Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2014


Seminggu sudah majlis sambutan Hari Guru peingkat sekolah selesai. Macam terlambat ja kan Hana buat entri ni. hehe Mood ke laut dah Hana maklumlah 2 3 hari lagi dah nak cuti pertengahan tahun. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dia adakan pada hari Isnin 19hb Mei 2014

Pertama sekali semestinya gambar tuan empunya blog dulu

Hana di tugaskan sebagai AJK persembahan murid. Selesai latihan terakhir untuk persembahan, sekarang giliran untuk susun atur murid pula

Seperti biasa,Setiap majlis akan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan dan ikrar murid


Apabila selesai semua tu. Kami cikgu-cikgu menyanyikan lagu Guru Malaysa dan Pendidik Bumi Kenyalang. Pertama kali Hana dengar lagu Pendidik Bumi Kenyalang. Nasib ada lirik kalau tak memang Hana kena buat miming muka jelah. hehe Selepas nyanyian kami membacakan ikrar sempena Hari Guru 

 Acara memotong kek pun bermula

  
Tak sangka kami mendapat sponser kek daripada pelbagai pihak. Yang kek besar di tengah tu di sponser oleh Bank Rakyat Satok. 3 kek yang lain di sponser oleh Recret Recipe

Acara yang di tunggu-tunggu telah tiba.

Kami di hiburkan dengan persembahan murid. Kalau nak di bandingkan sekolah menengah memang jauh bezanya. Kalau sekolah menengah cikgu-cikgu di beri kejutan demi kejutan. Kalau sekolah rendah, segala perjalanan majlis, guru yang handle 

Tercapai juga Hana nak pentaskan pentomin bertajuk "Cikgu Milah" ni. Fuh pentaskan terus...

   

Sajak "Matahariku" di sampaikan oleh adik Markenzi. Di sebelah kana pula, persembahan Tiru Gaya Guru. Memang best lah. hehe

Taaadaaa...

Cikgu Hana junior
Adik Karisma murid tahun 2 meniru gaya Cikgu Hana. 

Selesai majlis, kami bergambar kenang-kenangan


P/s : Gambar menguasai ruang entri. hehe maklumlah mood mengantuk sekarang ni, di gagahi juga jari jemari Hana menari atas papan kekunci ni


7 orang dah komen :

nae nematoda said...

adik karisma tu, sangat comel...mata bulat cam patung...comelnyaa :D
tetiba teringat sambutan hari guru, masa sekolah rendah dulu...:)
selamat hari guru, untuk cikgu Hana :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah meriahnya sambutan hari guru :-)

Niesa said...

adik karisma comel mcm cikgu hana jugak!hahaha..seronok tgk sambutan hari guru..

Tihara said...

meriah juga yer hana
bestnye jadi cikgu :)

Sham said...

waa macam meriah jer... macam meriah jer...
sekolah kitorang tema arabian... hihihi...

Cik Itah@RRP said...

salam. wahh..meriah sambutan

PearlVelvet SueQys said...

best2. Saya dtg singgah bila cuti2 sekolah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...