Happy Mother's Day


"Happy Mother's Day, Mak"


Selamat sampai suprise delivery kat mak. Mak is the best superwoman. Fashion designer, interior designer, chef, gardener and many more,  Terima kasih kerana mendidik dan membesarkan adik. Teringat masa adik di tahun 2. Sepatutnya masa tu boleh dikatakan zaman kanak-kanak yang menyeronokkan hanya fikir main main main.Tapi tidak seperti kanak-kanak lain, setiap hujung minggu awal pagi, Hana dan abang di ajar basuh kasut sendiri dan menjadi rutin setiap hujung minggu. . Tengahari pula letak kapur kasut, tumpah ja kapur kasut kat lantai kena mop lantai tu T_T. Perasaan Hana masa tu."kenapa mak tak bagi main, tengok jiran-jiran semua keluar bermain. Kan best kalau kat sekolah dapat main". Memang tak dapat dinafikan kehidupan di sekolah lagi best daripada di rumah. Tengah seronok bermain, mak menjerit suruh balik lipat baju. Nak melawan memang tak lah, nanti tak pasal-pasal ada bekas penyangkut baju kat tangan dan kaki.

Itu kanak-kanak belum masuk zaman remaja. naik tangga cuci sawang . Yang paling best naik atas bumbung nak tutup tangki air. Macam tu rupanya bila berada di atas bumbung :) Feeling ala-ala cerita oversea, anak merajuk je duduk melayan perasaan kat bumbung.Ngeee..

Rupanya semua tu menjadikan Hana seorang tabah dan independent.



"Selamat Hari Ibu, maa"


Selamat sampai suprise delivery kat maa. Maa memang terbaik.. Teringat ayat maa "Tak kisah pun tak pandai masak janji nak belajar masak". Terima kasih Maa sebab selalu masak ikan cencaru sumbat untuk Ana.  Yang paling Ana tak boleh lupa maa masak nasi dagang ikan tongkol. "Maa kejutkan Ana nanti time nak masak nasi dagang". "Nak masa nasi dagang yang sebetulnya kena 3 kali kukusan". Rupanya maa start masak pukul 3 pagi. Patut maa tak kejutkan pun T_T. Pukul 8 baru Hana bangun T_T Sempat tengok step kukusan terakhir ja. Kali ke dua buat nasi dagang memang dapat tengok full version. Hoooyeee tu pun tahan mata nak tau masak nasi dagang macam mana. Tapi best juga la pengalaman baru :)


3 orang dah komen :

zoeyzauyah said...

baru tau rupanya nasi dagang kena kukus 3 kali.selamat hari ibu :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk muda lg mak cik..
slmt hari ibu =)

Nina Mads said...

betul hana dr kecik kalau ajar jd berdikari heheh.. besar nanti xlah jd xreti bt kerja. tau makan ja xreti masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...