Sambutan Hari Guru.Guru : Penjana Kreativiti Pencetus Inovasi
Sambutan Hari Guru
Guru: Penjana Kreativiti Pencetus inovasi
Baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru, tenaga pengajar di seluruh Malaysia. Sedar tak sedar sudah 13 tahun kita menghabiskan masa kita di sekolah. Tak termasuk tadika dan universiti, kolej, institut dan seamgkatan dengannya.
Kalau macam Hana ni, dari umur 7 tahun sampai lah 25 tahun ulang alik ke sekolah je. 19 tahun kot ulang alik ke sekolah. Erk, Institut Pendidikan Guru pun lebih kurang macam sekolah juga :) Insyallah kalau masih berpeluang bernafas di muka bumi ini, sampai umur 60 Hana ulang alik ke sekolah :)
Macam biasa kalau dah bergelar guru ni, bersusun aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan di sekolah.
22 April 2014 : Program Jom Membaca dan firedrill
Jom Membaca ni diadakan serentak seluruh sekolah di Malaysia. Penyelaras program Cikgu Rosmah yang bertudung purple tu. Hana nak buat entri ni sebenar tapi tak berkesempatan.huhu So gambar je lah ek :)

Ada aktiviti lagi tu. Bukan semata-mata membaca je tau
Beralih pula kepada firedrill yang dilaksanakan pada waktu petang. Siapa penyelarasnya ek.. tak ingat sudah

Hujan-hujan pun boleh buah latihan kebakaran. Yang penting payung hijau tu sebenar :)
10 Mei 2014 : Gotong-royong PIBG
Masa ni Hana kemas bilik Pendidikan Khas. Kusyuk kemas tak ingat nak ambik gambar. Biasalah ada pelawat nak datang.
13 Mei 2014 : Cuti sekolah sempena Wesak
Di kira aktiviti juga tau :) Aktiviti pengemaskinian file-file dan sebagainya T_T
14 Mei 2014 : Lawatan dari PPD dan Sukaneka Hari Guru
Buat pertama kalinya Kelas Pendidikan Khas Integrasi menerima lawatan dari PPD. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Biasalah Kami budak baru belajar.

Di sebelah petangnya di adakan sukaneka Hari Guru. Penyelarasnya Cikgu Adelly. Sukaneka dalam hujan pun boleh :)

5 acara sukaneka dipertandingkan. Antaranya ialah isi air dalam botol, sepit char koew teow, bawa buah kelapa guna gelung, Tiup belon sehingga pecah dan pengilan buah, Pengilan in Bahasa Sarawak mean kenduri. Makan buah semangka. Haaa.. semangka tu buah timun kalau di Kelantan. Secara formal semangka tu buah tembikai :)
15 Mei 2014 : Program Bebas Denggi dan Penjagaan Gigi
Program di bawah unit HEM. Penyelaras Program Bebas Denggi of course Cikgu Hana dan Cikgu Faizal. Siapa tak kenal cikgu Hana memang Hana ketuk-ketuk kepala. ngeee..

Program Penjagaan Gigi pula dikendalikan oleh Cikgu Fauziah dan Cikgu Rosmah.

Masa ni murid-murid mewarna dan menghasilkan Kad Hari Guru. Para guru pula sibuk menguruskan persiapan untuk Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Isnin 19hb ni.

Hana di tugaskan sebagai AJK persembahan. Persembahan apa? Tungguuu.... Hari isnin ni ok
17 Mei 2014 : Sambutan Hari Guru Peringkat Zon
Baru ja berakhir petang tadi. 3 sekolah yang terlibat. Sekolah Hana berbaju batik merah. Masih bau kedai lagi batik ni tau :) Gambar besar sikit maklumlah gambar terlatest

Aktiviti : pertukaran hadiah, karaoke, dan yang paling penting makan-makan
Bergambar bersama Penolong Kanan 1, satu-satunya lelaki dalam gambar di atas :)

Meja yang mempunyai pencahayaan yang baik, tak macam meja-meja lain, samar-samar je

Cikgu-cikgu yang sporting habis
Lain benar tudung yang Hana pakai. hehe ter'purple' la pula kan. sepatutnya merah
19 Mei 2014 : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Next entri ..................
My mom is always right
"My mom is always right". Siapa sokong?

Hana bersama mak beli kain untuk di buat baju kurung. "Ni elok tak mak?" "Tak elok lah" "bla..bla..bla..." Huh, Hana tengok corak kain tu cantik kot T_T. Tak kira nak beli juga kain ni. Pada masa yang sama juga mak berkenan kain yang corak-corak daun tu. Sangat tak cantik di mata Hana. Dalam hati jelah Hana kata macam tu. hehe Demi tidak menghampakan mak, Hana pun beli. Sudah beli terus ke kedai jahit.Ekspres tak? hahaha. Dalam 3 minggu lepas tu 2 pasang baju dah siap. Not bad tapi cantik lagi baju yang kain mak hana pilih. Siap baju kain tu di puji-puji lagi. Sampai sekarang kalau pergi shoping dengan mak. Memang Hana serahkan 100% untuk mak buat pilihan. Bukan setakat kain ja, beg, kasut semua mak pilih :) My mom is always right
Perkara-perkara lain juga yang Hana rasakan my mom is always right. Pasal makanan dan nak di jadikan cerita time kat jalan raya pun boleh jadi my mom is always right. Hana dah yakin belok ke kanan, mak kata belok kiri. Disebabkan Hana drive, Hana ikut kata Hana lah, memang lah sampai ke destinasi cuma jauh ja tapi bila dah ada bunyi "bla..bla..bla.. " terpaksa hana u-turn balik dan ikut jalan mak kata tu T_T zzuuupp.. dah sampai ke destinasi. Pergh.. cepat. So my mom is always right
Kadang-kadang bila Hana 'melawan' cakap mak. Mesti Hana yang akan menyesal tak ikut cakap mak T_T. Di sebabkan Hana tak nak menyesal di kemudian hari, Hana akan serahkan 100% tugasan penting ini kepada mak sebab my mom is always right. dan mak pun dah kata OK :)
Tapi bila Hana bersendirian, buat keputusan sendiri + ada orang yang tak senang dengan keputusan Hana. Hana tetap dengan keputusan Hana tanpa mak. Ok ja tiada masalah dan Hana tak menyesal dengan apa yang Hana buat. So inilah keputusan Hana :)






