Bila kita kalut perkara ini akan berlaku.......


Nak hampir hujung tahun ni banyak pula program sekolah. Kalau dah banyak program ni seharusnya kita mengalami sedikit kesibukan melampaui batasan. Kalau boleh semua kerja nak di satlekan dalam satu masa. Ok itu Hana.. Tapi kalau dah banyak kerja, tak tau nak buat mana satu. semua bermain dalam otak je..

Bila kalut-kalut tu mula lah jadi macam ni

1. Nak panggil kawan kita panggil dengan nama "Minah" or "Mamat" je
"Apa nama dia.."
"Minah minah meh sini jap"
Yang "Minah" tu tahu pula "Minah" tu di tuju kat dia

2. Gabungan nama kawan-kawan.
"Nasyidah nasyidah tolong ni jap" gabungan nama Nafisah dan Mursyidah.
Ok ni terjadi kat sekolah Hana baru-baru ni. Hahaha lawak pula bila teringat balik

2. Tersalah taip maklumat  Ini perkara fames pernah berlaku. Sambil taip sambil bercakap dengan kawan kita. Apa yang kita cakap tu kita tertaip
"Kedai tu rasanya tak da cikgu" sebenarnya yang nak di taip "kedai tu rasanya tak da  jual 2up"
Nampak sangat tengah sembang pasal cikgu-cikgu. hehe

3. Perkara kita nak buat tiba-tiba boleh terlupa
"Eh kenapa aku masuk bilik ni"
Keluar dari bilik menuju ke meja
"Eh aku nak ambik buku kat bilik tadi" sambil garu kepala

Apa yang penting time kalut-kalut ni jangan ada yang buat kita sakit hati + geram. Kalau tak dapat kawal. Memang segala benda yang di pegang semua nak hempap. Buku, laptop, pintu apa lagi yang selalu jadi mangsa keadaan. Erk, ejaan hempap macam tu ka... macam pelik pula Hana rasa. hehe

Hempap tu sebahagian ja yang selebihnya apa lagi terus T_T. 

So Jangan biarkan hidup anda T_T. Jom layan video ni. Ceria je kan... :)


Cip cip cip piyo cip cip cip piyo cip cip cip piyo...:)


6 orang dah komen :

Unknown said...

hahaha...kan?/sama la..
kalau kat rumah pulak bila tengah nak cepat masa tu la nak terkencing.ekekek

Maria Firdz said...

Hehe... Mcm tu ea kalau dh klut..

nae nematoda said...

satu lagi symptom, apa yang kita nak cakap, mesti tak sama keluar dari mulut...hahaha, bila dah tercakap, baru fikir semula, macam pelik je aku cakap, tunggang terbalik ayat,hahaha



zuhdi sanusi said...

otak ngn perbuatan x seiring., huhu

hmm mungkin sbb sel2 ook dah mngecut kot., kekeke

aswadz said...

kadang2 bila kalut, semua benda tak jadi buat. hehehe...

sal ya said...

Itu perkara biass. Kdg2 pegang hp pn x tau nk buat apa walhal td mcm nk buat sumthing. Ngeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...