Kad Raya Gergasi


Kad Raya Gergasi ciptaan kelas PPKI SK SAMPADI. Kad raya ni bukan bertujuan untuk komersial ye tapi ia dicipta untuk pertandingan kad raya gergasi yang telah di anjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam SK Sampadi.

2 hari untuk siapkan kad raya gergasi ni. Tak sangka pula boleh buat kad raya sebesar ni.hehe murid - murid pun suka benar bila nak buat kad raya. Ingat cikgunya je excited nak buat kad raya gergasi ni :)


Macam biasa guru sebagai pembimbing dan penyediaan bahan-bahan untuk kad raya. Idea asal pun guru :P

Eheem... tema kad raya gergasi tetap hijau



Taaadaaaa... dah siap :P 


Nampak tak, awal-awal je semangat ambik gambar, lepas tu bila dah kusyuk buat kad raya baru teringat tak ambik gambar. hehe

Apa-apa pun dengan aktiviti mencipta kad raya gergasi ni, dapat juga isi masa dengan aktiviti-aktiviti yang murid suka. Murid suka, cikgu pun suka :) Tak lah duduk di kerusi dari pagi sampai balik sekolah. Sedikit sebanyak pengabungjalinan matapelajaran Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Moral, Pend Seni Visual, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu terserlah di situ :)


16 orang dah komen :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah. Besar betul kad raya gergasi. Warna hijau tetap menjadi pilihan di hati.

Mimi Azirah said...

seronokkan bilr buat kad raya dgn ank murid

Cik Itah@RRP said...

salam. wahhh..cantik kad nya..besar pulak tu..terbaik hehhee

p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^

lynndamya said...

Salam hai :D wahhh kad raya gergasi !! mesti seronok buat dgn budak2..haha comel2.. :D

Mizz ErMa said...

kreatif jgk idea pertandingan kad raya gergasi nie kan..hihi btw, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye..=)

Bahrain said...

Cantik kad raya gergasi tu. hehe tema blog hijau kad raya pun nak hijau juga hehe

hana hadi said...

@Bahrain
haaa harus ikut tema blog :)

hana hadi said...

@Mimi Azirah
a'a best tu mmg best. dah mcam2 idea diorang bagi. pening gak.hehe

hana hadi said...

@Cik Itah@RRP
tq :) Selamat Hari raya juga Cik Itah

aswadz said...

nak bg sape agak2 nyer kad raya gergasi ni?

A K M A L said...

Sk sampadi? sekolah lama saya ni. hahaha..
2006-2011. waktu tu cikgu hana belum mengajar kt sini lg. haha

hana hadi said...

Skrg akmal form 3?sek mana sekarang..
A'a belum ngajar lagi.nie mesti kenal ngan cikgu2 sk sampadi kan kan..:)

A K M A L said...

a'ah form 3.. dulu sekolah kt smk lundu je. skrg sekolah kt betong..bila cikgu start mengajar kt sk sampadi?
ingat2 lupa lh. hahaha.. cikgu mugi masih mengajar ke kt sk sampadi?

hana hadi said...

@A K M A L
Sekolah asrama di Betong or ikut family? Cikgu start mengajar sk sampadi julai 2013. A'a cg Mugi di SK Sampadi :)

A K M A L said...

ikut family. dulu duduk kt felda sampadi je. yg pegi sklh pakai bas tu. hahaha. XD
owhh. mesti dh pandai ckp sarawak kan2?? haha

hana hadi said...

Owh..tau2 pakai bas p balik felda.hehe xpandai ckp tp faham le bla org ckp srwak.kiranya memang xbalik sarawak dah ek.menetap terus di betong?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...