Selamat Hari Guru - Rindu zaman praktikum


Selamat Hari Guru - GURU : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Sudah 1 tahun 11 bulan Hana bergelar Guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Sampadi, Lundu Sarawak..Macam dah lama je rasa..



Ok off topic, Hana nak imbas balik kenangan Hana semasa melalui zaman praktikum 6 bulan +  3 bulan Internship :)

Dah nak masuk 3 tahun Hana meninggalkan zaman praktikum sebagai guru Pendidikan Khas Bemasalah Pembelajaran (PKBP). Macam nak praktikum selama-lamanya pula. Ops... sebenarnya jauh beza guru praktikum dengan guru sebenar. Baget guru tak banyak kerja le maklumlah guru praktikum, Pendidikan Khas pula tu. mengajar jelah tapi bila dah jadi official special education teacher macam di bawah satu pentadbiran sendiri, kaulah mengajar, kaulah urus murid, kaulah urus aset, kaulah urus file, kaulah guru kelas, guru agama, guru seni dan bla bla bla

Hari ni, rindu sangat-sangat dengan anak murid Hana time praktikum dulu. "Saya Sayang Cikgu" kata-kata terakhir anak murid Hana sebelum Hana meninggalkan sekolah praktikum T_T


Nur Aina Natasha a.k.a Na
Anak kesayangan Hana.
Merajuk bila Hana rapat dengan murid lain. Rindunya... Sekarang mesti dia dah tahun 6. Ingat ke tak kat Hana ek T_T


Faris
Secret admire Hana rupanya Si Faris ni.hehe Cikgu simpan lagi surat cinta "Surat cinta untuk cikgu" kamu tu. Sekarang dia 10 tahun :)


Nabil (Berdiri depan Hana)
Sekarang mesti dia ke sekolah menengah. Manja dan jujur orangnya. Masuk kelas ni rasa seronok sebab diorang macam adik-beradik. "Pipi cikgu lembut" senyum Hana sorang-sorang bila teringat kisah tu

Tiba-tiba terlintas di fikiran Hana perbandingan antara murid time Hana praktikum dengan murid Hana mengajar sekarang. Ermm..... 

20 orang dah komen :

Budak Nakal said...

Selamat Hari Guru Cikgu Hana :D

Nina Mads said...

selamat hari guru buat cikgu hana !

Putri said...

Selamat hari guru cikgu hana
akak doakan semangat cikgu hana sentiada kuat utk mengajar ank2 istimewa

EkaTikah said...

wah bestnya. jadi cikgu kesayangan ni. hehe. Selamat hari guru Cikgu Hana ^^

Hana said...

This comment has been removed by the author.

Hana said...

Tq:) kena denda ni kalau jadi budak nakal :P

Hana said...

Tq nina:)

Hana said...

Tq akak:)
Sekarang baru permulaan..

Hana said...

tq :)

Tie HT said...

Selamat hari guru cikgu cantik
Mesti semangat anak nak belajar dengan cikgu hana :)

Kakzakie Purvit said...

Selamat Hari Guru buat Hana:)

Kasih sayang anak murid Hana jelas terserlah di mata kakak.

Banyak tak dpt hadiah? Kakak rasa jadi guru sekolah rendah lebih banyak dpt hadiah bila sambutan hari guru berbanding sekolah menengah..

AtieYusof said...

Selamat Hari Guru sis...
memang makin mencabar tugas2 guru sekarang kan... byk beza dulu & skrg..
teruskan mendidik dgn dedikasi :)

Madam N said...

selamat hari guru

roshidayahdayu said...

selAmat HarI GurU Tuan tAnAh

Unknown said...

byk pahit manis jadi cikgu ni kan. selalu dgr parents cerita. seronok je dgr tapi kdg2 mcm stress jgak. hehe..

btw happy teacher's day cikgu! :D

Nik said...

selamat hri guna cikgu hana :)

aswadz said...

apa pun, selamat hari guru...

Mizz ErMa said...

wah, bz jgk tu jadi cikgu..semua keje kena cover..hihi

Aimacomel said...

tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat kita mula mengajar ye dakk..
mesti budak2 ni rindu kat cikgu cantik hana ni :)

Cikna said...

Bila berdepan dgn murid oku mmg best keletah diaorg menggelikan hati bila nk mrh pun xjadi nk mrh tp klu ngan bdk aliran perdana selalu menyirap je kn... Tp setiap org ade kelebihan&kekurangan layankan aje.....;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...