Kursus KSSR DSKP Pendidikan Khas Pendidikan Moral Tahun 6 bagi Jurulatih Utama Negeri


Kursus KKSR DSKP Pendidikan Khas Pendidikan Moral Tahun 6 bagi Jurulatih Utama Negeri. Memang tajuk entri panjang macam tu tak dapat nak di pendekkan lagi.

Lepas cuti sekolah hari tu terus sambung Kursus KSSR 15 hingga 17 Jun 2015 di Hotel 56, Kuching. 20 minit daru rumah Hana. Tak menjadi masalah untuk Hana ulang alik tapi ok juga tidur kat situ sebab penginapan dan makanan telah di sediakan.

Tengah check in bilik


Eh eh penyarah subjek Terapi Dalam pendidikan kat IPG Kota Bharu lah. Jauhnya dia terbang sampai sini. Eh eh classmate di IPG Kota Bharu pun join skali tapi tapi dia join kursus Pendidikan Muzik. Kami sama-sama tegur pensyarah kami tu. bla..bla..bla...


My roomate kat hotel tu. Kak Najwa, orang Perak tapi dah jadi warganegara Sarawak. hehe

Malam tu dah mula taklimat. Excited juga la firstime kan..


Jurulatih Utama Kebangsaan diterbangkan dari Kedah :)

Esok 16hb baru masuk part KSSR DSKP Pendidikan Moral.. Pada awalnya mengantuk gak. Tapi lepas buat aktiviti segar ja mata sampai ke petang hehehe

     


Bagi tajuk Terima Kasih, kami di minta menghasil kad kad ucapan terima kasih

   

Tajuk Kasih Sayang. Kami di minta untuk membuat aktiviti peta kepentingan kasih sayang

Tajuk dalam Pendidikan Moral ni sama ja tajuk dalam tahun 4 dan 5 cuma arasnya lebih tinggi. Tiba-tiba terfikir "macam manalah nak explain kat murid kalau arasnya tinggi". Murid Hana pun masih di tahun 4 itu pun kena explain perkara yang sama 2 minggu. Ok tak ada masalah tu cuma guru tu kena buat ayat mudah bagi murid faham.

Esok dah start presentation Rancangan Pengajaran Harian (RPH). 


Why? why? why? Hana kena present T_T Ahhh... present sesimple yang mungkin ok satle. Confirm banyak komen punyalah. hehe


Esok dah start puasa.. The end :)


6 orang dah komen :

Ezy Loy said...

dh lame xkursus kat hotel.. skrg ni byk kursus kat sekolah je..
huhu..
bestnye kursus ade aktiviti2..

sue sue said...

Cikgu dan kursus berpisah tiada...hihihi....

singgah blogwalking!salam ramadhan! :)

Amanina Mads said...

nampak best juga design2 ucapan tu.. hana nampak mcm budak2. hehe

ppkibp skjeram pasir puteh said...

Penyelaras ppkibp Sk Jeram Pasir puteh tak sabar-sabar nak buat kursus DSKP pendidikan moral ni tengah tugu isyarat dari cg nawi jpn jee..

ppkibp skjeram pasir puteh said...

ppd pasir Puteh belum dapat info dari en.Roslan BPK kursus di KL lepas raya.

hana hadi said...

@ppkibp skjeram pasir puteh

Kursus di KL? jauh perjalanan tu :)
best.. n x boring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...