DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI



Definisi Bahasa
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa di definisikan sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia

Menurut Sapir (1921) bahasa adalah kaedah manusia menghasilkan idea, emosi dan kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara voluntari. Voluntari bermaksud kemahiran manusia mempergunakan bunyi-bunyi, dan disusun dalam cara tertentu dan secara kebetulan.

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, bahasa ialah satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia dan juga bahasa sebagai alat perhubungan antara manusia dan harus berkembang selaras dengan perkembangan masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan lain perkataan, bahasa yang mendukung akal fikiran itu harus dapat mengejar dan mengatasi keperluan masyarakatnya.

Bahasa satu sistem simbol bunyi ucapan arbitrari dan melalui inilah manusia boleh berkomunikasi.Selain daripada itu, bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemakiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan

Definisi Komunikasi
Menurut Owen (1990), komunikasi adalah satu proses seseorang itu bertukar maklumat dan bertukar idea.Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala.Maklumat itu diterima dan saling memahami

Menurut Lexicographer iaitu ahli kamus bahasa, komunikasi adalah keupayaan seseorang untuk mencapai kebersamaan. Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama akan berlaku terhadap kedua-dua orang tersebut.

Kathleen S Venderber dan Rudolf F Verdeber (1977) yang menyatakan komunikasi adalah satu proses berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain (penerima)

Webster’s New Collegiate Dictionary edisi tahun 1977 antara definisi komunikasi yang menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi diantara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

Definisi komunikasi secara umum adalah suatu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu. Definisi tersebut memberikan beberapa pengertian pokok yaitu komunikasi adalah suatu proses mengenai pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan.

Definisi Masalah Bahasa Dan Komunikasi
Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen utama bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik.Beliau berpendapat kank-kanka ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan difahami untuk berkomunikasi

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...