Hangout with housmate - The Amazing Spider-Man 2 (2014) in 3D


The Amazing Spider-Man 2 (2014) in 3D. Filem yang Hana nanti-nantikan. Hana tak nak komen pasal filem ni. Korang tengok dan nilai sendiri ok. Hana cuma boleh bagitau 'Woooww' ja. hehe lebih-lebih lagi bila tengok filem ni dalam bentuk 3D.hehe


Hana servey tiket dan memilih tarikh 3 Mei 2014 pukul 2.50 petang untuk tengok The Amazing Spider-Man 2 in 3D. Disebabkan hari Sabtu, memang jalan tersangat-sangat lah jem ditambah pula dengan hujan. Dalam hati "sempat ke tak tengok The Amazing Spider-Man 2. Semangat berkobar-kobar nak tengok tapi tak kesampaian kang lebur hati ni siapa yang susah. Diri sendiri juga yang susah" . Korang nampak tak semangat ke'spider-man' Hana di situ :)

Sesampainya tempat yang nak dituju, Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Terpaksa pula berbaris panjang nak beli tiket. Nak beli tiket online kena daftar segala bagai. malas hana. hehehe. Demi menunaikan hajat di hati nak tak nak kena beratur juga. Panjang pun panjang lah janji hari ni dapat tengok The Amazing Spider-Man 2. Tapi kami bernasib baik sebab sempat membeli tiket 5 minit sebelum filem tu nak start.

Hana beratur
diorang sempat posing. Ini tidak adil.hahaha

Spiderwomen

OK
Yeaaah selamat menonton

Boleh pakai sebagai sunglass ke tak ek.. :P

Lepas habis ber'spider-man'. Kami ukur bangunan Baitumal Kuching. Cari tudung dan baju katanya.hehe Tapi sebelum tu perut kena isi dulu. Lapar tahap gaban tak makan dari pagi. Pukul 7 baru nak makan. huhu. Pekena nasi beriani.Opss.. tak ter'snap' pula gambar. Lapar punya pasal

        

Next destination, kami ke Satok, cari tudung sebab tudung di baitumal tak ada yang berkenan. Lepas tu, kami ke Choice Ria Samariang, beli barang sikit. Memang sikit pun. 1 barang je..

Destinasi terakhir, balik rumah sebab dah pukul 9.++ malam. Alang-alang nak balik rumah, kak housemate ajak cari Penview Inn tempat berkursus hari Selasa ni. Ok best juga ambik angin malam. Tenang rasa jalan tak sibuk. Penview Inn tak jumpa tapi Penview Hotel tersergam indah kat tepi jalan tu. Mungkin Penview yang sama kot.


12 orang dah komen :

nyanyisunyi said...

Malam tadi anak bujang pegi tengu citer nilah...kalau ibu ajak bertuahlah dia nk pi sama huhu

Bahrain said...

Mesti best filem spiderman tu...

Cikgu Norazimah said...

lama tak jejalan di kuching, teringat lak zaman kat unimas, bestnyer !

JOM JOIN : FREE lipstik Mary Kay ;)

http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/saya-nak-lipstik-marykay

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah seronok berjalan-jalan dengan kawan-kawan.

weschairs said...

Oh ingatkan review citer spiderman tadi...

Sis Vee said...

anak buah saya x pernah jemu tgk spiderman ...

aTieYusof Family said...

wahh...bestnya tgk spiderman..Kak belum berkesempatan nak tgk.. tgk dgn kawan2 lagi best kan...:)

Fiza Rahman said...

Berjalan sakan yerp ☺☺

Cik Itah@RRP said...

salam. belum tengok lagi..

ANNA MARIANA said...

anna pon dah tengokkk...
best giler kan..

sal ya said...

Anak2 suka la tgk spiderman nih.

Nick Nashram said...

nanti kalo ada The Amazing Spider-Man 3, mohon hana belanja 1 tiket..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...