The Tip of Boneo, Kudat Sabah


Sambungan entri Melangkap, Kota Belud.

Lagi beberapa jam lagi untuk ke telinga serigala iaitu The Tip of Borneo, Kudat. Memang tak sempat untuk tengok sunset.

Perjalanan dari Kota Belud ke Kudat lurus ja tapi bila nak sampai sempadan Kudat tu dah macam berbukit-bukit sikit. Bila dah masuk sempadan nak ke The Tip of Boneo memang jalannya agak mencabar lebih-lebih lagi waktu senja. huhu

Seram juga sebab tak ada lampu jalan. Kereta pun tak banyak sepanjang laluan ke The Tip of Borneo. Mungkin sebab dah gelap kot kereta tak banyak kan.. Risau juga malam + hujan rintik + tak ada lampu jalan + jalan sempit + berlopak

Ada simpang 3 kalau straight ke Pekan Kudat, so nak ke Tip of Borneo kena masuk simpang kiri. Yeaaah dah nak sampai. Dah nampak signboard Tommy's Place tempat penginapan Hana .

Dalam waze macam dekat je rupa-rupanya masih jauh perjalanan. Gelap tak nampak langsung macam hutan sekeliling or kebun sawit macam tu.  Jalan tar tak berapa nak ok sangat dah macam naik kuda sudah. ngee

No servis. waze tah ke mana.  Tapi sebelum no servis waze menunjukkan ada 3 simpang lagi tapi tak pasti kiri ka kanan. Memang ikut kata hati Hana ja ni huhu Nasib Hana nampak signboard tempat penginapan Hana just berpandukan signboard.

Akhirnya smpai juga di Tommy's Place, Simpang Mengayau, Kudat. Tommy's place sesuai untuk orang yang nak relax dan santai-santai berhadapan dengan Laut Sulu. Malam tu tak berjalan pun sebab kawasan sunyi. Rehatkan diri tunggu esok pagi baru start aktiviti 'hiking'

Pukul 8 pagi selepas breakfast. Nak berjalan ka naik kereta? mestilah naik kereta.hehe Walaupun dekat tapi berhati-hati takut tak larat nak balik Tommy's place pula lepas tu. ngee. Nak berjalan pun boleh tapi kasut tak sesuai pula *alasan

Naik kereta tak sampai 5 minit pun sampai lah The Tip of Borneo, Kalau sudah smpai kat sini jangan patah balik pula sebab ada lagi penghujungnya kena jalan kaki dalam 10-15 minit nak ke hujung nun di sana. Bertabahlah, Nasib awal-awal tadi naik kereta. ngeee


Sepanjang perjalanan dari tempat park kereta smpailah ke The Tip of Borneo, Hana ditemani dengan seekor kucing oren. Erm.. Hana fikir ni penyambut tetamu kali ^_^ comel sangat Time nak ambik gambar oren tu nak juga interframe. boleh lah sebagai kenangan :)

Transport not allowed


Kalau dah jumpa tugu ni maknanya "Selamat Datang ke The Tip Of Borneo" 
Tahniah kerana berjaya sampai ke sini.. 


Jauhkan berjalan kaki..


Taadaaa...
Rehat-rehat jap
Satu hal pula nak balik ke kereta T_T

Dalam pukul 11 check out. Perjalanan menuju ke Kudasang pula, melalui Kota Belud.. Waah Kota Belud boleh tengok sungai lagi :)

Perjalanan nak keluar dari Tip of Borneo ni baru dapat tengok sekeliling. Sejuk mata memandang hijau sekeliling.  Disebabkan no servis, Hana pun terbalikkan laluan perjalanan Hana yang semalam tu. Ada yang terlajak simpang itu pun sebab perasan jalan makin mengecil, kecil dari laluan yang pernah dilalui, sepatunya makin besar. ngeee.. Ok Logik. hehe

3 orang dah komen :

AisNy said...

Entry yang menarik... teman tak pernah lagi sampai kat Kundasang nie...

Ann Ishak said...

sangat cantiknya the tip of borneo tu

aswadz said...

macam best je view kat sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...