Happy Ramadhan
Happy Ramadhan

2 kali sudah Hana menyambut bulan Ramadhan di Bumi Kenyalang di mana waktu berbuka puasa lebih awal berbanding di semenanjung.
Tak berkesempatan nak komen rakan blogger. Tapi apa-apa pun Hana tetap baca entri korang tau. Smartphone penyelamat keadaan :)
Sebut pasal smartphone ni, ada satu perkara yang betul-betul Hana rasa nak muaah-muaah smartphone tau.
Sedang Hana outstation :P (luar makan angin), tiba-tiba ada satu meseg ni meminta Hana menghantar satu tugasan penting berkaitan dengan pengurusan sekolah dalam bentuk sofcopy (emel) tarikh akhir ESOK!!.
"What?? Esok!! Dah kenapa last-last minit baru nak bagitau, kat mana nak cari cybercafe nie, Argghhhh... jem terus"
Tarik nafas.. hembus nafas...tarik nafas.. hembus nafas..
15 minit berfikir sambil jalan-jalan menghirup udara segar. Tiba-tiba tangan ter'automatik' tepuk dahi sendiri.
"Ko tu Hana kenapa tak check emel dalam handset ko tu ja, Hana Hana"
"Yalah kan, handset canggih tapi tak terguna"
Dah kena berleter kat diri sendiri T_T
Lepas buka emel, terus tahu pasal maklumat tu, Dan sebenarnya dah lama dia minta maklumat tu tapi biasalah lah emel sebulan sekali belum tentu buka :P Nasib maklumat pasal pengurusan tu dah Hana download dalam handset. Kiranya just attachfile and terus hantar ke pihak pengurusan. Yeaaah dah satle.
Disebabkan semata-mata attachfile jadi ada lah ruang kosong di tempat tulis emel tu kan So Hana pun type le "Maaf, atas kelewatan" :P
Sejak peristiwa tu,Hana dah ada tugas baru iaitu buka emel selain daripada buka blog korang setiap hari T_T
P/s : panas na aritok..
Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa
Orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
Memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri
Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa, ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata).
Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.






