Alat untuk melipat baju


Alat untuk melipat baju satu alat yang di cipta untuk mengajar anak-anak untuk melipat baju sendiri. Sebenarnya sudah lama alat ni. Korang mesti pernah tengok kan alat ni. Alat untuk melipat baju di perbuat daripada 100% kotak.hehe

Sebagai Guru Penyelaras Susu Sekolah, segala kotak-kotak susu yang tidak digunakan (bukan kotak susu yang kecik-kecik tu ye) boleh di kitar semula menjadi alat untuk melipat baju.

Baarisss....!!!! Time bagi susu kotak kat murid :P
Haaa yang kotak warna koko tu yang nak diguna tau

Ehem.. lagipun Hana kan Guru Pendidikan Khas boleh juga alat melipat baju ni dijadikan bahan pengajaran untuk subjek dalam Pendidikan Khas. Haa.. nampak tak kebijaksanaan di situ. hahaha Tak kira lah guru subjek apa pun, ibu bapa ke boleh je buat alat melipat baju ni.. Bukannya khas untuk Pendidikan Khas pun

Sebelum memulakan proses membuat alat untuk melipat baju. Kita kita buat aktiviti panaskan badan dulu tau.huhu ok mula-mula... buat peace and take a picture


Ni ja aktiviti panaskan badan. Senang kan.. hehe

Untuk menghasilkan alat melipat baju ni, Hana perlukan 4 kotak susu. Murid Hana ada 4 orang, so Hana perlukan 16 kotak susu.

Ukuran untuk membuat satu alat melipat baju 

Garisan putus-putus tu untuk penyambungan. 

Mudah je buat alat melipat baju ni. Cuma ketelitian diperlukan untuk mengukur setiap inci kotak-kotak tersebut. Bab-bab mengukur ni keja Cikgu Hana le :)

  
Teliti teliti Hana pun masih ada kesilapan dalam pengukuran T_T

    
Kerja-kerja memotong dan penyambungan murid Hana yang buat :). Erm... ketelitian untuk membuka salotape pun diperlukan hehe

Cikgu sebagai pemudahcara :)

Inilah hasilnya


Disebabkan terdapat sedikit kesalahan dalam ukuran, Alat tersebut akan jadi bertindan macam dalam video tu. Tapi still boleh pakai dan menghasilkan lipatan yang baik :)

Siap untuk 3 alat untuk melipat baju. Kesian seorang murid Hana tak dapat sebab tak cukup kotak.huhu

P/s: Hana dengar alat melipat baju ada jual kat kedai. Sampai sekarang Hana tak pernah jumpa lagi

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2014


Seminggu sudah majlis sambutan Hari Guru peingkat sekolah selesai. Macam terlambat ja kan Hana buat entri ni. hehe Mood ke laut dah Hana maklumlah 2 3 hari lagi dah nak cuti pertengahan tahun. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dia adakan pada hari Isnin 19hb Mei 2014

Pertama sekali semestinya gambar tuan empunya blog dulu

Hana di tugaskan sebagai AJK persembahan murid. Selesai latihan terakhir untuk persembahan, sekarang giliran untuk susun atur murid pula

Seperti biasa,Setiap majlis akan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan dan ikrar murid


Apabila selesai semua tu. Kami cikgu-cikgu menyanyikan lagu Guru Malaysa dan Pendidik Bumi Kenyalang. Pertama kali Hana dengar lagu Pendidik Bumi Kenyalang. Nasib ada lirik kalau tak memang Hana kena buat miming muka jelah. hehe Selepas nyanyian kami membacakan ikrar sempena Hari Guru 

 Acara memotong kek pun bermula

  
Tak sangka kami mendapat sponser kek daripada pelbagai pihak. Yang kek besar di tengah tu di sponser oleh Bank Rakyat Satok. 3 kek yang lain di sponser oleh Recret Recipe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...