Selesai touch up blog Hijau Itu Duniaku


Akhirnya, dapat juga Hana touch up blog sendiri sebelum balik Sarawak. Nampak tak 5 hari dah berlalu baru Hana dapat buat entri.hehe Mungkin tak banyak perubahan yang Hana buat, masih mengekalkan ciri-ciri kehijauan :)  Lagipun Hana masih suka design sekarang ni nampak kemas dan tersusun.
  • Bahagian sidebar dan post diasingkan
  • Setiap sidebar diasingkan 
  • Pengunaan 3 warna dalam blog
Teringat Hana masa Hana mula-mula nak design blog dari zerro sampailah Hana pandai main dengan code-code dalam blog ni (pandai ke?). Usaha ni cari tutorial nak buat blog nampak kemas dan tersusun. Hari-hari mengadap blog, 3 4 pagi baru tidur T_T. Bukan sebab terpaksa tidur lambat. Tapi diri sendiri tu tak nak tidur selagi tak perfectkan blog. Blogger-blogger lain pun ada yang macam Hana kan :)


Header
Thanks to owner blog Bingkisan Hati, Maisarah. Dia yang designkan header Hana ni. Memang memenuhi apa yang Hana nak. Ehem.. berkenan kat design header blog Bingkisan Hati sebenarnya tu yang terus Hana minta dia buat design macam tu. hehe

Warna background entri dan sidebar
Sebelum ni hijau yang Hana gunakan warna hijau gelap dan tulisan pun macam tak berapa nak jelas sangat kan. So dengan mengunakan Code warna html. Huh, rambang mata Hana nak pilih warna hijau. Hati berkenan hijau ni tapi tak nampak tulisan. Atas keselesaan pengunjung blog ni, Hana memilih hijau yang lebih cerah.

Warna background tajuk entri dan sidebar
Pengunaan warna hijau pucuk pisang. Kalau nak englishkannya warna lime. hehe jauh beza betul pucuk pisang dengan lime. Nampak menonjol sikit warna background tu takkan nak bagi sama warna dengan background entri pula kan

6 orang dah komen :

sYiRa LoKMaN said...

cukup cantikk dahh ^_^

Norhasniza Khalid said...

buat sendiri lebih puas kan yunk..?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semakin berseri blog hijau ini. Cantik.. :-)

Cik Itah@RRP said...

salam cikgu hana hehe. kemas..cantik dan selesa ja wajah baru blog..biarpun warna tetap sama tapi nampak bezanya di situ :))

Diana Rashid said...

cantik dan kemas sangat..:)

Hazmin Hamudin said...

Part komen ni kalau tak payah buat skrol pun ok jugak agaknya. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...