Day 3 @ Korea : Jeju Island (Seongsan Ilchubong Peak and Seopjikoji)


Selepas breakfast kat hotel kami menaiki bas ke Gimpo Airport. Fly to Jeju Island. ada apa kat sana??? Jom check it out


Flight dari Gimpo ke Jeju Island mengambil masa 1jam...

Gimpo Airport tak sejuk sangat. Erm... mungkin Hana dah sebati dengan cuaca sejuk kot. Hari ketiga baru nampak matahari. Terbayang diri Hana terkena cahaya matahari sikit. Bestnya...

Setibanya di Jeju Airport. kami menaiki bas ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Di sini terkenal dengan sunrise. Dalam perjalanan nak ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Kami singgah di Ladang Limau..



Di sini pertama kalinya kali mengunakan Korean Won. Risau Hana pegang duit beribu-ribu nih :P Nak kira pun mencabar sebab banyak kosong.. Gina banyak membantu dalam urusan jual beli kami :) Thanks Gina

So lets go... Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. P


Seongsan Ilchubong ni terbentuk dari letusan gunung berapi dari dasar laut, 100,000 tahun dulu
Kami tak ke puncak pun sebab memakan masa 50minit berjalan kaki.Turun dah 50minit dah sejam lebih kat situ belum tambah rehat lagi. ngee.. Kami naik atas sikit ja dan dapat tengok orang diving kat sini cari kerang apatah namanya. Uuu...diving dalam air sejuk. Bukan orang muda yang diving tapi orang macam nenek Hana diving. Nampak tak perkataan nenek disitu.,its mean perempuan tua yang diving cari hasil laut .. Nak turun bawah tengok dengan lebih dekat pun boleh kena lalu ikut tangga tapi yang lemah jantungnya bila nak naik atas balik. adoi naik atas ni pun dah tak cukup nafas. Simpan tenaga untuk hari-hari lain lagi ni. ngee...alasan semata-mata. Ada juga 2 3 orang dari kami yang turun.




Perjalanan ke Seopjikogi mengambil masa 15minit dari Seongsan Ilchubong. Seopjikoji ni tempat batuan-batuan gunung. Sangat menarik.



Makan-makan checkin hotel dan yang paling best kami akan berada di Jeju Island 2 malam. Yeaaah... tak perlu kemas-kemas barang keesokkan harinya.. Cuaca di sini tak sesejuk di Seoul.


3 orang dah komen :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang menarik tempatnya. Suka tengok gambar-gambar ni.

Jobdirumah Buat Duit said...

Ada rezeki nanti nak ke sana juga. Cantik tempatnya.

OhPanduan said...

Suka tengok gambar dekat batu tu. Menarik tempat tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...