Hati dah terpaut dengan Donna The Next-Generation Car Seat Stroller


Jatuh cinta pandang pertama pada Doona Car Seat Stroller. Dah tak ingat lagi pada yang lain. Mesti dapatkan Doona. Mesti...

Nampak simple dan elegant kan

Nak sangat Doona ni sebab senang nak handle kalau sorang-sorang tak perlu nak angkat baby lagi :) Stroller ni dapat transform jadi car seat hanya tekan button. Nak naik tangga pun senang tak perlu angkat baby dan lipat stroller, ringan pun ringan tau. Yang bestnya stroller ni tak perlu letak dalam bonet sebab dah jadi car seat baby. Nak guna based pun boleh tak guna pun boleh :) Jimat ruang di situ. Dan lagi. Tempat pemegang boleh adjust nak tinggi or rendah. Kalau rendah boleh handle untuk laluan lorong-lorong kecil macam dalam video di bawah ni..

Klik video
Can be used as
  • Stroller
  • Hand carry
  • car seat
Doona Car Seat ni start dari newborn hingga berat 15kg kot.. Tapi Hana tak kisah pun sebab budak kalau dah setahun lebih nak berjalan dan didukung ja T_T Lagipun ada stroller backup yang kak ipar punya dia dah tak guna.

Semua ciri-ciri yang Hana nak semua ada kat Doona ni. Tak ada ada yang kurang langsung. Memang nak sangat-sangat Doona ni... Harganya RM17++ jugalah T_T tapi dah berkenan sangat. Tengok yang lain pun dah macam nak menangkan Doona juga. Dah la cute comey-comey sangat stroller ni. Kalau mama bawa memang nampak lah kuasa cute di situ tak lah macam stroller bergerak sendiri kalau stroller besar lindung mamanya.ngeee

Hana dah servey 3 page yang jual Doona Car Seat Stroller ni tau. Harga pun sama kot harga lain-lain boleh minta diskaun T_T Lepas ni nak minta tolong abang dan kak ipar servey di kawasan KL, Selangor dan Johor pula. Harap dapat yang lagi murah.

Rupa-rupanya lepas di servey kat satu page ni ternampak gambar Siti Aafiya.. Alololo comelnya dia dalam Doona Car Seat Stroller tu :)


Berangan jap kalau Hana yang bawa stroller tu.hehe

Dan rupa-rupanya lagi anak si pelakon Amyra Rosli dan Amar pun guna stroller ni. Blogger Irine Nadia pun guna stroller ni juga.. Ngeee..


Insprasi ruang tamu


Bulan 3/2017 tahun lepas dapat kunci rumah. Bulan 5 tahun lepas just tengok-tengok dan hantar defect ke pemaju. Hujung tahun lepas menikmati kemudahan yang ada seperti gimnasium, swimming pool, bawa anak-anak saudara ke taman permainan. Maklumlah tak ramai lagi orang yang berpindah masuk :) Lupa pula nak maklumkan, rumah Hana ni jenis rumah srata so banyak kemudahan dalam kawasan perumahan ni. Pondok guard pun ada, cctv pun ada, tukang kebun pun ada, bayaran untuk maintanance pun ada T_T. Tidak lupa juga waktu cuti dapat berkenalan dengan jiran-jiran baru yang sudah berpindah masuk. Ehem.. ada gak tengok jiran yang dah renovate rumah. Jelousnya...

Begitulah rutin Hana Bila dah berjauhan dengan rumah sendiri T_T  Bila lah dapat duduk rumah sendiri. Tak sabar nak renovate dan deco-deco ^_^

Inspirasi ruang tamu

Ruang tamu + ruang tengah

Luas jugalah sebab dah bersambungkan tapi siling ruang tamu tinggi dari ruang tengah. Siling ruang tamu pun jenis condong macam bumbung rumah.  Walaupun rumah ni siap dah ada wayar untuk 2 aircond  tapi kipas tetap wajib. Nak letak kipas di ruang tamu macam tak cantik sebab tergantung sangat kipas tu. Nak rendahkan siling pun nanti nampak sempit pula lagipun ada ruang tingkap dekat atas.

Nampak tak tingkap tinggi tu

So plannya taknak rendahkan siling cuma nak tintedkan tingkap atas sebab pencahayaan banyak sangat di ruang tu. dengan sliding door di ruang tengah lagi macam "cahaya mentari di pagi hari, sinarnya kaburi pandanganku ini..." tapi memang nak tintedkan semua tingkap rumah pun. ngeee Plaster siling di keliling ruang tamu untuk letak lampu 6 biji macam tu. Tiba-tiba eh eh mana kipas? T_T masih tergantung panjang lagi selagi tak rendahkan siling . Lagipun Hana tak suka kipas selain kipas siling. Paham tak di situ

Ubah plan lagi so nak buat plaster siling macam ni


Design plaster silin di ruang tamu akan bersambung dengan ruang tengah macam dalam gambar tu cuma untuk rumah Hana nanti terbalikkan siling ruang tamu dalam gambar akan jadi ruang tengah dalam rumah Hana dan sebaliknya. Tingkap kat atas masih mantain.

Satle bab plaster siling

Sekarang plan pembahagi ruang tengah dan ruang tamu. Plannya nak buat kayu  di tengah dan ada ruang kiri dan kanan untuk laluan tapi disebabkan plaster siling dah berubah tak dapat lah nak buat tema ala-ala kayu sangat kan. Kalau tak kabinet tv pun nak ala-ala kayu hipster gitu. So sekarang modenkan beliau. Partition pun nak semata-mata partition sahaja tak nak yang ada rak or ruang. Macam ni.. macam jee

    

Warna untuk ruang tamu dan ruang tengah sama cuma tak pasti lagi warna putih dengan warna apa. hehe..


Kan dah cakap awal-awal memang plan nak bertemakan kayu macam ni tapi ubah plan tukar kayu kepada ........ apa ye. kabinet macam ni perfect boleh dah nak copypaste . ngee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...