Tips melancong ketika bulan puasa
Tips melancong ketika bulan puasa
Selamat sejahtera... Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya 😊
Jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk membataskan aktiviti pelancongan anda. Even dalam negara pun di kira melancong juga tau :) Mengisi waktu di bulan puasa dengan melancong boleh dijadikan satu alternatif yang menyeronokkan berbanding kita bermalas-malasan di rumah.. Ye ke idok ????
Hana pun dalam perancangan nak melancong ketika bulan puasa. Pernah sekali Hana melancong ke Cameron Highland dari Kota Bharu pada hari pertama bulan puasa. Waaah menarik bukan... Tapi kali ni mungkin lebih jauh sikit. Luar negara mungkin. Insyallah... Boleh merasai dan melihat sendiri suasana di bulan puasa di tempat orang kan.
Tips melancong ketika bulan puasa
Pastikan tahap kesihatan anda berada di tahap maksimum. hehehe Nama pun melancong, bulan puasa pula tu..
Pemilihan destinasi yang sesuai. Kalau pergi negara yang ada 4 musim. Pastikan musim tu sesuai dengan anda, Ada musim waktu siangnya panjang dari waktu malam dan sebaliknya.. Kalau terlalu sejuk pun tak elok juga kan tapi boleh ja.. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan..
Tempat berbuka puasa yang halal. Ada sesetengah hotel siap dengan dapur, boleh la bawa bekal dari Malaysia macam sardin ke sambal ikan bilis atau pelbagai jenis bahan kering kemudian masak di sana. Kalau tak nak juga. google lah dari awal mengenai tempat makanan halal yang terdapat di destinasi anda. Ada juga yang berbuka puasa di masjid. Boleh juga merapatkan hubungan sesama manusia kan :)
Jangan tertinggal waktu sahur. Makan di waktu sahur dapat memberi tenaga sepanjang hari. Percutian anda mesri memerlukan perjalanan yang panjang. Oleh itu, pentingnya waktu sahur untuk mengelakkan anda terlampau letih. Contohnya makanan yang memberikan anda tenaga ialah kurma, pisang, nasi, kentang dan yang paling penting air mineral.
Jadikan pelancongan ini satu cabaran untuk kamu semua :)
Happy Teacher's Day 2017
Family punya wish Hari Guru T_T.... :)
Happy Teacher's Day 2017. 16 Mei 2017. sambutan Hari Guru di adakan di sekolah Hana. Sambutan tersebut sepenuhnya di handle oleh PIBK aka PIBG sekolah. Tak seperti tahun-tahun lepas yang dikatakan seperti guru "syok sendiri" T_T Tahun 2017 memang kami guru-guru tidak tahu langsung apa aktiviti yang akan dilakukan pada 16 Mei tersebut. Tema yang ditetapkan ialah pakaian tradisional
Kami diarak dari pagar sekolah ke dewan. Seorang demi seorang guru akan naik ke atas pentas
Me in Kebaya Nyonya
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tunggu masa nak berpeluh ja ni. ngeee
Majlis dimulakan dengan persembahan "Selamat Datang
Ikrar guru serta nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang".
Tak sabar nak potong kek
Persembahan dari Prasekolah
Anugerah Guru
Undian daripada murid-murid
Anugerah Khas dari Guru Besar. Kreatif sangat.ngeee
4 guru pilihan membuat persembahan nasib bukan Hana
Syair dan nyanyian
Persembahan dari ibu bapa dan komuniti
Anugerah dari Sekolah Amanah dan Pihak Felda
Persembahan Bicara Berirama
Di akhiri dengan persembahan gendang bermukun. Betul ke tak bermukun tu huhu
Memang package sekali menari ke camna
Di Sarawak ja kot. Sebelum ni tak pernah tengok pun
Kena tarik oleh penari. Nak tak nak try je lah. feztime tu.. Tapi Hana menari macam gaya joget zapin daaa.... Nampak tak Hana dapat aplikasikan apa yang di ajar time Bengkel Asas Tarian tahun lepas. hahaha
Luar majlis. hehe
Memang package sekali menari ke camna
Di Sarawak ja kot. Sebelum ni tak pernah tengok pun
Luar majlis. hehe
Happy Mother's Day
"Happy Mother's Day, Mak"
Itu kanak-kanak belum masuk zaman remaja. naik tangga cuci sawang . Yang paling best naik atas bumbung nak tutup tangki air. Macam tu rupanya bila berada di atas bumbung :) Feeling ala-ala cerita oversea, anak merajuk je duduk melayan perasaan kat bumbung.Ngeee..
Rupanya semua tu menjadikan Hana seorang tabah dan independent.
"Selamat Hari Ibu, maa"
Selamat sampai suprise delivery kat maa. Maa memang terbaik.. Teringat ayat maa "Tak kisah pun tak pandai masak janji nak belajar masak". Terima kasih Maa sebab selalu masak ikan cencaru sumbat untuk Ana. Yang paling Ana tak boleh lupa maa masak nasi dagang ikan tongkol. "Maa kejutkan Ana nanti time nak masak nasi dagang". "Nak masa nasi dagang yang sebetulnya kena 3 kali kukusan". Rupanya maa start masak pukul 3 pagi. Patut maa tak kejutkan pun T_T. Pukul 8 baru Hana bangun T_T Sempat tengok step kukusan terakhir ja. Kali ke dua buat nasi dagang memang dapat tengok full version. Hoooyeee tu pun tahan mata nak tau masak nasi dagang macam mana. Tapi best juga la pengalaman baru :)
THINK FIRST
Think first while YOU say something. Your words make me hurt and never forgive you. NEVER...
Tabiat harian punca anda gemuk !!!
Tabiat harian punca anda gemuk. Walaupun kita sudah jaga cara pemakanan, kurang mengambil makanan manis fastfood, senaman setiap hari tapi masih macam tu juga.
berikut merupakan 5 tabiat harian punca semakin gemuk.
Tidur terlalu banyak.
Biasanya kurang tidur yang menjejaskan kesihatan kita kan. Tetapi sebenernya terlebih melebihi 10 jam tidur juga oleh menyebabkan indeks jisim badan lebih tinggi. Sebab itu lah doktor syorkan untuk tidur 7 - 9 jam setiap hari :). Check
Sering bersiap dalam gelap
Tidak mengemas katil
Kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan, mengemas katil dikatakan mendapat tidur yang lebih baik. Tidur yang sihat merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat. Check
Kerap menimbang berat badan
Masa terbaik untuk menimbang berat adalah pada waktu pagi sebelum makan dan minum kerana anda telah kehilangan berat air semalaman. Anda akan mendapat nombor yang paling tepat. Tak pernah timbang pun. Main agaknya berat berapa T_T
Mengambil sarapan terlalu sedikit