Ftec mati hidup semula


Seram giler punya tajuk. hehe baca entri ni dengan penuh perasaan...

Lama Hana menyepi 3 minggu lebih rasanya kan..

Dalam entri Seminggu Lepas Dapat Gaji, laptop Ftec Hana tu berendam dalam air sampai lemas. Tapi dapat diselamatkan

Kali ni laptop Ftec koma 3 minggu terus. Hana rasa laptop Ftec Hana merajuk dan bunuh diri gara-gara Hana guna handset baru Handset Galaxy Mega 6' 3' untuk update blog di entri Testing Berblogging Guna Samsung Galaxy Mega 6'3'. Ingat manusia je ke ada hati perasaan, Laptop pun ada perasaan cemburu juga tau..

Nak di jadikan cerita...


Lepas buat kejutan elektrik (yang macam sepasang iron bervoltan tinggi di hospital tu.. hehe) kat Ftec tu, keadaan jadi stabil semula. Lepas 5 hingga 10 minit mati lagi, buat lagi kejutan elektrik, stabil balik dalam 3 4 minit mati balik..Menguji kesabaran tuan empunya laptop je. Lepas beberapa kali percubaan menyelamatkan Ftec, akhirnya tak berjaya. Mungkin usianya dah meningkat (7 tahun berkhidmat), tulang-tulang dah reput, mana mampu Ftec nak bertahan lagi. Hana redha dengan pemergian laptop Ftec tersebut.

Selepas 3 minggu pemergian Ftec , hari ni 4/11/2013, Hana nak pergi beli laptop baru baget harga RM2000 ke bawah. Namanya Asus K46CM, Blogger Nick nak sponser. Eh,tersyasyul pula.. Blogger Nick yang cadangkan beli laptop ni.. Down giler masa ni, tak sanggup nak menduakan Ftec. Kalau dah sehati sejiwa, segala kasih sayang, kenangan dah di curahkan kat Ftec. Tiba-tiba ada penganti baru si Asus. Dapat ke Hana nak bagi kasih sayang yang sama kat Si Asus tu? Waaah penuh perasaan Hana buat ayat ni..haha

Dengan semangat berkobar-kobar Hana nak cuba buat kejutan elektrik kat Ftec buat kali terakhir, 3 jam sebelum Hana nak beli laptop baru. Dengan harapan Ftec hidup semula. Dengan lafaz bismillah hirahmanirahim...

Dan akhirnya.. Hana sangat gembira melompat-lompat sehingga terasa sebak di dada. Ftec Hana hidup semula. Korang bayangkan dah 3 minggu Ftec koma, boleh hidup balik.

"Biarlah semua kata ko patut digantikan dengan yang lain, Aku tetap sayang kat ko, Aku tak nak ko pergi lagi sebelum sampai masanya, Aku tahu ko masih mampu bertahan untuk 2 tahun lagi mungkin.."

Welcome Back Ftec..

P/s: Terus guna Ftec buat entri ni selepas Ftec hidup semula. Hana tak mau Ftec merajuk lagi.huhu


32 orang dah komen :

Niesa said...

hahaha..boleh plak mcm tu ye..klaka je hana ni..dia masih nk berkhidmat dgn hana tu..tu yg hidup semula..

nuyui a.k.a miss YUI said...

mgkin majok jap kot..huhu

nae nematoda said...

kihkih , dia tahu tuan dia sayang lebih kat dia , tu pasal berusaha nak hidup balik tu...hehe

Vee said...

kesetiaan yg x berbelah bagi drp hana telah menggembalikan rohnya ... heheheee

Unknown said...

laptop baru harga bawah RM2000..tentu power...lepas ni hana nak berblog lagi mudah la kn...hehe :)

Unknown said...

memang feel lain macam sikit kalau kita dah biasa guna yg lama kan.. syg nak tuka lain.. huhu

Bahrain said...

Nasib baik hidup lagi lptop tu..haha

LaLa mhdnor said...

selalunya org cakap macam tu la, kalau kita nak beli beli yg baru ganti yg lama, mesti yang lama merajuk, cepat rosak haha

Nick Nashram said...

tak jadi la nak sponsor asus sbb ftec dah hidup balik..huhu
kalo ftec merajuk balik, jgn lupa terus beli asus..ade geng.

vendetta said...

assalam..
sementara sidia masih wujud ni bnyak² laa kita hargai dia..
mmg laa kdg² kita marah kat dia, kdg kita tonyoh² dia bila dia degil tak dgr kata, tapi..
nnt bila dia dah takde disisi masa tu baru kita terasa kehilangannya..
hehehe..

ksian dia hmpir mati lemas..
kem salam kat F ye ☺

p/s: tp kalo admin nak cari pengganti F, Asus tu antara pilihan baik, sebab Asus adalah original 'hardware manufacturer', (tak mcm brand² femes lain)

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Hana..7 tahun usianya? lamanya, pandai jaga..

Laptop lama lana, takat 4tahun stgh je..bila beli baru, terasa gak rindu yg kat lama tu,hehe. Sebab dah biasa kan.

Pernah cuba hntr kedai untuk repair, ingt nk bgi mak guna..tpi tokey kedai tu ckp, baik beli baru terus sbb harga repair pun dah mahal,huhu

aswadz said...

ngehehe... laptop pun tau merajuk ye. mgkn air tu dah kering kot. jd laptop dah bole berfungsi mcm biasa blk.

Cik Itah said...

panjang umo ftec tu hehe

Orkid said...

morning & singgah pagi membaca !

Unknown said...

huh nasib baik

dariilhamkehati said...

hehehe , kenapa CP rase emosi bila baca entry nih.......???konfius3...

Maria Firdz said...

Ftec sy hidup tapi dia agak gedik bila dihidupkan... mmg tak leh wat keje... jadi saya peramkan aje..

Lynn Damya said...

Salam, wahhh..penuh perasaan entry nih, haha..syukurlah, xyah beli laptop baru kan ! :D yeayy haha

alfa online said...

good semangat semula

Cik Kay Jue said...

wah mmg idup semula la hana.. hahaha.. lappy da macam pakwe ea? hehe

kucokelat said...

hahha harta yg pentg tu.. sorry lama xdtg.. lappie xdee. ni bqu adee

Aimacomel said...

Selamat duit 2K tu ye hana =) hehhehe, semoga Ftec tu sihat selalu..

Unknown said...

huhu..ada perasaan juga lap top tu yew..hihi

Azlan Strider said...

lumrah barangan elektronik..sampai masa ia pergi jua..hahahaha

Regards,
-Strider-

Yaya Mohd said...

dia protes jap tu..
mesti cik hana ada wt pape ni..
haaaa ^o^

Unknown said...

ftec ingin berbakti semula
baguslah tu...

Nik said...

majuk kejab jea tuu..kikiki

Jahirah said...

hahaa...pasni jgn menduakan ftec dah...majuk lagi kang ftec...yg lama ttp disayangi...mcm laptop acer akak dulu la.sayang tp da xmampu berjasa...;(

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kena beli laptop baru satu jika macam ni.

Wanie Masduki said...

Assalamualaikum hana..same la kite, pkai ftec jgak dari 2007..dh setengah tahun x bkak sbb charger dh rosak..x tau mne nk crik..nk trade in je kalau ikutkan, tpi syg lah pulak

Hana said...

@YaNg AyEsHa
hana dah try trade in.. tp xlaku. hehe..

Health and Wellness Blog India said...

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...