Insprasi ruang tamu
Bulan 3/2017 tahun lepas dapat kunci rumah. Bulan 5 tahun lepas just tengok-tengok dan hantar defect ke pemaju. Hujung tahun lepas menikmati kemudahan yang ada seperti gimnasium, swimming pool, bawa anak-anak saudara ke taman permainan. Maklumlah tak ramai lagi orang yang berpindah masuk :) Lupa pula nak maklumkan, rumah Hana ni jenis rumah srata so banyak kemudahan dalam kawasan perumahan ni. Pondok guard pun ada, cctv pun ada, tukang kebun pun ada, bayaran untuk maintanance pun ada T_T. Tidak lupa juga waktu cuti dapat berkenalan dengan jiran-jiran baru yang sudah berpindah masuk. Ehem.. ada gak tengok jiran yang dah renovate rumah. Jelousnya...
Begitulah rutin Hana Bila dah berjauhan dengan rumah sendiri T_T Bila lah dapat duduk rumah sendiri. Tak sabar nak renovate dan deco-deco ^_^
Inspirasi ruang tamu
Ruang tamu + ruang tengah
Luas jugalah sebab dah bersambungkan tapi siling ruang tamu tinggi dari ruang tengah. Siling ruang tamu pun jenis condong macam bumbung rumah. Walaupun rumah ni siap dah ada wayar untuk 2 aircond tapi kipas tetap wajib. Nak letak kipas di ruang tamu macam tak cantik sebab tergantung sangat kipas tu. Nak rendahkan siling pun nanti nampak sempit pula lagipun ada ruang tingkap dekat atas.
Nampak tak tingkap tinggi tu
So plannya taknak rendahkan siling cuma nak tintedkan tingkap atas sebab pencahayaan banyak sangat di ruang tu. dengan sliding door di ruang tengah lagi macam "cahaya mentari di pagi hari, sinarnya kaburi pandanganku ini..." tapi memang nak tintedkan semua tingkap rumah pun. ngeee Plaster siling di keliling ruang tamu untuk letak lampu 6 biji macam tu. Tiba-tiba eh eh mana kipas? T_T masih tergantung panjang lagi selagi tak rendahkan siling . Lagipun Hana tak suka kipas selain kipas siling. Paham tak di situ
Ubah plan lagi so nak buat plaster siling macam ni
Design plaster silin di ruang tamu akan bersambung dengan ruang tengah macam dalam gambar tu cuma untuk rumah Hana nanti terbalikkan siling ruang tamu dalam gambar akan jadi ruang tengah dalam rumah Hana dan sebaliknya. Tingkap kat atas masih mantain.
Satle bab plaster siling
Sekarang plan pembahagi ruang tengah dan ruang tamu. Plannya nak buat kayu di tengah dan ada ruang kiri dan kanan untuk laluan tapi disebabkan plaster siling dah berubah tak dapat lah nak buat tema ala-ala kayu sangat kan. Kalau tak kabinet tv pun nak ala-ala kayu hipster gitu. So sekarang modenkan beliau. Partition pun nak semata-mata partition sahaja tak nak yang ada rak or ruang. Macam ni.. macam jee
Warna untuk ruang tamu dan ruang tengah sama cuma tak pasti lagi warna putih dengan warna apa. hehe..
Kan dah cakap awal-awal memang plan nak bertemakan kayu macam ni tapi ubah plan tukar kayu kepada ........ apa ye. kabinet macam ni perfect boleh dah nak copypaste . ngee
2 orang dah komen :
Best bila dah ada rumah sendiri ni. Boleh deco macam2. Duit je yang membataskan selalunya.
alaa ni malas ni kalau sbut duit hilang habis idea hahaha