Ujian HIV Pra Perkahwinan


Ujian HIV Pra Perkahwinan. Tak pandai nak susun-susun ayat jadi Hana cerita jelah apa yang Hana lalui sepanjang Hana menjalankan Ujian HIV ni :)

Hana pergi ke Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani, korang nak buat Ujian HIV ni kat mana-mana negeri pun boleh tetapi mestilah Klinik Kesihatan Kerajaan. Jangan pergi terlalu lewat petang nanti pegawai tu suruh datang esok pagi T_T

Hana tiba di Klinik Kesihatan dalam pukul 9.30 pagi. Ramai betul orang biasalah klinik kesihatan. Pergi kat kaunter ambil borang. Pastikan korang bawa pen sebab banyak juga ruang yang perlu diisi.

Isi borang kat tangga je.. tak sesak sangat.

Pergi ke kaunter tu balik bagi borang yang sudah siap diisi. Tunggu nama dipanggil. Tunggu punya tunggu nama Hana pun di panggil untuk check berat, tinggi dan tekanan darah. Lepas satle, ambil nombor giliran untuk berjumpa dengan pegawai kaunseling. Tunggu lagi T_T


Sampai giliran Hana jumpa pegawai kaunseling tu, dia tanya "tahu tak HIV tu apa?" Hana jawab tahu. Dia tulis-tulis sikit kat report card kita tu kemudian dia suruh pergi ke bilik ____ (tak ingat nama) untuk ambik darah. Huh, nasib Hana dah jawab tahu, kalau Hana jawab tak tahu memang lama sikit lah Hana di bilik pegawai kaunseling tu.

Hana pun terus ke bilik ____ (tak ingat nama) tunggu seorang mak cik ni ambik darah dulu, lepas tu baru turn Hana.

2 orang pembantu perubatan sedang bersiap sedia untuk mengambil darah

"Ujian HIV untuk kahwin ka?
"A'a kahwin"
"Ooo.. kerja cikgu, cikgu kat mana? Umur berapa?"Sambil tengok report card
"25 tahun la ni, Dari IPG ka?"
"Mengajar kat Kuching, A'a dari IPG"
"Kahwin dengan orang mana? kerja apa"
"Orang sini juga. kerja pun cikgu"
"Baguslah selalunya cikgu kahwin dengan askar, Rugi tak mintak jadi cikgu juga.hehe"
"Nie nak bagi aku tak nerves la ni tu yang tanya macam-macam" bisik aku dalam hati

Ok Hana baget cucuk hujung jari, sekali cucuk ambil darah kat lengan. Habis darah gue. Pembantu tu bagi report card dengan sample darah untuk dihantar ke makmal

Lepas selesai di stesyen entah ke berapa tadi, Hana terus ke makmal dalam klinik kesihatan tu juga, 10 hingga 15 langkah dari tempat ambik darah tadi :P Letak report card dan sample darah dalam bakul yang di sediakan. Tunggu nama di panggil untuk dapatkan hasil ujian. Tunggu lagi T_T

Lepas dapat sampul surat hasil ujian HIV, jangan pandai-pandai buka pula. terus ke bilik pegawai kaunseling tadi. Dia yang akan buka. Tapi sebelum dia bagitau hasil ujian dia suruh kita isi borang. Korang isilah nama, tempat tinggal dan sebagainya. Lepas tu baru dia bagitau keputusan ujian HIV. Yeaaaah negatif !!!


2 jam lebih Hana kat Klinik Kesihatan Bakar Arang tu.. T_T

-DONE-
Ujian HIV ni salah satu dokumen penting yang perlu korang hantar ke Pejabat Agama untuk membolehkan korang kahwin :)

P/s: Eh.. Hana buat Ujian HIV Pra Perkahwinan? dah kenapa kan.. diam-diam dah nak kahwin :P


9 orang dah komen :

Ezy Loy said...

Saye wat hiv test simple je..cucuk kat jari..xde la lame sgt..xsmpai 1 jam duk klinik..hihik..

Lain tmpt lain cara kot..

Dh sampai seru nk kawen la 2 kan..ehek

nae nematoda said...

alhamdulillah, dah nak khawin..tahniah yeee :D
*excited sangat ni * :D :D
nanti kalau dah khawin, post la kat blog :D

Kumbang Jingga said...

wah dh nk kawin..tahniah

hana hadi said...

Uik cucuk kat jari.kuar darah skit jalah kan..yg hana ni penuh picagari darah dia ambik T_T

hana hadi said...

Adoi..cmna bleh xcited ni..dah bocor rahsia hana nak kawin.haha harus post kt blog.

hana hadi said...

Tq2 :)

aswadz said...

hohoho... ada org tu dah nak kahwin rupa nyer...

Vee Sandi said...

alhamdulillah , dah nak kahwin ... bersedia je la benda2 bila berhajat nak bernikah kan ...

Nick Nashram said...

tahniah hana.
tak lama dah tu.
jangan lupa hntr kad eh.
insha allah, kalo xde pe2 sampai je kedah..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...