Day 2 @ Korea : Nami Island dan Mt. Sorak National Park


Turun dari flight Incheon Airport. Tak sejuk pun. Standart airport Malaysia ja. huhu kami diminta untuk keluarkan winter coat.. Masa tu Hana sempat capai down jacket, glove dan wool sock. Nak pakai tak terasa sejuk lagi pun. Dalam hati tak perlu lah pakai longjohn nanti makan masa pula nak salin baju semua kan.. Tengok orang lain relax ja..

Keluarnya dari Airport. Maakk aaii... sejuk yang amat terasa sampai ke tulang.. Bernafas pun keluar asap. Jeans tanpa longjohn pants sangat-sangat tak membantu T_T. Kaki dan tangan mula kebas. Hidung dah mula berair. sangat sejuk. . time berjalan menuju ke bas sempat Hana pakai glove dan down jacket. Kalau macam ni lah sejuknya macam mana nak jalan-jalan. huhuhu tak pakai longjohn ni.



Proceed to Nami Island. 2 jam lebih perjalanan dari Incheon Airport.Yeaaah... Dalam hati longjohn tak pakai longjohn tak pakai. ulang cakap benda yang sama. nak salin baju entah bila. ngeee

Pulau Nami sangat terkenal dengan pengambaran drama Korea Winter Sonata dan di situlah bermulanya demam K-Pop di Malaysia. Bukan Hana tapi orang lain. hehehe  Kami menaiki cruise menyusuri tasik untuk sampai ke Pulau Nami. Sangat-sangat sejuk ditambah angin dan salji lagi. Dengan harapan dapat tengok pokok-pokok, jalan-jalan diseliputi salji..

Setibanya di sana 10 hingga 15minit naik cruise.. macam musim luruh ja ni, Kita datang ni musim luruh ke salji??? tak apalah tak dapat tengok musim luruh time bulan 11 hari tu hujung-hujung musim luruh pun boleh tengok lagi :)

Dengarnya hari tersebut merupakan hari pertama turunnya salji dan dijangka awal bulan Januari 2016 Pulau Nami tersebut di selubungi salji. Alahai.. ruginya. huhu Tup..tup 3 hari berada di Korea, kami dapat info yang Pulau Nami dah diselaputi salji..alaaa. Jom ramai-ramai pujuk Gina si tourist guide minta bawa ke Pulau Nami balik T_T




Di Pulau Nami ni kami berpecah dan akan berkumpul semula dalam 2jam 30minit di depan cruise nanti. Kami pun bertolak balik dengan menaiki cruise juga.

Makan tengahari di mana ek.

After lunch, Kami ke Mt. Sorak National Park. Melawat Kwongumsong Fortress by cable car ride

Tapi malangnya angin kuat masa ni dan cabel car tak dapat bergerak T_T Berjalan-jalan jelah kami beramai-ramai sampai ke hujung gunung nun jauh di sana kemudian kami berpecah dan akan berkumpul semula di pintu masuk Mt. Sorak National Park. Penat berjalan kawasan berbukit.

Hana tengok orang korea siap berpakaian mendaki gunung untuk naik gunung ni. Huh umur macam atuk Hana pun ada. masih kuat naik gunung. Gunung kot. Kalau naik motor atuk Hana pun kuat lagi. Rahsianya....haaa nanti Hana bagitau :)

Pukul 5.30 petang macam tu hari dah gelap tau. Kami menaiki bas menuju ke gerai seafood. Entah apa nama tempat tu tak pasti. Yang popular kat sini King Crab. Di Malaysia lebih murah sikit berbanding di Korea. Di Malaysia harganya mencecah ratusan ringgit. Hana makan pun tak pernah apatah lagi tengok ketam tu besar mana. Kat sini Hana tengok sendiri rupa bentuk King Crab yang belum dimasak. hehe Mak aiii besar gila rupanya menakutkan. ngeee..


Check in Hotel. Tak perlu keluarkan semua barang dari beg sebab esok tu kami ke hotel lain :)

So hari pertama punya cerita tanpa longjohn T_T sejuk sangat-sangat. Rasa tak selesa bila berjalan kaki tangan kebas. Nak buka glove snap gambar fikir beribu kali. sejuk dalam masa satu saat T_T Tangan kebas nak tekan button snap pun dah tak rasa tekan.huhu Tak ingat nak beli glove yang touch screen T_T


1 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...