Majlis Khatam Al-Quran, Program Motivasi Tahun 6 dan Iftar Jamaie + Tarawikh + Solat Hajat SK Sampadi



Majlis Khatam Al-Quran, Program Motivasi Tahun 6 dan Iftar Jamaie + Tarawikh + Solat Hajat SK Sampadi dalam masa satu hari..

Majlis Khatam Al-Quran SK Sampadi telah diadakan pada 9hb Julai 2015. Pada hari tersebut juga di adakan program motivasi murid tahun 6 dan Iftar Jamaie + tarawikh + solat hajat. Sehari sebelum program semestinya guru-guru membuat persiapan program. Tugas Hana AJK Hadiah. Tak berkesempatan nak urus bahagian hadiah. Cuma dapat interframe pegang dulang hadiah je. Nasib ada kaitan dengan hadiah juga . hehehe



Kalau sebelum ni hanya tahun 6 yang terlibat untuk khatam Al-Quran tapi kalai ni murid tahun 4 dan 5 juga turut serta. Tidak lupa juga kepada seorang murid PPKI yang turut serta dalam khatam Al-Quran ni.

Program motivasi tahun 6 diadakan pada pukul 5 petang. Melibatkan murid dan ibu bapa tahun 6.Sengaja di buat lewat supaya ibu bapa turut terlibat dalam majlis iftar nanti. Time ni Hana di dewan makan. buat persiapan untuk berbuka nanti.


Selepas solat Magrib berjemaah di kantin sekolah, para tetamu bergerak ke dewan makan untuk menjamu selera.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...