Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa




Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa. Sebelum itu, ada dua tujuan dibenarkan memakai kanta lekap mengikut Islam

 Tujuan perubatan
Orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

 Tujuan perhiasan
Memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri 

Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa, ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata).

Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.



5 orang dah komen :

Husna HyunaRae said...

Wow nice info :D ingtkn boleh pkai contact lens bwrna, rpanya xbleh..

nae nematoda said...

teringin gak nak pkai lens, tapi sebab takut n tak berani, pkai je la spec...hehe

Mizz ErMa said...

teringat pulak kenangan lama, tgk org pkai lens kalerful, terasa mcm nk try..bila dah beli, x terpakai pulak sbb xberani nk masukkan dlm mata..hik3,

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, kita memang tak reti pakai. bia lah guna spec je. takut terlupa nak tanggalkan kanta mata. bahayanyaaaa kan???

Mimi Azirah said...

contact lens memg leh pakai tp yg berwarna xbleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...