PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS


Perkhidmatan pendidikan khas ialah satu perkhidmatan yang disediakan di sekolah-sekolah khas bagi murid-urid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran.Perkhidmatan pendidikan juga boleh diertikan sebagai suatu program pencatuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.Selain daripada itu, perkhidmatan ini juga ialah pendidikan induktif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Program Pendidikan Khas Integrasi ialah salah satu berkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.Program ini wujud di sekolah-sekolah biasa di bawah pentadbiran sekolah.Murid-murid khas dan murid-murid biasa berkongsi bangunan, padang dan kantin.Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Selain daripada itu,Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) telah menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak autisme.Persatuan ini memberikan pembelajaran kepada kanak-kanak autisme.NASOM juga berperanan mengesan dan menjalankan rawatan kanak-kanak autisme.

Seterusnya ialah Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU).Melalui perkhidmatan ini, kemudahan dan pengesanan awal telah di sediakan bagi mereka (OKU) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan.Hal ini untuk menginterasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi keadaan sosial semasa.

Program Rehabilition ialah salah satu badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pendidikan khas. Program Rehabilition ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).Pelajar di nilai dari segi membaca, menulis dan mengira (3M).

2 orang dah komen :

Anonymous said...

Khairi di sini.
Saya amat meminati Braille.
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat tentang pekerjaan OKU penglihatan, tolong maklumkan kepada saya di facebook saya, Malay Brailler.
Terima kasih.

hana hadi said...

@Anonymous
hana xda maklumat pasal braille :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...