My mom is always right


"My mom is always right". Siapa sokong?


Hana bersama mak beli kain untuk di buat baju kurung. "Ni elok tak mak?" "Tak elok lah" "bla..bla..bla..." Huh, Hana tengok corak kain tu cantik kot T_T. Tak kira nak beli juga kain ni. Pada masa yang sama juga mak berkenan kain yang corak-corak daun tu. Sangat tak cantik di mata Hana. Dalam hati jelah Hana kata macam tu. hehe Demi tidak menghampakan mak, Hana pun beli. Sudah beli terus ke kedai jahit.Ekspres tak? hahaha. Dalam 3 minggu lepas tu 2 pasang baju dah siap. Not bad tapi cantik lagi baju yang kain mak hana pilih. Siap baju kain tu di puji-puji lagi. Sampai sekarang kalau pergi shoping dengan mak. Memang Hana serahkan 100% untuk mak buat pilihan. Bukan setakat kain ja, beg, kasut semua mak pilih :) My mom is always right

Perkara-perkara lain juga yang Hana rasakan my mom is always right. Pasal makanan dan nak di jadikan cerita time kat jalan raya pun boleh jadi my mom is always right. Hana dah yakin belok ke kanan, mak kata belok kiri. Disebabkan Hana drive, Hana ikut kata Hana lah, memang lah sampai ke destinasi cuma jauh ja tapi bila dah ada bunyi "bla..bla..bla.. " terpaksa hana u-turn balik dan ikut jalan mak kata tu T_T zzuuupp.. dah sampai ke destinasi. Pergh.. cepat. So my mom is always right

Kadang-kadang bila Hana 'melawan' cakap mak. Mesti Hana yang akan menyesal tak ikut cakap mak T_T. Di sebabkan Hana tak nak menyesal di kemudian hari, Hana akan serahkan 100% tugasan penting ini kepada mak sebab my mom is always right. dan mak pun dah kata OK :) 

Tapi bila Hana bersendirian, buat keputusan sendiri + ada orang yang tak senang dengan keputusan Hana. Hana tetap dengan keputusan Hana tanpa mak. Ok ja tiada masalah dan Hana tak menyesal dengan apa yang Hana buat. So inilah keputusan Hana :)


11 orang dah komen :

aswadz said...

mom always right.

Ann Ishak said...

mom is always right :)

Tedi {interpretZZ} said...

Maka keputusan akak adalah untuk mendapatkan baby ke? Itula org tua2 kata diorang dah lama makan ikan..

lynndamya said...

Salam, hahaha..yup2, mak memang betul..terutama nya dalam bab2 jalan..haha selalu nak gaduh je dgn abah, sbb abah tak nak ikut ckp mak..bial dah sesat baru nak patah balik..haha

owh tp jgn suruh mak sy belikan pakaian utk sy, semuaaaanya berwarna coklat je nanti, sbb dia suka warna coklat..ngahaha

hmm, yup sometimes perlu buat keputusan dpd diri sendiri..semoga mak2 kita panjang umur dan sihat sejahtera..amin :D

Nick Nashram said...

bila duk jauh, hana la pulak yang jadi decision maker..keputusan hana nak pindah..cepat pindah..hehe

nae nematoda said...

mom is always right :)
bila kita jadi ibu, maybe kita akan buat benda yang sama kt anak-anak...setiap ibu, nak yang terbaik untuk anak mereka :)

Cik Itah said...

mom always right sebab mereka da banyak pengalaman :)

Cik Itah said...

salam. singgah khamis..nak bagitau..sy dah terlanjur senaraikan anda sebagai mangsa tag kat sini : http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-isya-purple.html

Afasz said...

amboi dah mcm customer is always right plak.. hehe

salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

follow sini, kalau sudi follow sy k
tq

Nadratul Syazwana said...

Same goes here. Knpa mak sentiasa betul? T.T Hahaha

Niesa said...

kan!my mom is always right too..niesa sll mmg lebih suka tnya pendapat mak drpd pendapat org lain...heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...