Sudut i-THINK SK Sampadi


Sudut i-THINK SK Sampadi. Sebagai penyelaras i-THINK, tanggungjawab menyediakan sudut i-THINK diserahkan kepada Hana. Cewaaah...

Apa itu i-THINK? sebagai guru cemerlang, gemilang dan terbilang patut tahu apa itu i-THINK. Erm.. Hana pun beru berjinak-jinak dengan i- THINK ni. Ibu bapa dan murid pun patut tahu apa itu i-THINK..

Dalam entri sebelum ni ada Hana sentuh pasal i-THINK >KLIK SINI<

Program I-Think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Melalui i-think ni, murid-murid akan didedahkan dengan lapan jenis peta yang boleh digunakan untuk menghasilkan nota. Murid Pendidikan Khas kelas Hana pun mengunakan peta i-THINK tersebut.

Back to the topic...

Sudut i-THINK dah ada cuma 0 lagi. Maklumlah gurunya pun 0 dalam i-THINK. memang patut sudut tu pun 0 T_T
Sebelum

        

Perkara PALING MENCABAR nak hias sudut ni

 Sudut yang luas
- Masa tu idea memang 0 tak tahu apa yang nak diletak kat sudut tu. Bahan-bahan pun seciput ja.

 Masa singkat
- Lepas cuti seminggu 18/9 - 27/9 dan buka sekolah hari Isnin tapi disebabkan jerebu sekolah cuti pada hari Isnin tersebut. Tinggal 2 hari untuk Hana siapkan sudut i-THINK. Belum kemaskini file i-THINK lagi tu.huhu Sempat ke tak ni nak siapkan sudut. 2 hari lagi ada pelawat nak datang T_T. Pelawat datang betul-betul jatuh pada hari yang Hana pi Bengkel Pend. Jasmani Suaian tu. Waduh.. gimana sik.

 Background cermin
- Kalau nama pun cermin, mestilah lincin, permukaan berminyak dan kalau hujan ada kesan wap air gitu. Tak terlintas langsung Hana nak lap semua cermin tu dulu. Asal tampal benda ja mesti jatuh. letak double tape putih/hitam pun tak jalan gak.. Ada juga part Hana letak gam gajah.. pun jatuh. Ops...

Tapi bila dithinkan (suka hati Hana ja wat perkataan macam tu huhu). Segala masalah dapat diselesaikan

 Sudut yang luas
- Hana letak hiasan yang besar-besar. Wahahahaha.. Baru nampak penuh. Bukan hiasan semata-mata hiasan ye kawan-kawan. Ada la sikit-sikit bahan kat hiasan tu :)

         
 Masa singkat
- Disebabkan Hana balik Kuching untuk sesi persekolahan hari sabtu sebab uruskan kereta (Melayang RM580 stereng rack punya pasal + 3 jam tunggu baiki). Bila dapat tahu Isnin tu cuti sekolah. Hana rasa macam "Adoi cuti pula..macam mana nak hias sudut ni. Ingat sekolah dekat ke.. sejam kot'' Nampak tak Hana tak suka cuti time tu huhu. Dah habis Hana fikir. Akhirnya, Hana pergi juga sekolah hari Isnin dalam pukul 8 pagi untuk buat sudut I-Think. Segala bahan untuk diliminit semua Hana buat kat sekolah. Nampak tak kegigihan terserlah di situ. ngeee...

 Background cermin
- Macam mana tak nak bagi bahan-bahan jatuh ni T_T memang tak dapat buat apa-apa. nak gantung pun tak dapat. Padahal time tu dah Hana lekatkan semua hiasan dan bahan. Tapi tak kukuh. Tunggu masa nak jatuh ja. pergi bilik guru nak liminit bahan dan balik semula ke sudut dah bahan yang ditampal jatuh T_T stress oo... Lagipun kat situ laluan angin. Memang skali angin tiup. shuuuuu... confirm jatuh *bunyi angin tu penting. Dari pukul 8 sampai pukul 12tengahari asyik letak segala tape ja.bukan tape video tu yee tapi tape doubletape, saletope segala. hehehe

"Kak Anis (kerani sekolah), macam mana nak lekat bahan-bahan kat cermin"
"Cuba pakai doubletape ni, kuat rasanya"


Dengan pantasnya Hana buang balik bahan-bahan dan lekat dengan doubletape kuat tu. Sempat juga Hana lap cermin yang nak dilekatkan bahan :) Memang kuat tape ni.. Kenapalah tengahari baru nak pi tanya Kak Anis. Kalau tau awal dari awal pagi Hana dah guna tape tu T_T Terasa dipermainkan oleh cermin pula. huhu sabar jelah.

                                                     

                                                      

                                                      

Tadaaa... Dah siap. Tapi tak siap sempurna lagi. sebab ada penambahan bahan-bahan sikit nanti :)
                                                                                                                                                             

Perancangannya nak balik sekolah pukul 1. Tapi kusyuk buat sudut i-THINK, tak sedar dah lepas jam 1. Hana balik pukul 2setengah macam tu.. sempat Hana makan durian guru besar bagi. hehe

Entri Bengkel Pend Jasmani Suaian gedebabom pula lepas ni. ngeee

4 orang dah komen :

Ako Si AiN said...

Hye kak hana lma nya xsinggah sini huuu .
Ingat ain lg idok kikiki

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk ceria sudut i think tu =)

Aisya Ahamad said...

Bila dah siap nampak cantik! Hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh khms ya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...