Bila kita tengah semangat tiba-tiba ................



1. Bila kita semangat nak memasak. Segala bahan sudah tersedia. Letak kuali atas dapur, Nak buka api tiba-tiba gas habis..T_T Nasib masa tu tak start masak lagi. Boleh simpan bahan-bahan dalam peti. Ambik kunci motor/kereta makan kat luar :) Cuba bayangkan kalau tengah masak gas habis..dah tambah satu kerja lagi nak tukar tong gas.

2. Bila kita semangat nak pergi joging, Cuaca redup tak panas. Dengan berbekalkan semangat berkobar-kobar drive menuju ke destinasi. 5 minit lagi nak sampai ke destinasi tiba-tiba hujan turun T_T. Dah kena berjoging kat shoping mall :) Cuba bayangkan kalau berjalan kaki ke destinasi, hujan turun. Erm... kena cari tempat berteduh itu pun kalau ada

3. Bila kita semangat nak tengok cerita favroute kat televisyen. 10 minit sebelum cerita start kita dah mengadap televisyen. Tiba-tiba mak panggil suruh pergi kedai beli sayur. Tadi time tak buat apa-apa tak nak suruh pulak kan T_T Nasib kedai depan rumah je. 5 minit dah satle beli sayur :) Cuba bayangkan kalau mak suruh beli nasi goreng ayam 2 bungkus, buger 5 biji. Dah la kena ikut turn, 2 kedai pula tu pergi

4. Bila kita semangat nak update blog. Idea mencurah-curah ke ladang gandum ni kena buat entri cepat-cepat nanti terlupa. Baru nak start taip satu perkataan tiba-tiba gelap je skrin , bateri laptop dah habis tanpa kita sedar T_T Masa ni lah nak kena cari chager laptop cucuk kat plug:) Cuba bayangkan kalau gelap (blackout). kena pula laptop kita ni jenis kena pakai chager 24jam. Idea entah ke mana mood entah ke mana

5. Bila kita semangat nak print xsignment. Segala penat lelah kita curahkan kat xsignment tu tiba lah masa kita nanti-nantikan untuk print xsignment. Sambung plug printer, usb ke laptop. Klik print tiba-tiba yang keluar tanda seruan ink habis T_T. Terbantut nak tengok kertas-kertas xsignment kita tersusun rapi untuk di binding. Esok lah beli ink :) Cuba bayangkan tengah-tengah print ni, ink habis. Lagi sakit hati. Kerja separuh jalan. Sangat tak suka

P/s : 1 dan 3 tu bukan Hana ye :P


11 orang dah komen :

Cik Itah said...

salam. stress stress! sedih pun ada hee

Diana Rashid said...

betul2..boleh hilang mood.hehhe..

lynndamya said...

Salam, hahaha...yg first tu mmg, gas habis rasa mcm ahh terbantut segala-galanya, dgn perut lapar nye lagi, hahaha..sedih...bila semangat tetiba je ada gangguan..hadoi~ sabau je lah :p

Eza Boom Boom said...

yang penting kena positif selalu. Hihi Semangat tu kena terus ada, walaupun banyak rintangan. Hihi.

Noor Mala Shahar said...

semangat3

Tihara said...

itulah, kita hanya merancang Tuhan yang tentukan :)

PearlVelvet SueQys said...

Salam Singgah ! lama x ke sini...

puteri kasih said...

memang boleh stress kalau macam tu...hehehe

Haryani Mohd said...

Betul. yang best bila dah siap2 nak keluar org datang rumah hehe banyak kali kena hehe, terus tak jadi keluar hehe. Masa kecik ada juga rasa tak best, dah besar faham, mereka bawa rezeki :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Yang tiba-tiba ni semua rasa macam pernah alami aje.. ;-)

aswadz said...

kalo nak layankan sgt, satu keje pun x jd buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...