Self-Reward


Kerana diriku begitu berharga. Ceaah iklan apa tah. Alasan untuk memberikan reward untuk diri sendiri.

Bak kata Irfan Khairi
Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri. 
Sebenarnya ramai sudah buat perkara ni kan. So hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri bukan hanya dengan kepuasan tetapi dengan material, benda yang boleh kita nampak macam jam, beg yang bernilai sikit harganya berbanding benda-benda yang lain.

Ada juga self reward dengan mencari ketenangan macam pergi spa, massage, holiday dan lain-lain.

Tak lupa juga rewardkan diri pergi berhibur dengan rakan-rakan. Belanja makan rakan-rakan. Best juga kalau ramai-ramaikan hilang stress.

Hana? Ermm.. Hana rewardkan diri Hana dengan tidur. Sebenarnya Hana tak tau apa yang Hana inginkan. Macam tak ada ja. Kalau ada pun tak boleh sebab dilarang keras T_T. Insyallah satu hari nanti pasti ada tapi bila??? susah nak jawab

Tapi Hana suka bagi hadiah or sesuatu dekat orang lain. Suka tengok orang lain happy. Biar lah tak seberapa pun. Yang penting ikhlas tanpa sebab apa pun. Boleh lah dijadikn self reward mengembirakan hati orang dan diri sendiri pun happy tengok orang lain happy :)

Gaji pertama? bagi kat mak abah. untuk diri sendiri? Ermm... ada ke? Lebih kepada simpan dan yang paling penting mesti bayar bulanan kereta sendiri bukan macam sebelum ni abah yang bayarkan. Sudah ada komitmen bayar bulanan kereta. ngeee

Tapi tadi entah macam mana masuk satu kedai ni.. Nak beli barang untuk orang lain. Terbeli pula untuk diri sendiri. Suka-suka bkan nak sangat pun sebab yang lama masih ada lagi. Bayar tinggalkan jap pergi tempat lain. dalam 15min masuk kedai tu semula ambil barang. Jom balik..

Sampai rumah


Alololo berbalut pula. Bila dah berbalut macam ni rasa suprise pula padahal dah tahu benda apa. hehe Nie yang buat sayang nak buka ni..

2 orang dah komen :

Ann Ishak said...

jangan tak bukak2 pulak hadiah tu nanti :D

Fatin Shahrizam said...

Seronoknyaa! Sesekali reward kan diri sendiri kann ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...