Inspirasi dapurku


Hari tu Inspirasi ruang tamu sekarang dapur pula..

Dapur asal kecil dan memanjang kalau letak meja makan boleh la buat ala-ala table for 2 T_T tapi tak perlu risau laman belakang luas yakmat * memang target beli rumah nak laman belakang kiri/kanan depan luas pun. hahaha

So dapur yang sedia ada Hana nak buat dapur kering. Hanya barang-barang elektrik kabinet bertingkat-tingkat pinggan gelas cawan semua kat sini macam dapur hiasan gitu 😜 Plan nak buat bar table antara ruang tengah dan ruang dapur kering ni tapi open sangat so kita tukar plan buat bar table antara ruang dapur basah dan ruang dapur kering.

Bar table tetap ada tapi tak lah macam bar sangat habuan Hana nak duduk potong-potong bahan masak. Selalu tengok bar jenis open macam ni kan

Image result for ruang dapur bar table

Hana pula nak jenis yang tak beberapa nak open sangat. Soo tunggu le dapur rumah Hana siap dulu baru dapat tengok. ngeee

Disebabkan dapur asal yag kecil tu dijadikan dapur kering memang kabinet atas bawah wajib buat. Segala makanan snack dapat simpan dalam almari. Ruang letak peti ais, oven, microwave kena ada. Biar bersusun cantik-cantik nak guna tak perlu alih-alih lagi. Yang penting atas table top biar kosong je. Nama pun dapur hiasan 😜. Sebut ja atas table top kosong nanti adalah rak pinggan, penapis air lah T_T

Hana rasa selepas di buat kabinet segala benda, macam ni lah keluasan saki baki ruang yang tinggal tapi bukan design macam ni yee :)


Related image
By Google

Tema warna dapur kering warna hijau muda.  masuklah tu dengan perkakas elektrik nanti. ngee..



Ruang yang berbatu tu nak dijadikan dapur basah. Agak-agak batu-batu yang dah dipecahkan nak buat dapur tu boleh pakai lagi ke tak.. cantik kot huhu

Sistem dapur basah ni kita akan buat sistem open air memang Hana nak basahkan sungguh-sungguh 😆 Disebabkan belakang rumah Hana memang tak ada rumah orang lain so sesuai sangat nak open open ni boleh tengok laman belakang yang menghijau sambil masak kan?

Related image
Bestnya kalau dapat design macam ni :)

Tema warna untuk dapur basah warna hitam/silver/coklat baru menyerlah kehijauan di laman belakang tu :)

Kalau nak berdinding bahagian bawah sikit boleh ke tak :) tak lah penat mengelap cermin nanti. ngeee.

Lagi best kalau area dapur tu ada tanam pokok serai, pandan, cili, limau. kunyit, ulam-ulaman petik-petik masuk kuali. hehehe. Dah plan nak buat tanaman jenis masakan tu untuk satu ruang kecil :) harap menjadi. Hana suka tengok pelbagai warna hijau berbanding yang pokok berbunga-bunga. Kalau berbunga pun nak tanam pokok bunga melur tanam tepi kolam Bau semerbak ok. 

Cermin dapur tak perlu guna langsir nanti berbau masakan
Image result for penutup tingkap dapur

Guna macam ni baru cun. boleh atur nak pencahayaan sikit ke banyak ke buka terus ke tutup terus ke

Teringin sangat nak ada ruang mendobi kat bahagian belakang. Tunggu entri ruang mendobi pula ok :)

**Schedule entry

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...