Our journey in Hari Raya Aidiladha - 2014


2012 di Besut, Terengganu,
2013 di Miri, Sarawak
2014 di Kuching, Sarawak

2014 di tempat sendiri la pula kan.. Tempat sendiri pun kami be 'Raya Aidiladha" di daerah Serian dan Samarahan. Dalam daerah Serian dan Samarahan ni pula ada pekan-pekan kecil.

Hana ke Serian melawat kawan sekelas Freda aka Fred di IPG Kota Bharu yang baru saja melahirkan anak sulungnya merangkap anak buah pertama PK Crew. Dari Kuching ke Serian kalau ikutkan Hana kejap ja tapi driver yang bawa kami ni masih baru berjinak-jinak dengan jalan Serian, Kami ambil masa kira-kira sejam dari bandar Kuching. Nak di jadikan cerita rumah Fred ni bukan lah betul-betul dalam pekan Serian. Selepas Taman Rekreasi Ranchan. Hana call Fred.. bla..bla..bla.. kami masuk lorong kampung. Baget dah nak sampai padahal ... T_T. Dalam perjalanan nak ke rumahnya (straight je jalan) ternampak signbord "Selamat datang ke Simunjan". Aih dah kenapa Simunjan ni, salah jalan kot T_T. No GPS, line kurang kat sini so terpaksa Hana tanya Pak Guard sekolah kat area tu.

"Pak Cik, Kampung Sepaoh Gedung jalan ni ka?
"Jauh lagi Sepaoh Gedung, Nak pergi Sepaoh ka Gedong?
"Lain-lain ka Sepaoh dan Gedong?, Kami nak p Sepaoh"
"Sepaoh? Perkampungan Iban tu"
"Haa.. kami nak pi perkampungan Iban"
"Jauh lagi perkambungan Iban tu.. Lurus sampai jumpa sekian sekian..."

Dalam hati "Mesti pak guard tu heran Hari Raya Aidiladha kami nak pi perkampungan Iban"
Akhirnya kami jumpa rumah Fred. Tepi jalan ja.

Fred dengan anaknya nama apa tah anaknya nak sebut tak pandai, Panggil Ray ja :)

Di belakang tu husbandnya bekerja di Kedah


Dalam pukul 1 lebih kami pun bertolak ke Samarahan rumah kawan sekelas IPG Kota Bharu juga, Nabila Izattie aka Omey. Hana tak ada masalah untuk ke Samarahan. Omey kata Guna feri dekat lagi kalau nak di bandingkan dengan jalan darat. So Kami pun naiklah feri menyeberangi sungai. 5 min je pun, Tak kena beratur panjang tapi dari seberang sana nak ke seberang ini banyak betul kereta. Dalam hati "Nanti balik try ikut jalan darat lah pula. tak sanggup nak beratur panjang.huhu"

Dari pekan Serian nak ke Samarahan sebelum jeti feri ambil masa dalam sejam. Tapi sebenarnya ada jalan lain tapi Hana tak yakin pula nak guna jalan tu, tak pasti makin jauh ka makin dekat. hehe

Naik feri dengan dengan harapan rumah Omey (kuaters guru) dekat le tapi tak  T_T macam rumah Fred juga. Khidmat GPS digunakan. search ja Sekolah Kebangsaan Datuk Kelali Semera. Jauh dah berjalanan kami time ni. Betul ke tak betul GPS ni. Hana pun call Omey. 

"Jauh lagi ka rumah mu Omey'
"Jauh lagi tu"
"Mu simpe makan kat kawe banyak deh. Kawe tak make dari pagi lagi nih"
"bereh bereh"

"Jauh-jauh rumah Aku (Lundu), Jauh lagi rumah Fred dengan Omey" Kata driver Hana :)

Straight ja kami sampai jumpa sekolah Asajaya. 
"Erm.. lepas Asajaya rupanya rumah Omey ni Ingat Asajaya dah jauh"

Sejam juga dari feri nak ke rumah Omey. Jauh perjalanan indah permandangan. Rumah dia terletak di perkampungan nelayan. Rumah betul-betul dekat dengan sungai :)

Pukul 4 lebih kami sampai di rumah Omey. Tempat yang di tuju mestilah meja makan :P

     
Omey bertudung kelabu hitam

Pukul 6 kami betolak balik Kuching. Semestinya ikut jalan darat. Jauh juga ikut jalan darat ni . Khidmat GPS diperlukan, sampailah jumpa UITM Samarahan. Ok no GPS right here. I know this road. Eh eh betul ke ayat Hana tu. hahaha

This is our journey and I enjoy it :)

P/s: Tahun depan Raya Haji kat mana pula ye

13 orang dah komen :

PokerBuaya.com Agen Judi Poker said...

salam kenal dari Blogger Indonesia

nae nematoda said...

tahun depan, beraya kat rumah suami :P
insyaAllah :D :D

hana hadi said...

Salam perkenalan.nanti hana terjah blog :)

hana hadi said...

Haaa....no komen.hehe

Diana Rashid said...

jauh nya berjalan..hehe..selamat hari raya..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Meriahnya raya cikgu. Jadi perantau memang best. boleh kenal tempat orang jugakan.

puteri kasih said...

tahun depan raya haji kat rumah mertua hana :P

Kesuma Angsana said...

wah seronok tu raya2 sama2 !

Tihara said...

besut tu best, akak suka terengganu
hana orang sarawak ey
akak teringin nak gi sarawak :)

hana hadi said...

Terengganu best.tenang ja rasa.kena plak pantainya yg best..
Hana kerja kat kuching.datang lah sini.hana bawa akk p jalan2:)

hana hadi said...

Yang best bila dapat jalan2 kenal tempat org

hana hadi said...

Yang best bila dapat jalan2 kenal tempat org

hana hadi said...

Haaa... tu lah..xtau lg.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...