Pelangi selepas hujan
Hidup ini pernuh dengan warna-warna. Ada yang cantik dan ada yang comot. Bersedialah menghadapi segala kemungkinan kerana hidup tidak selalunya indah.
Seringkali hati kecil mengeluh. Seringkali jiwa merantap hiba. Dugaan dan ujian datang bertimpa-timpa menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan dipinggirkan. Ketika itu kita menyangka sudah tiada yang bernilai dalam kehidupan.
Tetapi kita tidak salahkan sesiapa dan menerimanya sebagai nasib kehidupan.
Namun
Langit tak selalunya biru. Matahari tanpa hujan
Tapi Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang?
Hanya daripada benih yang hitam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan
Kita tidak menharapkan sesuatu tetapi dengan hanya kesabaran kita dapat merasai kemanisan kehidupan. Timbulnya pelangi selepas hujan umpama hadiah buat kesabaran
Biarpun hujan, pasti akan ada pelangi yang menanti
0 orang dah komen :