Persahabatan kekal
Persahabatan kekal. Dulu semasa Kami form 4 dan form 5 (2005-2006) di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP). Walaupun kenal tak sampai 2 hari kami sangat rapat (time daftar) Sampaikan kawan-kawan lain masa tu sangka yang kami dah kenal lama :) so kalau kawan-kawan lain tanya mesti kami jawab "kami dah kenal 5 tahun dah" Yelah kelas lain, dorm pun lain, perwatakan pun lain macam mana lah boleh rapat kan :)
Yanie, Hana , Awien
Terima kasih Yanie dan Awien kerana menjadi sahabat Hana sampai sekarang
Just psikologi tapi memang betul. Kawan IPG selamat 5 tahun setengah (2007-2012) pun tak kekal rapat sampai sekarang (2016)
Masing-masing dah kenal family masing-masing. Kalau cuti hujung minggu mesti ikut turn minggu ni nak balik rumah siapa..Selalunya rumah Awin la sebab rumahnya di Penang berbanding Hana dan Yani yang duduk di Kedah.
Sulung, tengah, bongsu
Hana tak kan lupakan kenangan kita bersama.
Bulan-bulan puasa ni teringat juga Hana ketuk pintu bilik lagi nak kejutkan Awien dan Yanie bangun nak sahur sama-sama. Terganggu pula rumate lain nak nak tidur. Walaupun bilik lain-lain keakraban kami bertiga memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Sampai berbuka puasa pun sekali, jarang nak join dengan rumate masing-masing (2006). Ada hari-hari tertentu malas betul diorang nak bangun, kejut juga paksa bangun huhu "Awien cuba senyum sikit nak sahur ni"
Almari baju Hana, Yanie yang kemaskan.. segala kertas nak tampal kat dalam almari pun dia yang buatkan.. Kalau Hana ni jenis yang berkemas, Yanie ni double kemas dari Hana. Tersusun rapi segala baju mak nenek Hana semua. Nak basuh baju pun kalau ada ruang mesti nak sekalikan dengan diorang ni. jemur baju lipat baju semua sekali. Baju sekolah Yanie dan Awien mesti letak nila selepas basuh baju. Dengan baju-baju Hana sekali diorang nilakan. memang nampak elok ja baju lepas nila. Feztime Hana tengok cara nilakan baju. ngeee Sekarang ada lagi ka nila kan baju sekolah ek.. Lepas tu Awien yang ajar Hana lipat stokin bagi jadi bentuk bulat supaya stokin yang sebelah lagi tu tak hilang. Ermm... Sekarang ni pun asal Hana basuh stokin nak jemur mesti hilang sebelah. Belum sidai dah hilang apatah lagi nak lipat memang confirm-confirmlah sebelah lagi tak ada stokin, macam mana nih. Mesin basuh makan stokin kali T_T
Tolong sikatkan rambut Hana. Perbetulkan tudung. Stail Yanie jenis muncungkan tudung bahagian atas. Asal pusing tengok Hana "Hana muncung dak tudung (sambil mungcungkan tudung dia)" Kalau tak muncung Hana tolong muncungkan :) Baju kedut pun diorang tolong ironkan. Hana yang memang sedia teliti dalam meng'iron' baju ni pun ada lagi kedutnya Bab-bab makan ni dah tau dah kawan ni tak boleh makan apa, suka makan apa.. Kalau salah seorang kami sakit mesti kami jaga dia sampai tidur kat bilik dia.
Nak turun makan pagi tengahari, petang dan malam pun kami pergi sama-sama. Tak makan pun just teman pun ok :) Tunggu kelas diorang habis baru pergi makan sama-sama. prep sama-sama walaupun lain-lain cos. Lama tak dengar perkataan prep.. Pham kan prep tu apa..
Sweetnya kami masa tu hehe
Ada menyatakan bila kira berkawan bertiga, salah seorang daripada tu mesti rasa sedikit tersisih right Yaa memang betul tak dapat di nafikan. Kami bertiga ada juga perasaan macam tu *Macam Hana ja yang ada perasaan mcam tu. ngeee..Yelah bila dah kami bertiga rapat kalau macam perasaan tu lain sikit mesti akan perasan.Kedang-kadang asingkan diri jap. Tak sampai sejam pun mesti ok balik. dengan siapa lagi nak berkawan gelak tawa sama-sama kalau bukan dengan diorang ni. ngeee Hana pun ada juga perasan kalau salah seorang dari kami macam tu. Tapi ignore je nanti ok balik tak pun salah seorang dari kami mesti akan tanya kenapa...yang penting tak ada pun memburukkan antara satu sama lain. cuma perasaan ja tu.
Harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :)
6 orang dah komen :
tetiba rindu kat kwn kawn yg duk jauh..huu
Indahnya sebuah persahabatan bila masing-masing mampu memberi peranan sebagai sahabat. Ikatan menjadi kukuh dan indah untuk sama-sama dirasai.
persahabatan yg ikhlas akan berkekalan selamanya.. semoga persahabatan kita juga xkn terputus
oo..dak ipg..
Tiba2 teringat kat kawan sekolah pulak.. huhu
kawan yang baik susah dicari.. treasure them as long as you can :)