Soalan cepumas bila menjelang Hari Raya


Soalan cepumas bila menjelang Hari Raya. Tapi sebenarnya sebelum balik raya lagi dah ada soalan yang memerlukankan kita explain panjang berjela T_T

Raya balik mana?
Sebagai anak perantau nun jauh disana, dalam otak duk fikir-fikir nak bagi jawapan balik rumah (Kedah) or balik kampung (Perak). Kalau selain Hari Raya, Hana akan jawab balik Kedah. Tapi bila time raya ni, terus tak pasti nak bagi jawapan apa. Lagi satu, bila orang tanya "kampung kat mana?"  Orang yang tanya tu maksudkan kampung ke rumah beralamat surat-menyurat. ngeee..Dah kena explain panjang lebar di situ, Lebih-lebih lagi bila Hana turun flight Penang."Owh rumah kat Penang ke? Kenapa tak turun Alor Star? T_T Hana dan Penang tak dapat di pisahkan bagai aur dengan tebing. Tu belum beraya kat Kelantan lagi tu. Opss.... Hana anak jati Kedah tau. Keturunan Mahsuri lagi tu :P

Tingkatan berapa?
Waaaaaahh nampak tak soalan yang menyebabkan kita senyum memanjang :), "Lor adik besar dari kakak?""Adik tingkatan berapa? kakak tingkatan?" Kakak dah habis belajar pun, 25 tahun, kerja sudah. Lepas dapat tahu Hana dah kerja cikgu."Alaaa keciknya cikgu pun".

Cikgu?
"Adik-beradik cikgu la ni","Sekolah menengah ke sekolah rendah?""Mengajar kat mana?" Soalan yang mencabar bila di tanya "subjek apa?" Kalau Hana nak sebutkan subjek mau terkejut orang. 7 subjek semuanya. Kan susah kalau nak bagitau 1 per 1 subjek apa yang Hana ajar. So Hana ambik pendekatan Hana bagitau ajar Pendidikan Khas."Pendidikan Khas?macam mana tu?" Kena soal lagi T_T

Bila nak kahwin?
Soalan popular ni. Senyum-senyum ja Hana lepas tu pas soalan kat mak "Bila mak?" Hahaha Muda lagi baru 25 tahun :)



8 orang dah komen :

aswadz said...

soalan yg menjadi topik perbualan bila nak bersembang ngan anak dara.

Fonfon said...

sama lah kita...same as ever...

hana hadi said...

Hehe so kena siap sedia ngan jawapan la kan..

hana hadi said...

Haa betul2

Bahrain said...

Soalan bila nak kahwin tu memang popular.. heheh

Hazmin Hamudin said...

Soalan bila nak kahwin tu yang paling lemah nak jawab tu kan. Rasa nak lempang2 je orang tanya soalan macam tu.

hana hadi said...

@Hazmin Hamudin
a'a kan. hanaya kesabaran dapat menguasai segala2nya :P

Ahsfantasy Ryu said...

Masuk soalan akhir tu,
goyang jantung hati, hehe..

Selamat hari raya aidilfitri Hana,
Maaf zahir dan batinnnnnnn (:
- ahsfantasy24.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...