.. sob.. sob.. Yang penting jangan lupa asal usul kita, ibu bapa kita ok
1 pagi masih aktif
Travel. Perkara best di abad ini. Pergilah kalau tidak kau akan menyesal. tiba-tiba ja.. Jauh perjalanan luas pemandangan. Melalui travel ni korang dapat lihat bertapa luas dan indahnya ciptaan tuhan. Pelbagai ragam manusia kita dapat tengok. Pernah Hana pergi Cameron 4 kali dalam setahun. Itu pun tak puas melawat kawasan lagi. Dan yang tak dapat Hana lupa bila malam selepas Hana dan kawan-kawan keluar makan sebelum puasa keesokkan harinya, salah seorang kawan bagi cadangan "Jom Cameron" 1 Ramadhan kan cuti. Apa lagi kami terus ke Cameron dan sampai di Cameron pukul 5 pagi. Malam tu pula balik Kelantan. Ngee kerja apakah itu? First time ke Cameron Highland KLIK SINI
Kumpul duit syiling. Yang ni tak ramai yang buat tapi percayalah bila korang kumpul suka-suka sampai penuh tabung mesti korang tak sangka. "Waaaah.. dah penuh".Kalau Hana asal jumpa duit syiling kat lantai ka, belakang peti ais ka confirm Hana ambik letak dalam tabung.. Duit syiling apalah sangat setakat 5 sen 10 sen 20 sen tu dipandang Hana je. Kalau Hana bagi kat mak pun confirm mak suruh Hana ambik :) Tapi paling best jumpa duit syiling dalam mesin basuh. Entah duit siapa kita tak tau kan ambik je 20 sen 50 sen tu. Ngee.. negee..
Amalkan gaya hidup sihat. Mulakan gaya hidup yang sihat di zaman bujang sebab suatu hari nanti amalam tersebut akan di bawa ke dalam keluarga korang nanti. Ada juga kajian mengatakan bila kita bersenam ia dapat mengurangkan stress dan menjadikan seseorang itu gembira dan berkeyakinan tinggi. Waaaah serius juga bila taip ni. hehe
Buat perkara yang korang suka. Jangan susahkan orang sudah la kan :) Contohnya korang suka tidur. Haaa tidur jelah. Boleh kan kalau contoh macam tu hehehe Erm... Contoh lain korang sebagai blogger? Ada sesetengah blogger suka explore coding-coding yang ada. Yang ni Hana respect kat korang. Hana pun coding-coding ni dah ke laut sudah bila dah bekerjaya.. hehe The best part dalam dunia blog Hana ni bila dapat dating dengan blogger-blogger INI.
Cari ilmu sebanyak mungkin. Ilmu menjahit ka ilmu memasak ka. Erm.. sebut pasal memasak ni, Hana mengaku Hana zaman bujang dulu tak pandai masak. setakat masak nasi dan air tu boleh lah. Paling hebat pun goreng ikan itu pun tak pandai bersiang ikan.tak percaya? KLIK SINI Kalau Hana AJK Makanan or masakan secara automatik Hana lantik diri Hana jadi photographer nampak tak permainan Hana kat situ. Tapi Bila dah kahwin ni dah boleh bersiang ikan sudah. Yeaaaah.... Eh eh sudah kahwin baru pandai bersiang ikan. Mampus Hana. Jangan tiru yee kawan-kawan
Itu ja yang terlintas dalam fikiran Hana. Apa pun korang....
Jangan 'stress' bila di 'wall' Facebook korang penuh dengan gambar-gambar or status yang berunsurkan 'kebahagiaan'. Bila kita fikir balik. Ok itu hak masing-masing tapi itu lah mampukah kita ................T_T. Ermm...... Sabar ye..Spam je tu ^_^
Bahasa Beza
Kalau aku suka merah
Dan engkau suka biru
Tak bererti aku mahu
Kau turuti kesukaanku.
Tidak,
Itu tidak adil buatmu
Kalau aku sedang marah
Tak bererti kau bersalah.
Kalau aku yang terluka
Tak bererti engkau puncanya.
Kalau kita memang berbeza
Tak bererti engkau dan aku harus bersama.
................ sambungan ..............