Melangkap, Kota Belud


Melangkap, Kota Belud

Kota Belud terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.. Permandangan yang sangat cantik. Memang tidak mengecewakan Hana sepanjang Hana melancong ke Sabah dari utara selatan timur barat semua sudah. Apa yang Hana tengok dalam gambar dalam video itulah yang Hana lalui sepanjang berada di sana. No edit.

Berbalik kepada tajuk entri Hana 'Melangkap, Kota Belud' . Melangkap salah satu tempat yang menarik dan wajib pergi tau...

Perjalanan Hana dari Jeti Menumbok (dari Labuan) nak ke Kudat nun jauh di atas Sabah. Hana panggil telinga Serigala :)


Pejalanan mengambil masa 5jam lebih dan akan melalui beberapa daerah seperti Papar, Kota Marudu termasuklah Kota Belud sebelum sampai ke Kudat. Itu yang singgah dulu di Kota Belud. Tak ada niat pun nak singgah Kota Belud baget nak terus ke Kudat tak nak terlepas pemandangan sunset. Google apa yang menarik di Kota belud dan terjumpalah Melangkap ni.

by google
Nak ambik gambar macam ni berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

Waaaahh.. cantik-cantik singgah lah dulu di Kota Belud :) Nak ke Melangkap ni cukup mencabar ala-ala liku-liku kehidupan gitu.. Sampai terkeluar lah ayat

"Ish.. mana tempat ni, dalam waze kejap ja sampai" 
"Salah tempat kot ni"
"Jauhnya menyesal pergi"

Tapi Hana percaya yang jauh dan mencabar ni mesti tempat dia super duper cantik

Masuk ke kawasan Kampung Melangkap, sudah nampak sungai. Sangat-sangat cantik dan jernih. Betul sudah tempat ni tapi tak nampak Gunung Kinabalu lagi.. Hana pun teruskan perjalanan liku-liku kehidupan lagi sampailah ke Polumpung Melangkap View Camp Site.

Waaaah.. Hana suka tempat ni tempat rekreasi perkhemahan (boleh sewa keperluan untuk berkhemah), flying fox, boleh lah google apa yang menarik. Hana tengok gambar pun buat jelous tau. Part paling jelous "Bayangkan berkhemah di tepi sungai waktu malam dapat tengok bintang, dengar bunyi air sungai mengalir. Buat bbq pula tu Aishh.. ini tak boleh jadi huhu"

Setibanya Hana di sana dalam pukul 4 petang macam tu.

Dengan seluar pun basah. mana dapat tengok ja kan mesti nak berendam dalam air.. Sejuk ooo... time lenguh duduk dalam kereta 3 4 jam, dapat relax-relax kat sini memang best  :) Tenang hidup padahal nak ke Kudat perjalanan 2 3 jam lagi . ngeee

Tapi itulah mana Gunung Kinabalu. huhuhu Hana memang fikir ini salah tempat kot tak sama macam dalam gambar Hana search. Tah-tah kat depan lagi kot tapi diorang dah pagar tak boleh masuk lagi depan. Tak da rezeki kot nak ambik gambar sungai berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Lama juga Hana duduk kat sini tengok orang buat aktiviti, tengok orang naik flying fox dari atas bukit mana tah tiba-tiba ada orang menjerit naik flying fox lalu menyeberangi sungai. Ini menambahkan lagi kejelousan Hana huhu

Ok cukup time boleh gerak dah ke Kudat. Tukar seluar dalam kereta ja nasib kereta besar tinted pun gelap. Itu pun mau 30minit baru siap hahaha kemudian relax-relax jap tengok pemandangan kali terakhir sebelum gerak..

"Eh eh.. tu macam Gunung Kinabalu ja tu"
Puas ditenung.Eh, kabus ka tu, tadi macam tak da kabus.

"Hey betol la tu"
Rupanya Gunung Kinabalu ditutup kabus T_T


Yeaaah.. nampak keceriaan di situ :)   Tempat ni Hana ceroboh pagar baget tak nak nampak titi. ngeee baru Gunung Kinabalu tak terlindung dengan titi. Balas dendam kat kabus yang tadi . hehe Clear ja nampak kan :)

Seluar dah tukar tak dapat nak duduk masuk dalam air lagi.ngeee alagipun air sungai ni cetek sikit berbanding air yang Hana berendam tadi.

Kepada sesiapa yang ke Kota Belud jangan lupa singgah Kampung Melangkap. Tak menyesal punya walaupun perjalanan nak ke sini sangat mencabar dan jangan panik kalau tak nampak Gunung Kinabalu. hahaha

Bila di fikir balik. lawak pun ada. Macam di permainkan oleh kabus. Baru nak cakap gambar yang di search tu diedit bagi cantik-cantik ada Gunung Kinabalu, air jernih bagai. Rupanya tanggapan Hana salah. Dan kabus tu sengaja nak melindungai kecantikan pemandangan Gunung Kinabalu :) Tak sia-sia lama relax-relax di Polumpung Melangkap View Camp Site :)

     
Hai kabus
Kalau view time duduk tu nampak Gunung Kinabalu mesti cantik. Dengan orangnya sekali pun bertambah cantik hahaha

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...