Bengkel Asas Tarian 2015



Bengkel berlangsung selama 2 hari 2 malam iaitu 1 dan 2 April 2015 di Kompleks Yayasan Negeri Sarawak.. Lepas ja pertandingan futsal 30 hingga 31 Mac terus sambung bengkel tarian malam 31 Mac tu hingga 2 April 2015. 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Kepenatan melanda fizikal, mental jiwa dan raga masa tu. Waaaah hiperbola sangat...

Bengkel tersebut dihadiri oleh guru Pendidikan Khas di seluruh negeri Sarawak. Seramai 62 orang peserta kot kalau tak silap Hana.. Memang ramai terpakasa buat di tempat terbuka tak muat bilik aircond. Ngeee...
 Team PPD Lundu

Jumpa ex-classmate IPG Kota Bharu :)

Mohd Zanidizam, pegawai dari Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negeri Sarawak yang akan mengendalikan bengkel tersebut sepanjang 2 hari kami di sini. Beberapa orang pegawai lain turut membantu dalam mengendalikan jenis-jenis tarian yang akan diajar kepada kami nanti Bengkel  tersebut lebih kepada praktikal daripada teori. Dalam bengkel tersebut guru diajar mengenai jenis-jenis tarian, asas tarian, aspek penjurian, pola lantai, pecahan tarian, tatarias dan banyak lagi.

Malam 31 Mac 2015, sesi suai kenal dijalankan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diperkenalkan beberapa jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Dan kami akan di ajar tarian asas bagi 5 jenis tarian iaitu Tarian Sumazau, Bidayuh, Joget, Wau Bulan dan Inang. Semangat berkobar-kobar juga lah bila kami diberi peluang untuk belajar tarian-tarian tersebut.

1 April 2015, sebelum memulakan tarian kami diminta memanaskan badan dengan mengikut senam tari 1 Malaysia. Dari pagi sampai malam kami belajar menari. T_T Susah rupanya menari ni. Tengok orang menari “Eleh senang je ni” Cuba try ikut dia punya pergerakan. Habis skru lutut longgar
Kami belajar tarian Sumazau dulu. Lepas praktikal kami diminta buat persembahan secara berkumpulan tapi masa ni team Hana terkecuali daripada buat persembahan hehe Fuh, terasa selamat la padahal tarian Bidayuh nanti team Hana yang kena buat persembahan. Tarian Bidayuh susah ok T_T Step tak ingat. Bila dah hafal step tarian Bidayuh step Tarian Sumazau Hana lupa T_T Sebenarnya setiap step tarian tersebut ada nama-namanya tersendiri, Hana sendiri pun dah tak ingat.

     

Tarian Wau Bulan berasal dari Kelantan. Yang ni senang la juga tapi macam biasa stepnya Hana tak berapa nak ingat (banyak juga hana punya tak ingat.hehe). Time buat persembahan pun jeling orang sebelah. Masuk pula tarian joget iaitu tarian tradisional Masyarakat Melayu, Macam senang je nak menari kan Tapi step pertama pun dah keliru nak buat macam mana T_T Banyak habis masa kat Tarian Joget.

Sepanjang hari tersebut, Hana kata dalam hati “bila nak habis ni, penat”, "Korang tak faham  maksud penat ka?"“Nak tidur, nak tidur” “cayok cayok esok last”  Tapi masih semangat nak belajar menari. Hehe macam mana tu ek. Mungkin kalau Hana tak terlibat dengan futsal mungkin tak penat macam ni kot..

Tapi kan yang Hana heran la kan 3 4 orang juga Tanya Hana

“Orang Kelantan ka?”

“Tak lah orang Kedah”

“Ingat orang Kelantan sebab muka macam orang Kelantan tapi bunyi cakap kedah”

Ngeee.. adakah ada kaitan dengan tarian wau bulan tadi hahaha.

2 April 2015, mengantuk menguasai diri.. Tapi semangat nak habiskan bengkel ni. Cepatlah masa berlalu. Kawan-kawan dah tegur dah “ Nampak lesu ja Hana” senyum ja Hana dalam hati “memang pun T_T”

Pagi tu kami diminta buat semua tarian yang di ajar. Huh, of course tak ingat. Ikut orang depan jelah kan :) Orang depan silap,silap lah Hana pun hehe janji buat. Tapi tu lah tak best bila tak ingat step:)

Akhirnya tepat pukul 2 petang, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, penutupan bengkel asas tarian

P/s: Time tu blogwalking. Dah dekat 3 minggu tak blogwalking kan :) Jangan lupa tinggalkan jejak


4 orang dah komen :

CikMai said...

aktivenyaaa hana..

Anis Diyana said...

macam manalah kat muka pun orang boleh tahu kita ni orang kelantan ke kedah ke,diorang tengok macam mana pun tak tahu hahaha

hana hadi said...

@Anis Diyana
hahaha tu lah. heran juga hana

hana hadi said...

@CikMai
aktif terlampau susah gak T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...